Skip to main content

Naiklah Tinggi Tanpa Menjatuhkan Orang Lain...

Membelek2 SosMed ni terjumpa satu tik tok memaparkan tentang "Naiklah Tinggi Tanpa Menjatuhkan Orang Lain."

Di dunia akhir zaman ini, Allah telah menyebut bahawa banyak berlaku kejahatan. Yang betul jadi salah dan yang salah jadi betul. Manusia juga berlumba2 dan berebut-rebut mengejar kuasa, pangkat, dan nama dengan mengenepikan soal halal atau haram...yang penting dapat apa yang dicita-citakan. 

Soal balasan Allah langsung tidak diambilkira dek tipisnya iman dan mungkin menganggap itu "soal masing-masing dan nanti sempat bertaubat sebelum mati"...pemikiran sebegini akan terjadi bila kita terlupa bahawa setiap perbuatan jahat akan mendapat balasan daripada Allah, cuma masanya saja. Keduanya, adakah kita tahu bila tarikh mati kita?

Kembali kepada ungkapan "Naiklah tinggi tanpa menjatuhkan orang lain" ini...Di sebalik ungkapan ini pasti banyak perkara yang hadir di fikiran kita. Banyak pengajaran yang boleh kita ambil jika kita benar-benar menghayatinya.

Secara umumnya kenapakah seseorang itu menjatuhkan orang lain untuk dia naik lebih tinggi? Ada beberapa sebab yang mungkin boleh kita kaitkan, antaranya mungkin kerana tahap keimanan yang rendah dan tidak takut kepada balasan Allah atas setiap perbuatan tidak baik yang dilakukan, perasaan tidak puas hati, iri hati, busuk hati dan tamak haloba, sikap yang tidak profesional dan tidak berintegriti, tidak kompeten untuk berjuang dan berentap dalam gelanggang justeru mencari jalan pintas.

Semua orang memiliki impian dan cita-cita yang tinggi. Sudah pasti semua orang ingin sukses dalam hidup sama ada di dunia mahupun di akhirat. Namun, capailah ia dengan cara yang betul supaya apa yang kita dapat itu benar2 diperoleh dengan cara yang baik dan bermaruah. Percayalah, apa jua perkara yang kita peroleh dengan cara yang tidak betul akan menjadikan hidup kita sentiasa dihambat rasa tak kena, tidak puas dan tidak tenang. 

Sentiasa ingatkan diri bahawa apa jua perbuatan kita perlulah mengikut jalan yang Allah redhai. Capailah impian kita dengan kemampuan dan kompetensi kita sendiri. Redha Allah sangat penting untuk kita merasa tenang dan bahagia dalam hidup. Redha Allah juga penting untuk sebuah keberkatan atas apa jua yang Allah pinjamkan sementara buat kita.

Jangan kita mendabik dada dan merasakan perbuatan kita semuanya betul bila ianya diizinkan Allah kerana tidak semestinya apa yang Allah izin itu memberi makna yang perbuatan itu baik. Allah mengizinkan satu2 perbuatan itu sama ada betul atau salah. Cuma, kalau yang salah Allah izinkan dan kita masih tidak sedar dan terus-terusan merasa bangga dengan perbuatan kita, maka Allah kata tunggulah saat dan ketikanya nanti.

Hanya kita tahu apa yang kita lakukan itu dengan niat baik atau sebaliknya. Orang lain boleh melihat hanya daripada luaran saja...justeru, tepuk dada dan tanya hati kita...jika baik alhamdulillah, namun jika sebaliknya...hanya Allah jua yang Maha Mengetahui. Semoga kita sentiasa mendapat petunjuk dan hidayah daripada Allah.

Salam hormat,

RZH


Comments

Popular posts from this blog

Cara Goreng Ikan Masin Supaya lebih sedap...

Hokey...petang ni saya nak bercerita pasal menu 'berhantu' ini. Saya sebut sebagai 'berhantu' sebab menu ni mesti sentiasa akan 'mengusik' keinginan untuk makan lebih...menu ni memang akan membuka selera yang tertutup...menggoda untuk makan bertambah dan berulang-ulang...kejap nak makan kejap nak makan...aduhai itu la dia ikan masin goreng...atau ore kelate panggil ike kering goreng. Ikan masin ni salah satu daripada lauk kegemaran saya..hehehe saya suka tahap dewa..atau tahap ore kelate royak 'panggil tak dengar' ikan masin ni..tapi mesti kena dengan gaya masaknya..saya tak suka ikan masin tu masin sangat...saya suka rasa dia lemak-lemak masin sikit2 dan isinya lembut2 gebu gebas sikit....macam ikan ala jeruk tu sikit.. Untuk ikan masin ni sedap selepas digoreng, mesti ada cara masaknya yang tersendiri...dan saya pasti setiap orang ada gaya tersendiri menggoreng ikan masin, ada yang suka digoreng begitu saja, ada yang suka digoreng dengan dipoton...

Peranan Penyambut Tetamu Dalam Penganjuran Majlis Formal

    Penyambut tetamu ( usherette ) adalah orang yang memainkan peranan yang sangat penting dalam menyambut tetamu dan memastikan supaya tetamu dalam sesuatu majlis itu dapat diuruskan dengan baik dan lancar tanpa menimbulkan rasa tidak puas hati, rasa tersinggung dan rasa tidak selesa daripada tetamu yang dijemput. Sebelum pergi jauh lagi tentang peranan penyambut tetamu, mari kita sama-sama fahami dulu definisi 'Penyambut Tetamu'. Secara ringkasnya penyambut tetamu adalah orang yang dilantik dan diberikan tugas dan tanggungjawab untuk menyambut tetamu-tetamu yang dijemput dalam satu-satu majlis, menunjukkan arah dan mengiringi tetamu, serta memastikan keselesaan tetamu terjaga. Tugas menyambut tetamu ini kebiasaannya diletakkan di bawah satu Jawatankuasa yang terdiri daripada sebilangan peyambut tetamu yang mana jumlahnya bergantung kepada berapa ramai tetamu yang perlu diuruskan. Tetamu ini diklasifikasi kepada beberapa kategori, iaitu kategori kehormat dan...

Peranan Pegawai Tadbir di Universiti Awam

Buat semua pembaca budiman,  Penulisan ini adalah sekadar pandangan dan pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman yang dilalui sebagai Pegawai Tadbir di Universiti Awam (UA). Walau bagaimanapun, ia mungkin berbeza mengikut pandangan masing-masing, juga mungkin berbeza mengikut governan UA masing-masing. Namun, sekurang-kurangnya penulisan ini dapat membantu untuk memberikan gambaran kepada pembaca dalam mengetahui secara umum mengenai peranan dan tanggungjawab seorang Pegawai Tadbir di UA. Pegawai Tadbir yang dibincangkan dalam penulisan ini adalah Pegawai Tadbir Universiti (PTU). PTU adalah Pegawai yang dikelaskan di bawah Skim Perkhidmatan Pengurusan dan Profesional (P&P). Gred jawatan bermula di Gred 41 dan ke atas. PTU adalah individu yang dilantik oleh pihak berkuasa Universiti untuk menguruskan pelbagai bentuk hal-ehwal pengurusan dan pentadbiran di Pusat Tanggungjawab (PTJ) di mana mereka ditempatkan. Daripada segi kelayakan akademik, PTU in...