Skip to main content

Janji Allah Itu Pasti...

Seorang demi seorang pergi mengadap-Mu Ya Allah. Mati itu pasti...itu janji Allah.

Hari ni mendapat berita Encik Jaffar Dollah telah dijemput Allah. Encik Jaffar ni senior saya semasa berkhidmat di UKM. Allahu...hati rasa tersentuh. Hari ini masanya telah tiba untuk arwah berpisah dengan dunia...pergi buat selama-lamanya.

Saya mengintai ke FB arwah...arwah ada add saya di FB pada tahun 2016. Lima tahun yang lalu. Daripada paparan di FB,  arwah memang tidak aktif di FB. Saya melihat tarikh lahir arwah yang dipaparkan di FB...arwah dijemput Allah dalam usia 72 tahun.

Fikiran menerawang jauh lebih 20 tahun yang lalu. Saat mula2 mengenali arwah. Beliau masa tu Penolong Pendaftar di Fakulti Sains Matematik. Tahun 1997 tahun saya baru memulakan kerja di UKM dan ditempatkan di Fakulti Sains Hayat.

Saya dengan arwah ni kiranya kami dalam satu team yang sama bergerak kerja untuk penstrukturan semula (penggabungan empat Fakulti sains menjadi Fakulti Sains dan Teknologi). Empat Fakulti ini adalah Fakulti Sains Hayat, Fakulti Sains Fizik dan Gunaan, Fakulti Sains Sumber Alam, dan Fakulti Sains Matematik.

Pada masa itu, pegawai2 yang menjadi Ketua Pentadbiran di setiap Fakulti adalah Tuan Haji Sahir Naim di FSFG, Puan Hafdzam di FSSA, arwah di FSM, dan saya di FSH. Saya masa tu masih muda belia. Baru sahaja menamatkan pengajian. Selepas penstrukturan empat fakulti menjadi Fakulti Sains dan Teknologi, saya dan Encik Jaffar kekal di FST, manakala Puan Hafdzam dan Tuan Haji Sahir ke bahagian lain. Puan Hafdzam kena bertugas di HEP, manakala Tuan Haji Sahir saya lupa ke bahagian mana, tak salah saya ke Jabatan Bendahari.

Mengenang kembali tentang arwah...arwah ni sangat baik orangnya...fatherly sangat orangnya. Sangat tenang dan soft sangat. Baik perilaku dan lembut tutur katanya. Sangat menghormati orang dan sentiasa positif.

Masih ingat lagi arwah memanggil saya sebagai puan walaupun umur saya sebenarnya masa tu macam pangkat anak2 kpd arwah...saya memang rasa serba salah sikit dengan panggilan tu.

Pada saya arwah boleh panggil saya dengan nama saya terus (tak perlu berpuan-puan) tapi arwah tetap membahasakan saya dengan panggilan rasmi puan, walaupun boleh saja kalau arwah nak panggil saya terus dengan nama. Lagipun kami sama-sama satu team dalam pengurusan FST sbg Pegawai Tadbir dan saya pada masa itu adalah junior sangat kepada beliau yang mana boleh saja untuk beliau terus panggil saya dengan nama, dan tidak perlu dengan gelaran puan. Tapi kerana peribadi arwah yang sangat baik dan menghormati orang, beliau tetap teruskan dengan panggilan rasmi kepada saya.

Semasa arwah bersara, saya tak ingat tahun berapa...tapi rasanya antara tahun 2003 atau 2004 mungkin. Allahu sudah lebih 15 tahun arwah bersara meninggalkan UKM...

Hari ini arwah dijemput menemui Penciptanya. Pergi meninggalkan segalanya yang ada di dunia buat selama-lamanya. Hari ini berpisahlah nyawa daripada jasad arwah. Hanya kenangan jua yang arwah ditinggalkan. Kita semua juga bakal menyusul.

Semoga arwah damai di sana dan ditempatkan bersama orang-orang beriman dan bertakwa di sisi Allah. Semoga Allah memberkati dan menerima segala amalan arwah, mengampunkan segala dosa arwah, dan dilapangkan kubur arwah. Semoga jua amalan baik arwah di dunia ini akan menjadi bekalan buat arwah di alam sana. Bersemadilah dengan tenang dan aman di sisi Pencipta...

Ø¥ِÙ†َّا Ù„ِÙ„ّÙ‡ِ ÙˆَØ¥ِÙ†َّـا Ø¥ِÙ„َÙŠْÙ‡ِ رَاجِعون

Ya Allah Ya Tuhanku ampunilah dia, rahmatilah dia, maafkanlah dia, muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya, semoga arwah di tempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman..

 Al-Fatihah..

