Skip to main content

Menuju Gerbang dan Gaya Hidup Usia Emas...


Hidup ini milik Allah..tiba masa kita semua akan kembali menemui sang Pencipta.

Bersyukur andai umur kita ini Allah masih lanjutkan...namun bila usia makin berganjak dan semakin menghampiri awal 50-an...secara hakikatnya tidak lamapun lagi usia yang masih berbaki. Justeru, marilah kita gunakan sebaiknya di jalan yang Allah redhai.

Kalau mengambil usia Rasulullah SAW...baginda pergi meninggalkan kita di usia 63 tahun...andai itu sebagai ukurannya...tinggal hanya 13 tahun saja lagi..itupun kalau umur panjang...kalau dijemput lebih awal...makanya lagi singkat usia yang berbaki.

Bersediakah kita? Cukupkah bekalan kita ke sana?

Tanya diri di mana kita sekarang. Seandainya di usia menghampiri 50 tahun ini kita masih disibuk dan dilekakan dgn kesibukan dan keterujaan dunia...cuba ambil masa sekejap untuk kita berfikir apa agaknya maksud yang Allah ingin hint kan kpd kita...

Bersyukurlah kita seandainya dlm usia ini Allah telah berikan kita hidayah untuk slowly meninggalkan keterujaan duniawi sebaliknya memperlengkapkan diri untuk keterujaan kehidupan di alam hakiki. Sesungguhnya, hanya kita yang tahu apa ada dlm hati kita...andai signal ini masih belum bertamu di hati...teruskan berdoa agar Allah berikan signal itu...bagi yang sudah sampai signal itu bersyukur lah...

Dalam menghampiri usia ini, sentiasalah berdoa untuk kita mendapat hidayah dari Allah untuk hidup dlm keadaan jiwa yang tunduk secara total kepada-Nya. Bukan apa, risau takut nanti tanpa sedar kita semakin disibukkan dgn duniawi sehingga kita terlupa usia yang berbaki ini semakin singkat..bimbang masa yang ada tidak cukup nanti untuk kita mempersiapkan diri ke sana. Bimbang juga nanti kita dilihat sebagai "masih tidak sedar bahawa diri telah diambang usia emas" seandainya kita dilihat masih tidak berubah ke arah kebaikan.

Sekurang-kurangnya kalau tidak lebih sekalipun hidayah Allah tiba untuk kita sedar dan menerima hakikat bahawa:

1. Kita sedar yang kita sebenarnya sudah di ambang usia emas...banyak rutin hidup dan amalan perlu berubah seiring dgn usia, soal ibadat terutamanya, soal pemakanan, soal kesihatan, soal berpakaian dan soal kematangan dan cara berfikir...soal bicara, soal perilaku....secara ringkasnya soal cara hidup kita secara keseluruhan dan amalan kita di peringkat usia ini.

2. Banyakkan bertoleransi dalam usia sebegini...tahap emosi dan kemarahan perlu bijak dikawal. Tidak perlu ada sebarang ketegangan lagi. Belajar untuk lebih mengalah dan menelan saja...di sinilah soal kematangan kita sbg orang yang telah berumur diukur...di peringkat ini bukan lagi peringkat bersengketa dan menunjukkan siapa lebih hebat tetapi lebih kpd menelan dan memaafkan. Hidup lebih tenang dgn cara ini.

3. Rutin dan budaya sebagai "orang tua" perlu diaktifkan. Bagaimana? Cuba kita tgok rutin emak dan nenek moyang kita dulu2...di awal 40-an rutin hidup sudah berubah...kalau sebelum ini tidak ke masjid atau surau...telah mula berjinak2 dan konsisten ke masjid dan surau, terutama kepada kaum adam. Kalau sebelum ini slps solat tergesa2 bangun untuk urusan dunia...telah berubah kpd tidak tergesa2 bangun, sebaliknya berwirid, berzikir dan membaca Quran. Terutamanya waktu di antara solat maghrib dan solat isyak...juga sebelum solat subuh. Waktu ini adalah waktu yang sangat sesuai untuk dekatkan diri dengan Allah...menunggu masuknya waktu isyak dengan membaca Al-Quran dan kitab2 Allah. Begitu juga menunggu masuknya waktu subuh. Bangun di satu pertiga malam unk solat tahajud dan berdoa...

4. Setiap saat dan ketika sentiasa mengingati mati. Kerana masa sudah semakin hampir...usia ini semakin lanjut...bila2 masa ajal menjemput. Jangan sesekali kita merasakan ajal kita lambat lagi sehingga kita terus tangguhkan untuk berubah...Sentiasa ringankan kaki untuk menziarahi orang sakit...ziarah saudara dan kenalan yang meninggal...jadikan ini sbg rutin wajib kpd diri kerana dengan cara ini kita melatih diri untuk sentiasa menyedari dunia ini hanya pinjaman dan bersifat sementara...justeru akan memandu diri kita untuk tidak meletakkan urysan dunia sbg keutamaan.

