Skip to main content

Cookies Rangup.


Petang ni macam biasa la bila rasa boring dan ada masa untuk bake, makanya saya "membaking". Satu bancuhan ni sekejap saja, hanya dua atau tiga kali masuk oven saja dan done.

Petang ni buat cookies rangup kudap2 ni. Tengok dalam peti ais ada coklat cadburry, makanya diricik2 halus untuk dijadikan topping atas cookies ni.

Cookies yang rangup sebegini sangat sesuai untuk dibuat minum petang dan dipekenakan dengan coffee...memang ngam. Cookies ni tak perlu buat manis2 sgt..jadi nanti bila kita nak buat makan sesambil minum coffee, maka sedang elok.

Cara buat cookies ni, saya tengok resepinya di youtube. Tapi saya ubahsuai cket dengan memasukkan badam. Bahan2 yang digunakan adalah butter 250 gm, tepung gandum 170gm, tepung jagung 170 gm, gula 100 gm, 50gm badam yang diracik, dan satu sudu teh vanila.

Cara-caranya pula seperti biasa bila kita buat cookies. Pukul butter dengan gula dulu. Bila dah sebati, boleh masukkan tepung gandum dan tepung jagung. Gaul hingga sebati dan boleh dimasukkan badam yang telah disangai atau dimasukkan lima minit dlm oven dgn suhu 150 C. Kemudiannya boleh la diterap dengan menggunakan acuan pecah 15. Bila adunan agak lembut, maka perlu guna  piping ya. Adunan agak lembik cket, jadi jangan risau pipe kan saja nanti dengan menggunakan nozel pecah 15 tu. Jangan tambah tepung pula..karang keras pula biskut kita.

Boleh dibakar selama 20 minit menggunakan api atas bawah dgn suhu 150 C bergantung kepada oven masing2 ya.

Selamat mencuba!

RZH


Comments

Popular posts from this blog

Peranan Penyambut Tetamu Dalam Penganjuran Majlis Formal

    Penyambut tetamu ( usherette ) adalah orang yang memainkan peranan yang sangat penting dalam menyambut tetamu dan memastikan supaya tetamu dalam sesuatu majlis itu dapat diuruskan dengan baik dan lancar tanpa menimbulkan rasa tidak puas hati, rasa tersinggung dan rasa tidak selesa daripada tetamu yang dijemput. Sebelum pergi jauh lagi tentang peranan penyambut tetamu, mari kita sama-sama fahami dulu definisi 'Penyambut Tetamu'. Secara ringkasnya penyambut tetamu adalah orang yang dilantik dan diberikan tugas dan tanggungjawab untuk menyambut tetamu-tetamu yang dijemput dalam satu-satu majlis, menunjukkan arah dan mengiringi tetamu, serta memastikan keselesaan tetamu terjaga. Tugas menyambut tetamu ini kebiasaannya diletakkan di bawah satu Jawatankuasa yang terdiri daripada sebilangan peyambut tetamu yang mana jumlahnya bergantung kepada berapa ramai tetamu yang perlu diuruskan. Tetamu ini diklasifikasi kepada beberapa kategori, iaitu kategori kehormat dan...

Cara Goreng Ikan Masin Supaya lebih sedap...

Hokey...petang ni saya nak bercerita pasal menu 'berhantu' ini. Saya sebut sebagai 'berhantu' sebab menu ni mesti sentiasa akan 'mengusik' keinginan untuk makan lebih...menu ni memang akan membuka selera yang tertutup...menggoda untuk makan bertambah dan berulang-ulang...kejap nak makan kejap nak makan...aduhai itu la dia ikan masin goreng...atau ore kelate panggil ike kering goreng. Ikan masin ni salah satu daripada lauk kegemaran saya..hehehe saya suka tahap dewa..atau tahap ore kelate royak 'panggil tak dengar' ikan masin ni..tapi mesti kena dengan gaya masaknya..saya tak suka ikan masin tu masin sangat...saya suka rasa dia lemak-lemak masin sikit2 dan isinya lembut2 gebu gebas sikit....macam ikan ala jeruk tu sikit.. Untuk ikan masin ni sedap selepas digoreng, mesti ada cara masaknya yang tersendiri...dan saya pasti setiap orang ada gaya tersendiri menggoreng ikan masin, ada yang suka digoreng begitu saja, ada yang suka digoreng dengan dipoton...

Peranan Pegawai Tadbir di Universiti Awam

Buat semua pembaca budiman,  Penulisan ini adalah sekadar pandangan dan pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman yang dilalui sebagai Pegawai Tadbir di Universiti Awam (UA). Walau bagaimanapun, ia mungkin berbeza mengikut pandangan masing-masing, juga mungkin berbeza mengikut governan UA masing-masing. Namun, sekurang-kurangnya penulisan ini dapat membantu untuk memberikan gambaran kepada pembaca dalam mengetahui secara umum mengenai peranan dan tanggungjawab seorang Pegawai Tadbir di UA. Pegawai Tadbir yang dibincangkan dalam penulisan ini adalah Pegawai Tadbir Universiti (PTU). PTU adalah Pegawai yang dikelaskan di bawah Skim Perkhidmatan Pengurusan dan Profesional (P&P). Gred jawatan bermula di Gred 41 dan ke atas. PTU adalah individu yang dilantik oleh pihak berkuasa Universiti untuk menguruskan pelbagai bentuk hal-ehwal pengurusan dan pentadbiran di Pusat Tanggungjawab (PTJ) di mana mereka ditempatkan. Daripada segi kelayakan akademik, PTU in...