Last week punyer cerita ni...masak menu simple ini. Ayam goreng kunyit biasa tapi dihiasi condiments ala2 arab gitu.
Masak menu mcm gini perlukan ayam dipotong besar. Seekor ayam tu dipotong empat sahaja. Ayam diperap dulu dengan garam dan 4 ulas besar bawang putih. Bawang putih dan garam ditumbuk lumat dan digaulkan dengan ayam. Perapkan dalam setengah jam.
Ayam kemudiannya boleh digoreng dengan minyak yang banyak. Pastikan minyak betul2 panas baru masukkan ayam..tapi jaga2 takut minyak panas tu terpercik ke tangan atau melimpah keluar drpd kuali, almaklum ayam tu agak besar..
Di permulaan masa goreng tu, kuali perlu ditutup sekejap dalam lima minit. Tujuan kuali ditutup adalah bagi melembutkan ayam secara serata dulu...slps lima minit tutup dibuka supaya ayam jadi lebih garing.
Selepas semua ayam siap digoreng boleh ketepikan dulu.
Selabu bawang holland yg besar dan tujuan lapan tangkai cili api dimayang dan ditumis dalam sedikit minyak. Tumis sehingga keperangan, boleh masukkan perasa sedikit. Kemudian masukkan ayam dan kaup balik supaya kesemua ayam serata dgn bawang holland dan cili api tadi. Dalam lima minit dah boleh diangkat.
Dalam pinggan besar sudah disusun condiments nya di side tepi..hirisan baby tomato, timun batang yang dipotong nipis, beberapa tangkai cili hijau besar jika suka. Selepas itu boleh susun ayam ikut kreativiti masing2. Tuangkan sekali dgn minyak yg kita tumis bawang holland dan cili api tadi...perasa di minyak ini lah yang menyedapkan rasa sebenarnya.
Maka siaplah hidangan Ayam Goreng Ala Arab ini. Selamat mencuba! Memang sedap.
RZH
Comments
Post a Comment