5. Pelihara hubungan dengan semua orang..dgn pasangan, keluarga, jiran tetangga, sahabat handai dan semua di sekeliling kita...hati akan bahagia dan tenang bila kita menjaga hubungan. Memilihlah untuk mengalah andai dengan mengalah itu boleh memelihara hubungan...selebihnya serah kepada Allah kerana Dia Maha Mengetahui.

Di usia emas ini, hiduplah dengan hati dan jiwa yang tawaduk...hidup dalam ketenangan dan kebahagiaan yang sebenar...jiwa yang tenang adalah jiwa yang sentiasa mengingati Allah...jiwa yang tenang adalah jiwa yang tidak mudah beremosi dgn apa jua perkara...jiwa yang tenang adalah jiwa yang sentiasa tunduk di sisi Allah...jiwa yang sentiasa segar dan bersemangat dalam acuannya yang selari dgn usia kita.

Sekadar coretan hati,
RZH
28 Disember 2019


Comments

Popular posts from this blog

Kenangan Zaman Permainan Kanak-kanak...

Dalam  hidup masing-masing, semua orang   mempunyai  kenangan  dan  momen  indah yang tersendiri semasa zaman kanak-kanak...ada yang menjadikan kenangan itu sebagai suatu nilai sentimental yang akan terpahat selamanya dalam lipatan kenangan. Saya juga tidak terkecuali. Kenangan permainan saya semasa kanak-kanak dulu memang terlalu istimewa dalam hidup saya...sentiasa segar dan mekar dalam bayangan fikiran sehinggakan terkadang menggamit rasa untuk kembali semula ke masa lampau...andai masa boleh diundur semula kan...saya ingin kembali mengulangi momen2 itu. Semasa zaman kanak2 saya memang sangat aktif bermain dan beraktiviti dengan kawan2...memang lasak betul la. Permainan kami geng kanak2 ni memang meriah betul ibarat satu pesta pula kemeriahannya. Zaman kanak2 dulu saya ni kiranya ketua geng la...haha..gengster pun ya juga (kira gengster baik la kalau dalam cerita hindustan dulu2..haha...sabar aje la) tukang plan itu ini dan confirmnya plan tu akan menjadi dgn me

Peranan Penyambut Tetamu Dalam Penganjuran Majlis Formal

    Penyambut tetamu ( usherette ) adalah orang yang memainkan peranan yang sangat penting dalam menyambut tetamu dan memastikan supaya tetamu dalam sesuatu majlis itu dapat diuruskan dengan baik dan lancar tanpa menimbulkan rasa tidak puas hati, rasa tersinggung dan rasa tidak selesa daripada tetamu yang dijemput. Sebelum pergi jauh lagi tentang peranan penyambut tetamu, mari kita sama-sama fahami dulu definisi 'Penyambut Tetamu'. Secara ringkasnya penyambut tetamu adalah orang yang dilantik dan diberikan tugas dan tanggungjawab untuk menyambut tetamu-tetamu yang dijemput dalam satu-satu majlis, menunjukkan arah dan mengiringi tetamu, serta memastikan keselesaan tetamu terjaga. Tugas menyambut tetamu ini kebiasaannya diletakkan di bawah satu Jawatankuasa yang terdiri daripada sebilangan peyambut tetamu yang mana jumlahnya bergantung kepada berapa ramai tetamu yang perlu diuruskan. Tetamu ini diklasifikasi kepada beberapa kategori, iaitu kategori kehormat dan

Peranan Pegawai Tadbir di Universiti Awam

Buat semua pembaca budiman,  Penulisan ini adalah sekadar pandangan dan pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman yang dilalui sebagai Pegawai Tadbir di Universiti Awam (UA). Walau bagaimanapun, ia mungkin berbeza mengikut pandangan masing-masing, juga mungkin berbeza mengikut governan UA masing-masing. Namun, sekurang-kurangnya penulisan ini dapat membantu untuk memberikan gambaran kepada pembaca dalam mengetahui secara umum mengenai peranan dan tanggungjawab seorang Pegawai Tadbir di UA. Pegawai Tadbir yang dibincangkan dalam penulisan ini adalah Pegawai Tadbir Universiti (PTU). PTU adalah Pegawai yang dikelaskan di bawah Skim Perkhidmatan Pengurusan dan Profesional (P&P). Gred jawatan bermula di Gred 41 dan ke atas. PTU adalah individu yang dilantik oleh pihak berkuasa Universiti untuk menguruskan pelbagai bentuk hal-ehwal pengurusan dan pentadbiran di Pusat Tanggungjawab (PTJ) di mana mereka ditempatkan. Daripada segi kelayakan akademik, PTU ini pe