Skip to main content

Salam 7 Syawal 1442H...

Masuk hari ketujuh Syawal hari ni.

Sama-sama kita isi hari2 kita yang berlalu dengan sangat pantas ini dengan doa selalu semoga Allah terus berikan kita kekuatan dan motivasi yang tinggi untuk apa jua. Dirahmati dan diberkati.

Dipelihara dan dilindungi daripada segala bala, bencana, dan wabak. 

Dipermudahkan segala kesulitan dan dileraikan segala kekusutan. Tiada apa lagi yang kita perlukan melainkan perlindungan Allah.

Semoga kita semua tidak terleka lama...kadang2 kita tak tersedar yang kita terleka seketika sehingga kita dikejutkan kembali.

Sentiasa semat dalam diri dan ingat bahawa apa jua yang berlaku adalah dengan izin Allah dan apa jua yang kita ada adalah milik Allah. Sentiasa ingat bahawa segalanya itu Allah pinjamkan sementara kepada kita...tiba masanya nanti Allah akan ambil. 

Hidup lah dalam keadaan yang kita tidak lupa Sang Pencipta yang sentiasa memerhati. Radarnya tidak terungkap dengan kata2...segenap ruang dalam capaian radar Allah...tiada apa yang dapat kita sorok. Pilihlah untuk melakukan yang baik2 saja kerana perbuatan kita semuanya dalam perhatian Allah. Risau nanti kita tidak mampu menjawab pertanyaan Allah di Mahsyar kelak atas segala perbuatan jahat yang kita lakukan.

Lakukan solat taubat secara istiqomah untuk perbuatan jahat kita di masa lalu, masih ada kesempatan untuk kita untuk mendapatkan keampunan Allah...mulakan sekarang usah bertangguh lagi! Semoga Allah menerima taubat kita dan mengampuni segala dosa2 yang kita lakukan dan dosa2 kita itu tidak menjadi penghalang kepada rahmat Allah tiba kepada kita.

Gunakan sebaiknya masa yang Allah beri ini untuk bertaubat atas segala dosa masa lalu...insyaAllah, Allah Maha Pengampun. Minta secara bersungguh2 dan istiqomah dan berjanji tidak mengulanginya lagi. Hiduplah dengan berpandukan syariat Allah dengan memilih kebaikan dan meninggalkan semua perkara yang tidak baik. 

Hidup di dunia akhir zaman ini adalah kehidupan yang sangat menguji iman dan amal. Ujian dan cabaran sangat hebat. Seribu satu macam kepelikan berlaku bersilih ganti.."Dunia sudah makin bercelaru"...doa kepada Allah agar kita tetap dalam iman dan takwa dan tidak tenggelam dalam kecelaruan yang menjadikan kita turut tenggelam bersama dalam "arus kegilaan dunia".

Semoga Allah terus menjaga dan memelihara kita semua...tiada daya dan upaya kita melainkan dengan pertolongan Allah. Mintalah pada-Nya.

Amiin YRA


Salam ikhlas,
anggerikdesa
18 Mei 2021

Comments

Popular posts from this blog

Kenangan Zaman Permainan Kanak-kanak...

Dalam  hidup masing-masing, semua orang   mempunyai  kenangan  dan  momen  indah yang tersendiri semasa zaman kanak-kanak...ada yang menjadikan kenangan itu sebagai suatu nilai sentimental yang akan terpahat selamanya dalam lipatan kenangan. Saya juga tidak terkecuali. Kenangan permainan saya semasa kanak-kanak dulu memang terlalu istimewa dalam hidup saya...sentiasa segar dan mekar dalam bayangan fikiran sehinggakan terkadang menggamit rasa untuk kembali semula ke masa lampau...andai masa boleh diundur semula kan...saya ingin kembali mengulangi momen2 itu. Semasa zaman kanak2 saya memang sangat aktif bermain dan beraktiviti dengan kawan2...memang lasak betul la. Permainan kami geng kanak2 ni memang meriah betul ibarat satu pesta pula kemeriahannya. Zaman kanak2 dulu saya ni kiranya ketua geng la...haha..gengster pun ya juga (kira gengster baik la kalau dalam cerita hindustan dulu2..haha...sabar aje la) tukang plan itu ini dan confirmnya plan tu akan menjadi dgn me

Peranan Penyambut Tetamu Dalam Penganjuran Majlis Formal

    Penyambut tetamu ( usherette ) adalah orang yang memainkan peranan yang sangat penting dalam menyambut tetamu dan memastikan supaya tetamu dalam sesuatu majlis itu dapat diuruskan dengan baik dan lancar tanpa menimbulkan rasa tidak puas hati, rasa tersinggung dan rasa tidak selesa daripada tetamu yang dijemput. Sebelum pergi jauh lagi tentang peranan penyambut tetamu, mari kita sama-sama fahami dulu definisi 'Penyambut Tetamu'. Secara ringkasnya penyambut tetamu adalah orang yang dilantik dan diberikan tugas dan tanggungjawab untuk menyambut tetamu-tetamu yang dijemput dalam satu-satu majlis, menunjukkan arah dan mengiringi tetamu, serta memastikan keselesaan tetamu terjaga. Tugas menyambut tetamu ini kebiasaannya diletakkan di bawah satu Jawatankuasa yang terdiri daripada sebilangan peyambut tetamu yang mana jumlahnya bergantung kepada berapa ramai tetamu yang perlu diuruskan. Tetamu ini diklasifikasi kepada beberapa kategori, iaitu kategori kehormat dan

Peranan Pegawai Tadbir di Universiti Awam

Buat semua pembaca budiman,  Penulisan ini adalah sekadar pandangan dan pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman yang dilalui sebagai Pegawai Tadbir di Universiti Awam (UA). Walau bagaimanapun, ia mungkin berbeza mengikut pandangan masing-masing, juga mungkin berbeza mengikut governan UA masing-masing. Namun, sekurang-kurangnya penulisan ini dapat membantu untuk memberikan gambaran kepada pembaca dalam mengetahui secara umum mengenai peranan dan tanggungjawab seorang Pegawai Tadbir di UA. Pegawai Tadbir yang dibincangkan dalam penulisan ini adalah Pegawai Tadbir Universiti (PTU). PTU adalah Pegawai yang dikelaskan di bawah Skim Perkhidmatan Pengurusan dan Profesional (P&P). Gred jawatan bermula di Gred 41 dan ke atas. PTU adalah individu yang dilantik oleh pihak berkuasa Universiti untuk menguruskan pelbagai bentuk hal-ehwal pengurusan dan pentadbiran di Pusat Tanggungjawab (PTJ) di mana mereka ditempatkan. Daripada segi kelayakan akademik, PTU ini pe