Malam ini malam terakhir Ramadan. Tiba jua perpisahan dengan Ramadan. Tahun depan belum pasti adakah kita sempat bertemu dengan Ramadan...hanya Allah jua yang Maha Mengetahui...segala susunan dan percaturan milik Dia...tiada lain selain Dia.
Sayu rasa di hati...sudah 30 hari dalam rutin berpuasa dan berterawih...kini Ramadan akan pergi...semua rutin lain dalam bulan Ramadan boleh diteruskan kecuali satu sahaja tidak boleh diteruskan di bulan yang lain, iaitu berterawih. Solat terawih hanya boleh dilakukan dalam bulan Ramadan saja. Bila Ramadan pergi, akan membawa bersama sunat terawih itu...tahun depan di bulan yang sama baru dapat berjumpa lagi. Itu yang begitu terasa sangat bila Ramadan akan bergerak pergi...
Justeru, sama2 kita ambil manfaat sepenuhnya untuk malam yang terakhir ini dengan melakukan ibadah kepada Allah. Berdoa dan bermunajatlah dengan sepenuh hati agar Allah ampunkan segala dosa kita dan menerima segala amalan kita, membebaskan kita daripada api neraka dan menyenaraikan nama kita semua dalam syurga Allah, dan terus merahmati dan memberkati hidup kita selagi hayat dikandung badan.
Berdoalah agar Allah terus melindungi dan memelihara diri kita daripada segala mara bahaya, bencana, wabak dan kecelakaan. Pohonlah kepada Allah agar Allah sentiasa memberi kita hidayah dan petunjuk agar kita sentiasa berada dalam landasan dan radar Allah. Mohon agar Allah memberi kita hati yang baik dan menutup hati kita kepada perkara yang tidak baik. Semoga kita hanya nampak dan mengejar perkara yang diredhai Allah sahaja dengan hukum Allah yang sentiasa diletak di hadapan dan dijadikan asas untuk apa jua perkara yang ingin dilakukan.
Moga juga Allah mengurniakan kita rezeki yang melimpah ruah, kesihatan yang baik dan keberkatan dalam hidup. Semoga jua Allah memberkati umur kita dan menemukan kita dengan Ramadan berikutnya.
Panjatkan juga doa kepada ahli keluarga kita seluruhnya, sahabat2 kita, jiran tetangga kita, dan rakan sekerja kita agar diberikan kemudahan, kebahagiaan dan keharmonian berpanjangan dan kekal bersilaturahim sehingga ke jannah.
Semoga jua Allah menyekat dan menghalang kita daripada segala tipu daya dan pancaroba dunia akhir zaman yang sangat hebat ini. Juga dijauhkan kita daripada daripada menjadi boneka dan hamba dunia.
Sama-sama kita akhiri malam terakhir Ramadan ini dengan ibadah dan penutup doa yang cukup indah kepada Allah. Semoga Allah kabulkan segala doa kita dan menempatkan kita semua dalam kalangan hamba Allah yang disayangi dan dirahmati
Salam perpisahan buat Ramadan 1442H. InsyaAllah ketemu lagi di Ramadan 1443H
Taqabballah huminna waminkum..
AMIIN YRA.
29 Ramadan 1442H
1.30 pagi.
Comments
Post a Comment