Skip to main content

Buttermilk Chicken Sedap...

Menu buttermilk chicken ni memang menu yang sangat ringkas untuk disediakan. Bahan2 juga simple. Masak2 campak saja maka done.

Nis Nedi mmg suka sgt masakan ni. Dia yang selalu request nak menu ni. Buat menu ni memang untuk anak2 saja sebab kita yang dah berusia cket ni mungkin tak begitu gemar sangat menu macam gini.

Menu ini hanya memerlukan bahan yang memang ada kat rumah. Bahan untuk tumis adalah bawang putih tiga empat ulas diracik halus. Bawang holland setengah labu dipotong dadu, tiga sudu besar butter, dua tangkai daun kari, lima enam tangkai cili api dimayang halus dan satu slice cheddar cheese, juga sedikit garam.

Bahan untuk perap ayam, saya guna tepung bistari saja. Bancuhkan dgn sedikit air tepung bistari dan perapkan ayam dalam 15 minit. Tak perap pun tak mengapa. Bila nak goreng, salutkan ayam dengan tepung bistari dan terus boleh digoreng.

Jika tidak perap, boleh gaulkan ayam dgn sebiji telur dan selepas tu celupkan dalam tepung bistari dan digoreng dlm minyak yang betul2 panas. Selepas ayam siap digoreng, ketepikan dulu.

Untuk kuahnya, panaskan butter, butter ni cepat hangus, gunakan api perlahan dulu di permulaan. Tumiskan bawang putih dan bawang holland hingga keperangan, masukkan sekali daun kari. Bila keperangan masukkan susu cair satu tin. Masukkan cili api. Kacau hingga mendidih, masukkan ayam yang digoreng tadi, perlahankan api, dan boleh masukkan cheddar cheese. Masukkan sedikit garam dlm setengah sudu teh. Kuah boleh agak2 mengikut kepekatan yang disukai. Dan boleh padamkan api.

Menu ni sangat sedap...boleh dicicah dengan roti juga. Boleh cuba nanti!

Salam hormat,

anggerikdesa


Comments

Popular posts from this blog

Kenangan Zaman Permainan Kanak-kanak...

Dalam  hidup masing-masing, semua orang   mempunyai  kenangan  dan  momen  indah yang tersendiri semasa zaman kanak-kanak...ada yang menjadikan kenangan itu sebagai suatu nilai sentimental yang akan terpahat selamanya dalam lipatan kenangan. Saya juga tidak terkecuali. Kenangan permainan saya semasa kanak-kanak dulu memang terlalu istimewa dalam hidup saya...sentiasa segar dan mekar dalam bayangan fikiran sehinggakan terkadang menggamit rasa untuk kembali semula ke masa lampau...andai masa boleh diundur semula kan...saya ingin kembali mengulangi momen2 itu. Semasa zaman kanak2 saya memang sangat aktif bermain dan beraktiviti dengan kawan2...memang lasak betul la. Permainan kami geng kanak2 ni memang meriah betul ibarat satu pesta pula kemeriahannya. Zaman kanak2 dulu saya ni kiranya ketua geng la...haha..gengster pun ya juga (kira gengster baik la kalau dalam cerita hindustan dulu2..haha...sabar aje la) tukang plan itu ini dan confirmnya plan tu akan menjadi dgn me

Peranan Penyambut Tetamu Dalam Penganjuran Majlis Formal

    Penyambut tetamu ( usherette ) adalah orang yang memainkan peranan yang sangat penting dalam menyambut tetamu dan memastikan supaya tetamu dalam sesuatu majlis itu dapat diuruskan dengan baik dan lancar tanpa menimbulkan rasa tidak puas hati, rasa tersinggung dan rasa tidak selesa daripada tetamu yang dijemput. Sebelum pergi jauh lagi tentang peranan penyambut tetamu, mari kita sama-sama fahami dulu definisi 'Penyambut Tetamu'. Secara ringkasnya penyambut tetamu adalah orang yang dilantik dan diberikan tugas dan tanggungjawab untuk menyambut tetamu-tetamu yang dijemput dalam satu-satu majlis, menunjukkan arah dan mengiringi tetamu, serta memastikan keselesaan tetamu terjaga. Tugas menyambut tetamu ini kebiasaannya diletakkan di bawah satu Jawatankuasa yang terdiri daripada sebilangan peyambut tetamu yang mana jumlahnya bergantung kepada berapa ramai tetamu yang perlu diuruskan. Tetamu ini diklasifikasi kepada beberapa kategori, iaitu kategori kehormat dan

Peranan Pegawai Tadbir di Universiti Awam

Buat semua pembaca budiman,  Penulisan ini adalah sekadar pandangan dan pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman yang dilalui sebagai Pegawai Tadbir di Universiti Awam (UA). Walau bagaimanapun, ia mungkin berbeza mengikut pandangan masing-masing, juga mungkin berbeza mengikut governan UA masing-masing. Namun, sekurang-kurangnya penulisan ini dapat membantu untuk memberikan gambaran kepada pembaca dalam mengetahui secara umum mengenai peranan dan tanggungjawab seorang Pegawai Tadbir di UA. Pegawai Tadbir yang dibincangkan dalam penulisan ini adalah Pegawai Tadbir Universiti (PTU). PTU adalah Pegawai yang dikelaskan di bawah Skim Perkhidmatan Pengurusan dan Profesional (P&P). Gred jawatan bermula di Gred 41 dan ke atas. PTU adalah individu yang dilantik oleh pihak berkuasa Universiti untuk menguruskan pelbagai bentuk hal-ehwal pengurusan dan pentadbiran di Pusat Tanggungjawab (PTJ) di mana mereka ditempatkan. Daripada segi kelayakan akademik, PTU ini pe