بِسْÙ…ِ ٱللَّÙ‡ِ ٱلرَّØ­ْÙ…َـنِ ٱلرَّØ­ِيم  ٱلْØ­َÙ…ْدُ Ù„ِÙ„َّÙ‡ِ رَبِّ ٱلْعَـلَÙ…ِين۞ ٱلرَّØ­ْÙ…َـنِ ٱلرَّØ­ِيم۞ Ù…َـلِÙƒِ ÙŠَÙˆْÙ…ِ ٱلدِّين۞Ø¥ِÙŠَّاكَ Ù†َعْبُدُ ÙˆَØ¥ِÙŠَّاكَ Ù†َسْتَعِينُ۞ ٱهْدِÙ†َا ٱلصِّرَØ·َ ٱلْÙ…ُسْتَÙ‚ِيمَ۞صِرَØ·َ ٱلَّØ°ِينَ Ø£َÙ†ْعَÙ…ْتَ عَÙ„َÙŠْÙ‡ِÙ…ْ۞ غَÙŠْرِ ٱلْÙ…َغْضُوبِ عَÙ„َÙŠْÙ‡ِÙ…ْ Ùˆَلاَ ٱلضَّاۤÙ„ِّينَ۞امين


RZH




Comments

Popular posts from this blog

Kenangan Zaman Permainan Kanak-kanak...

Dalam  hidup masing-masing, semua orang   mempunyai  kenangan  dan  momen  indah yang tersendiri semasa zaman kanak-kanak...ada yang menjadikan kenangan itu sebagai suatu nilai sentimental yang akan terpahat selamanya dalam lipatan kenangan. Saya juga tidak terkecuali. Kenangan permainan saya semasa kanak-kanak dulu memang terlalu istimewa dalam hidup saya...sentiasa segar dan mekar dalam bayangan fikiran sehinggakan terkadang menggamit rasa untuk kembali semula ke masa lampau...andai masa boleh diundur semula kan...saya ingin kembali mengulangi momen2 itu. Semasa zaman kanak2 saya memang sangat aktif bermain dan beraktiviti dengan kawan2...memang lasak betul la. Permainan kami geng kanak2 ni memang meriah betul ibarat satu pesta pula kemeriahannya. Zaman kanak2 dulu saya ni kiranya ketua geng la...haha..gengster pun ya juga (kira gengster baik la kalau dalam cerita hindustan dulu2..haha...sabar aje la) tukang plan itu ini dan confirmnya plan tu akan menjadi dgn me

Peranan Penyambut Tetamu Dalam Penganjuran Majlis Formal

    Penyambut tetamu ( usherette ) adalah orang yang memainkan peranan yang sangat penting dalam menyambut tetamu dan memastikan supaya tetamu dalam sesuatu majlis itu dapat diuruskan dengan baik dan lancar tanpa menimbulkan rasa tidak puas hati, rasa tersinggung dan rasa tidak selesa daripada tetamu yang dijemput. Sebelum pergi jauh lagi tentang peranan penyambut tetamu, mari kita sama-sama fahami dulu definisi 'Penyambut Tetamu'. Secara ringkasnya penyambut tetamu adalah orang yang dilantik dan diberikan tugas dan tanggungjawab untuk menyambut tetamu-tetamu yang dijemput dalam satu-satu majlis, menunjukkan arah dan mengiringi tetamu, serta memastikan keselesaan tetamu terjaga. Tugas menyambut tetamu ini kebiasaannya diletakkan di bawah satu Jawatankuasa yang terdiri daripada sebilangan peyambut tetamu yang mana jumlahnya bergantung kepada berapa ramai tetamu yang perlu diuruskan. Tetamu ini diklasifikasi kepada beberapa kategori, iaitu kategori kehormat dan

Peranan Pegawai Tadbir di Universiti Awam

Buat semua pembaca budiman,  Penulisan ini adalah sekadar pandangan dan pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman yang dilalui sebagai Pegawai Tadbir di Universiti Awam (UA). Walau bagaimanapun, ia mungkin berbeza mengikut pandangan masing-masing, juga mungkin berbeza mengikut governan UA masing-masing. Namun, sekurang-kurangnya penulisan ini dapat membantu untuk memberikan gambaran kepada pembaca dalam mengetahui secara umum mengenai peranan dan tanggungjawab seorang Pegawai Tadbir di UA. Pegawai Tadbir yang dibincangkan dalam penulisan ini adalah Pegawai Tadbir Universiti (PTU). PTU adalah Pegawai yang dikelaskan di bawah Skim Perkhidmatan Pengurusan dan Profesional (P&P). Gred jawatan bermula di Gred 41 dan ke atas. PTU adalah individu yang dilantik oleh pihak berkuasa Universiti untuk menguruskan pelbagai bentuk hal-ehwal pengurusan dan pentadbiran di Pusat Tanggungjawab (PTJ) di mana mereka ditempatkan. Daripada segi kelayakan akademik, PTU ini pe