Skip to main content

Tiada Daya Dan Upaya Selain Pertolongan Allah...

Allahuakbar...
Keadaan pandemik ini semakin meruncing. Bimbang rasa dengan angka kes yang semakin meningkat..semalam mencapai 6806...

MasyaAllah...
Sebagai manusia, naluri kita memang akan merasa gusar dan risau dengan keadaan semasa ini. Takut dan bimbang itu pasti ada dalam diri. Keresahan dan ketakutan ini yang hadir akan makin mendekatkan kita dengan Allah...

Ya Allah Ya Mujib,
Berikan kami hidayah dan petunjuk-Mu
Pandulah kami ke jalan kebenaran-Mu
Agar kami sentiasa berada dalam garis yang Engkau tetapkan
Jika tersasar cepat kembali semula
dan tidak terus Engkau hanyutkan

Ya Allah Ya Rahman
Jangan biarkan kami terus dalam kegelapan dan kejahatan
Berleluasa melakukan kerosakan di muka bumi Mu ini
Sehingga Engkau turunkan wabak ini
Untuk memberi peringatan kepada kami

Ya Allah Ya Muqit
Berilah kami kekuatan 
Kekuatan untuk kami 
menghadapi wabak ini
Berikanlah kami perlindungan-Mu
Tiada daya dan upaya kami
Melainkan dengan pertolongan-Mu

Ya Allah Ya Mujib...
Engkau Maha mengabulkan segala permintaan
Angkatlah wabak ini daripada mukabumi-Mu ini Ya Allah
Ampunkanlah segala dosa dan kesalahan yang kami lakukan
Maafkan kami dan terimalah taubat kami
Terimalah doa kami ini
Dan kabulkanlah permintaan kami Ya Allah
Amiin Ya Rabbal Alamin


anggerikdesa
21 Mei 2021


Comments

Popular posts from this blog

Peranan Penyambut Tetamu Dalam Penganjuran Majlis Formal

    Penyambut tetamu ( usherette ) adalah orang yang memainkan peranan yang sangat penting dalam menyambut tetamu dan memastikan supaya tetamu dalam sesuatu majlis itu dapat diuruskan dengan baik dan lancar tanpa menimbulkan rasa tidak puas hati, rasa tersinggung dan rasa tidak selesa daripada tetamu yang dijemput. Sebelum pergi jauh lagi tentang peranan penyambut tetamu, mari kita sama-sama fahami dulu definisi 'Penyambut Tetamu'. Secara ringkasnya penyambut tetamu adalah orang yang dilantik dan diberikan tugas dan tanggungjawab untuk menyambut tetamu-tetamu yang dijemput dalam satu-satu majlis, menunjukkan arah dan mengiringi tetamu, serta memastikan keselesaan tetamu terjaga. Tugas menyambut tetamu ini kebiasaannya diletakkan di bawah satu Jawatankuasa yang terdiri daripada sebilangan peyambut tetamu yang mana jumlahnya bergantung kepada berapa ramai tetamu yang perlu diuruskan. Tetamu ini diklasifikasi kepada beberapa kategori, iaitu kategori kehormat dan...

Cara Goreng Ikan Masin Supaya lebih sedap...

Hokey...petang ni saya nak bercerita pasal menu 'berhantu' ini. Saya sebut sebagai 'berhantu' sebab menu ni mesti sentiasa akan 'mengusik' keinginan untuk makan lebih...menu ni memang akan membuka selera yang tertutup...menggoda untuk makan bertambah dan berulang-ulang...kejap nak makan kejap nak makan...aduhai itu la dia ikan masin goreng...atau ore kelate panggil ike kering goreng. Ikan masin ni salah satu daripada lauk kegemaran saya..hehehe saya suka tahap dewa..atau tahap ore kelate royak 'panggil tak dengar' ikan masin ni..tapi mesti kena dengan gaya masaknya..saya tak suka ikan masin tu masin sangat...saya suka rasa dia lemak-lemak masin sikit2 dan isinya lembut2 gebu gebas sikit....macam ikan ala jeruk tu sikit.. Untuk ikan masin ni sedap selepas digoreng, mesti ada cara masaknya yang tersendiri...dan saya pasti setiap orang ada gaya tersendiri menggoreng ikan masin, ada yang suka digoreng begitu saja, ada yang suka digoreng dengan dipoton...

Peranan Pegawai Tadbir di Universiti Awam

Buat semua pembaca budiman,  Penulisan ini adalah sekadar pandangan dan pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman yang dilalui sebagai Pegawai Tadbir di Universiti Awam (UA). Walau bagaimanapun, ia mungkin berbeza mengikut pandangan masing-masing, juga mungkin berbeza mengikut governan UA masing-masing. Namun, sekurang-kurangnya penulisan ini dapat membantu untuk memberikan gambaran kepada pembaca dalam mengetahui secara umum mengenai peranan dan tanggungjawab seorang Pegawai Tadbir di UA. Pegawai Tadbir yang dibincangkan dalam penulisan ini adalah Pegawai Tadbir Universiti (PTU). PTU adalah Pegawai yang dikelaskan di bawah Skim Perkhidmatan Pengurusan dan Profesional (P&P). Gred jawatan bermula di Gred 41 dan ke atas. PTU adalah individu yang dilantik oleh pihak berkuasa Universiti untuk menguruskan pelbagai bentuk hal-ehwal pengurusan dan pentadbiran di Pusat Tanggungjawab (PTJ) di mana mereka ditempatkan. Daripada segi kelayakan akademik, PTU in...