Sentiasa pesan pada diri agar tidak terbabas. Kalau sekalipun terbabas, cepat2 tersedar.
Kadang2 kehidupan di dunia akhir zaman ni banyak yang menjadikan kita keliru dan cepat lupa. Tips mudah, jika rasa keliru dan hati berbelah bagi, maka mintalah panduan dari Allah. Banyakkan zikir dan solat sunat juga baca Quran. Jadikan amalan ini secara istiqomah.
Hidup ini kita ingin tenang dan bahagia dalam erti kata ketenangan dan kebahagiaan yang sebenar di sisi Allah.
Justeru, untuk hidup yang hanya sementara ini, jangalah kita:
1. Sombong dan angkuh.
2. Menyakiti, menyusahkan, dan mengecewakan orang lain.
3. Bermegah2 dan menayangkan kecemerlangan dan kebaikan sendiri.
4. Tidak melakukan tanggungjawab dan amanah dengan baik.
5. Mengambil hak orang.
6. Menjadi perosak.
7. Menyembunyikan dan menafikan kebenaran.
8. Bersekongkol dengan kejahatan.
Hiduplah dalam redha dan keberkatan Allah. Kerana hanya redha dan keberkatan dari Allah jua yang memberikan hidup kita tenang dan bahagia.
Sekadar pesanan pada diri.
anggerikdesa.
Comments
Post a Comment