Skip to main content

Menyedari Hidup Kita Sangat Singkat...

Sedarilah hidup kita ini sebenarnya sangat singkat. Masa pantas berlalu..sedar2 kita telah beralih peringkat dalam kehidupan membawa jumlah angka umur yang semakin besar. Sudah berpuluh tahun kita meninggalkan masa ke belakang.

Jika umur kita panjang hari demi hari berlalu, seminggu ke seminggu, sebulan ke sebulan, dan setahun ke setahun bagai sekelip mata berlalu...contohnya, baru semalam memasuki tahun 2022, pejam celik pejam celik kini dah nak memasuki setengah tahun. 

Kita sebenarnya sangat digalakkan untuk bangun bertahajud...kerana apa..kerana salah satu kebaikan tahajud itu adalah menyedarkan kita tentang hidup ini sebenarnya singkat...jadi tak usahlah kita merasakan kita akan hidup seribu tahun lagi kerana ajal boleh bila2 masa datang menjemput. Sudah tersangat ramai ahli keluarga dan kenalan kita juga mereka yang tidak kenali pergi lebih awal.

Beralih kepada peringkat kehidupan kita juga yang bermula drpd zaman dalam perut ibu, zaman bayi, zaman kanak-kanak, zaman remaja, zaman dewasa, zaman gerbang tua dan zaman tua...semua peringkat ini sangat singkat sebenarnya berlalu...baru semusim lalu kita di belasan tahun contohnya...tapi kini kita telah di gerbang tua. Bayangkan, kita seakan tidak menyedari masa yang berkalih ini kerana terlalu mendambakan soal dunia.

Jadi, sentiasa sematkan di hati kita untuk mengisi ruang yang berbaki ini dengan seribu kebaikan...percayalah benda yang baik ini akan menjadikan hati kita tenang, semangat kita tinggi, daya juang kita tinggi dan tahap keimanan kita semakin Allah tingkatkan.

Tinggalkan segala perbuatan dan niat yang tidak baik kerana dalam hidup yang amat singkat ini, segala kemungkinan boleh berlaku..kita tak tahu masa depan kita kerana Allah yang menentukannya...segala perkara yang berlaku adalah dengan kun fayaakun Allah...usah kita sebagai hamba-Nya merasakan diri boleh mengatasi perancangan dan takdir Allah sehinggakan kita terlupa tentang kuasa Allah. 

Kejarlah kebaikan dan redha Allah kerana hidup ini sangat singkat...risau kita pergi dalam keadaan kita masih tidak sedar bahawa kita akan mati...

Allah sebenarnya telah memberikan pelbagai hint kepada manusia bila usia semakin meningkat tua...drpd rambut yang hitam dulunya kepada semakin putih dan terus memutih, drpd sihat bertenaga dan kuat orang muda berubah kepada hilang tenaga, cepat penat dan tidak kuat lagi seperti dulu, daripada sihat walaufiat kepada datangnya pelbagai penyakit dalam diri, gigi yang dulunya penuh kini makin tiada, dulu tidak mudah lupa dan kini cepat sangat lupa....apakah tanda semua nikmat  itu perlahan2 Allah tarik...Allah sebenarnya nak mengingatkan kita bahawa masa kita semakin hampir, maka persiapkanlah diri.

Sama2 kita mencari seribu kebaikan, tambah2 lagi di bulan Ramadan ini...doa selalu kerana bila kita rasa tidak kuat..doa itu senjata paling hebat. Doa selalu untuk Allah pandu kita kepada kebaikan kerana sebagai manusia hati kita mudah berbolak-balik. Doa selalu semoga hati dan jiwa kita kuat! Hidup ini singkat...usah bertangguh.

Salam hormat,
RZH




Comments

Popular posts from this blog

Kenangan Zaman Permainan Kanak-kanak...

Dalam  hidup masing-masing, semua orang   mempunyai  kenangan  dan  momen  indah yang tersendiri semasa zaman kanak-kanak...ada yang menjadikan kenangan itu sebagai suatu nilai sentimental yang akan terpahat selamanya dalam lipatan kenangan. Saya juga tidak terkecuali. Kenangan permainan saya semasa kanak-kanak dulu memang terlalu istimewa dalam hidup saya...sentiasa segar dan mekar dalam bayangan fikiran sehinggakan terkadang menggamit rasa untuk kembali semula ke masa lampau...andai masa boleh diundur semula kan...saya ingin kembali mengulangi momen2 itu. Semasa zaman kanak2 saya memang sangat aktif bermain dan beraktiviti dengan kawan2...memang lasak betul la. Permainan kami geng kanak2 ni memang meriah betul ibarat satu pesta pula kemeriahannya. Zaman kanak2 dulu saya ni kiranya ketua geng la...haha..gengster pun ya juga (kira gengster baik la kalau dalam cerita hindustan dulu2..haha...sabar aje la) tukang plan itu ini dan confirmnya plan tu akan menjadi dgn me

Peranan Penyambut Tetamu Dalam Penganjuran Majlis Formal

    Penyambut tetamu ( usherette ) adalah orang yang memainkan peranan yang sangat penting dalam menyambut tetamu dan memastikan supaya tetamu dalam sesuatu majlis itu dapat diuruskan dengan baik dan lancar tanpa menimbulkan rasa tidak puas hati, rasa tersinggung dan rasa tidak selesa daripada tetamu yang dijemput. Sebelum pergi jauh lagi tentang peranan penyambut tetamu, mari kita sama-sama fahami dulu definisi 'Penyambut Tetamu'. Secara ringkasnya penyambut tetamu adalah orang yang dilantik dan diberikan tugas dan tanggungjawab untuk menyambut tetamu-tetamu yang dijemput dalam satu-satu majlis, menunjukkan arah dan mengiringi tetamu, serta memastikan keselesaan tetamu terjaga. Tugas menyambut tetamu ini kebiasaannya diletakkan di bawah satu Jawatankuasa yang terdiri daripada sebilangan peyambut tetamu yang mana jumlahnya bergantung kepada berapa ramai tetamu yang perlu diuruskan. Tetamu ini diklasifikasi kepada beberapa kategori, iaitu kategori kehormat dan

Peranan Pegawai Tadbir di Universiti Awam

Buat semua pembaca budiman,  Penulisan ini adalah sekadar pandangan dan pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman yang dilalui sebagai Pegawai Tadbir di Universiti Awam (UA). Walau bagaimanapun, ia mungkin berbeza mengikut pandangan masing-masing, juga mungkin berbeza mengikut governan UA masing-masing. Namun, sekurang-kurangnya penulisan ini dapat membantu untuk memberikan gambaran kepada pembaca dalam mengetahui secara umum mengenai peranan dan tanggungjawab seorang Pegawai Tadbir di UA. Pegawai Tadbir yang dibincangkan dalam penulisan ini adalah Pegawai Tadbir Universiti (PTU). PTU adalah Pegawai yang dikelaskan di bawah Skim Perkhidmatan Pengurusan dan Profesional (P&P). Gred jawatan bermula di Gred 41 dan ke atas. PTU adalah individu yang dilantik oleh pihak berkuasa Universiti untuk menguruskan pelbagai bentuk hal-ehwal pengurusan dan pentadbiran di Pusat Tanggungjawab (PTJ) di mana mereka ditempatkan. Daripada segi kelayakan akademik, PTU ini pe