Skip to main content

Masa Lepas Yang Begitu Pantas Berlalu...


Masa yang berlalu begitu pantas sekali...sehingga kita seakan tidak tersedar usia begitu cepat meningkat. Bila melihat anak2 semua dah besar dan mungkin ada anak2 yang dah bekerja...dalam hati kita berbisik "oh, dah besar anak2ku"...tapi rupanya dalam dah besar anak2 kita itu sebenarnya usia kita juga telah meningkat...sedarkah kita😀

Tahu2 bila kita merenungi diri...owhhh sudah lebih 30 tahun atau 40 tahun ke belakang zaman remaja dan zaman awal dewasa ditinggalkan..beberapa perubahan pada diri juga dirasai...ya sudah pasti tidak sama dgn zaman belasan tahun dulu....

Zaman permainan kanak2 sudah pasti 40 tahun lepas ditinggalkan..zaman pengajian di universiti yang begitu seronok dengan kehidupan kampus...sibuk dgn kawan2, kuliah, tutorial, assignments, aktivitinya, khidmat masyarakat zaman pelajar, presentations dsbnya telah berlalu berpuluh tahun lalu...

Kemudian kita teruja dengan zaman mula2 mendapat pekerjaan..baru mengenal bagaimana mengurus organisasi...mengurus staf di bawah seliaan juga sumber2 lain di bawah tanggungjawah...baru belajar memegang duit sendiri...zaman ini juga telah berlalu pergi sederas air...

Pejam celik pejam celik masa beredar...Allah kini rupanya sudah di ambang satu pertiga terakhir "sebuah kehidupan"...semuanya telah dilalui, dirasai dan ditempuhi...pengalaman yang dilalui sudah pasti banyak mengajar dan mematangkan diri..

Dan yang keseterusnya...seterusnya dan seterusnya....masa akan terus beredar...usia akan terus meningkat...sudah pasti segala rutin kehidupan kita juga perlu berubah selari dengan usia kita yang semakin menuju ke gerbang "emas"...yang pasti istiqomah kpd kebaikan dan menyedari hakikat bahawa rutin kehidupan perlu berubah selari dengan usia kita.

Banyak kenangan dan pengalaman yang disimpan rapi dalam diari kehidupan. Justeru, hayati dan hargailah setiap peringkat zaman yang kita lalui kerana semuanya itu suatu nilai hidup yang sangat indah dan bermakna...

Kini pula adalah zaman "maintain" dengan kehidupan yang sedang dilalui sekarang...kekal dgn momentumnya untuk sedikit masa lagi bagi yang telah berada di satu pertiga terakhir kerjaya...akan menemui noktah kpd sebuah kerjaya dan "noktah kepada sebuah kehidupan"...itulah kehidupan. Bimbing hati dan jiwa untuk sentiasa bersih dan ikhlas dan tunduk di sisi Dia yang Maha Agung dan Maha Besar...Allah Azza Wajalla.

Sekadar Bicara Hati,
RZH

Comments

Popular posts from this blog

Peranan Penyambut Tetamu Dalam Penganjuran Majlis Formal

    Penyambut tetamu ( usherette ) adalah orang yang memainkan peranan yang sangat penting dalam menyambut tetamu dan memastikan supaya tetamu dalam sesuatu majlis itu dapat diuruskan dengan baik dan lancar tanpa menimbulkan rasa tidak puas hati, rasa tersinggung dan rasa tidak selesa daripada tetamu yang dijemput. Sebelum pergi jauh lagi tentang peranan penyambut tetamu, mari kita sama-sama fahami dulu definisi 'Penyambut Tetamu'. Secara ringkasnya penyambut tetamu adalah orang yang dilantik dan diberikan tugas dan tanggungjawab untuk menyambut tetamu-tetamu yang dijemput dalam satu-satu majlis, menunjukkan arah dan mengiringi tetamu, serta memastikan keselesaan tetamu terjaga. Tugas menyambut tetamu ini kebiasaannya diletakkan di bawah satu Jawatankuasa yang terdiri daripada sebilangan peyambut tetamu yang mana jumlahnya bergantung kepada berapa ramai tetamu yang perlu diuruskan. Tetamu ini diklasifikasi kepada beberapa kategori, iaitu kategori kehormat dan...

Cara Goreng Ikan Masin Supaya lebih sedap...

Hokey...petang ni saya nak bercerita pasal menu 'berhantu' ini. Saya sebut sebagai 'berhantu' sebab menu ni mesti sentiasa akan 'mengusik' keinginan untuk makan lebih...menu ni memang akan membuka selera yang tertutup...menggoda untuk makan bertambah dan berulang-ulang...kejap nak makan kejap nak makan...aduhai itu la dia ikan masin goreng...atau ore kelate panggil ike kering goreng. Ikan masin ni salah satu daripada lauk kegemaran saya..hehehe saya suka tahap dewa..atau tahap ore kelate royak 'panggil tak dengar' ikan masin ni..tapi mesti kena dengan gaya masaknya..saya tak suka ikan masin tu masin sangat...saya suka rasa dia lemak-lemak masin sikit2 dan isinya lembut2 gebu gebas sikit....macam ikan ala jeruk tu sikit.. Untuk ikan masin ni sedap selepas digoreng, mesti ada cara masaknya yang tersendiri...dan saya pasti setiap orang ada gaya tersendiri menggoreng ikan masin, ada yang suka digoreng begitu saja, ada yang suka digoreng dengan dipoton...

Peranan Pegawai Tadbir di Universiti Awam

Buat semua pembaca budiman,  Penulisan ini adalah sekadar pandangan dan pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman yang dilalui sebagai Pegawai Tadbir di Universiti Awam (UA). Walau bagaimanapun, ia mungkin berbeza mengikut pandangan masing-masing, juga mungkin berbeza mengikut governan UA masing-masing. Namun, sekurang-kurangnya penulisan ini dapat membantu untuk memberikan gambaran kepada pembaca dalam mengetahui secara umum mengenai peranan dan tanggungjawab seorang Pegawai Tadbir di UA. Pegawai Tadbir yang dibincangkan dalam penulisan ini adalah Pegawai Tadbir Universiti (PTU). PTU adalah Pegawai yang dikelaskan di bawah Skim Perkhidmatan Pengurusan dan Profesional (P&P). Gred jawatan bermula di Gred 41 dan ke atas. PTU adalah individu yang dilantik oleh pihak berkuasa Universiti untuk menguruskan pelbagai bentuk hal-ehwal pengurusan dan pentadbiran di Pusat Tanggungjawab (PTJ) di mana mereka ditempatkan. Daripada segi kelayakan akademik, PTU in...