Skip to main content

Dekad Baharu 2020...



#NewDecade2020
#anggerikdesa

Masa sekolah menengah tinggi dulu...bila kena buat karangan dalam kelas, cikgu BM selalu beri tajuk berkaitan "Wawasan 2020". Masa tu bila cikgu sebut "Wawasan 2020" fikiran terus berfikir "lama lagi nak sampai tahun tu" terus tergambar sekali kiraan congaknya dalam lebih kurang 30 tahun lagi ke depan.

Ya, Wawasan 2020 diperkenalkan pada tahun 1991. Masa tu saya dan teman2 seperjuangan berada di peringkat sekolah menengah tinggi rasanya...popular betul dengan tajuk karangan matlamat wawasan 2020 dan cabaran-cabaran yang akan dihadapi. Jelas lagi di ingatan cikgu kata, tujuan wawasan 2020 ini adalah untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara perindustrian dan negara maju menjelang tahun 2020. Masa tu cair dan hafal betul dalam ingatan dengan sembilan matlamatnya dan sembilan cabarannya. Camane tak cair dan hafal...asal kena buat karangan aje mesti tajuk ni😀

Malam ini setelah hampir 30 tahun..telah tiba jua akhirnya 2020 itu...tibanya pada malam Rabu...baru saja satu jam 20 minit berlalu di mana secara rasminya mulai detik ini segala bentuk dokumen akan menggunakan 2020 sebagai tarikh tercatat...owhhh yang disebut sejak 30 tahun lalu kini telah tiba! Seakannya macam mimpi ke...eh bukan mimpi, ini realiti.

Pantasnya waktu beredar...rupanya zaman dok kalut dengan karangan bertajuk Wawasan 2020 tu telah 30 tahun ke belakang ditinggalkan...maksudnya usia saya dan rakan-rakan seperjuangan saya pada masa itu masing2nya kini telah bertambah 30 tahun lagi...hmmmm...seakan baru semalam kenangan itu ditinggalkan...segalanya masih segar di ingatan. Itulah namanya memori yang tidak mungkin padam dalam ingatan.

Sekadar mengimbau masa yang berlalu dan kenangan yang telah ditinggalkan...sudah pasti 1001 macam rasa dan pengalaman yang telah dilewati sepanjang tempuh yang berlalu. Kini pelayaran diteruskan dalam dekad baharu sehinggalah kapal ini berlabuh kekal di "destinasinya nanti".

Sekadar Imbauan Masa Lalu,
RZH
1 Jan 2020
1.40 pagi

Comments

Popular posts from this blog

Kenangan Zaman Permainan Kanak-kanak...

Dalam  hidup masing-masing, semua orang   mempunyai  kenangan  dan  momen  indah yang tersendiri semasa zaman kanak-kanak...ada yang menjadikan kenangan itu sebagai suatu nilai sentimental yang akan terpahat selamanya dalam lipatan kenangan. Saya juga tidak terkecuali. Kenangan permainan saya semasa kanak-kanak dulu memang terlalu istimewa dalam hidup saya...sentiasa segar dan mekar dalam bayangan fikiran sehinggakan terkadang menggamit rasa untuk kembali semula ke masa lampau...andai masa boleh diundur semula kan...saya ingin kembali mengulangi momen2 itu. Semasa zaman kanak2 saya memang sangat aktif bermain dan beraktiviti dengan kawan2...memang lasak betul la. Permainan kami geng kanak2 ni memang meriah betul ibarat satu pesta pula kemeriahannya. Zaman kanak2 dulu saya ni kiranya ketua geng la...haha..gengster pun ya juga (kira gengster baik la kalau dalam cerita hindustan dulu2..haha...sabar aje la) tukang plan itu ini dan confirmnya plan tu akan menjadi dgn me

Peranan Penyambut Tetamu Dalam Penganjuran Majlis Formal

    Penyambut tetamu ( usherette ) adalah orang yang memainkan peranan yang sangat penting dalam menyambut tetamu dan memastikan supaya tetamu dalam sesuatu majlis itu dapat diuruskan dengan baik dan lancar tanpa menimbulkan rasa tidak puas hati, rasa tersinggung dan rasa tidak selesa daripada tetamu yang dijemput. Sebelum pergi jauh lagi tentang peranan penyambut tetamu, mari kita sama-sama fahami dulu definisi 'Penyambut Tetamu'. Secara ringkasnya penyambut tetamu adalah orang yang dilantik dan diberikan tugas dan tanggungjawab untuk menyambut tetamu-tetamu yang dijemput dalam satu-satu majlis, menunjukkan arah dan mengiringi tetamu, serta memastikan keselesaan tetamu terjaga. Tugas menyambut tetamu ini kebiasaannya diletakkan di bawah satu Jawatankuasa yang terdiri daripada sebilangan peyambut tetamu yang mana jumlahnya bergantung kepada berapa ramai tetamu yang perlu diuruskan. Tetamu ini diklasifikasi kepada beberapa kategori, iaitu kategori kehormat dan

Peranan Pegawai Tadbir di Universiti Awam

Buat semua pembaca budiman,  Penulisan ini adalah sekadar pandangan dan pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman yang dilalui sebagai Pegawai Tadbir di Universiti Awam (UA). Walau bagaimanapun, ia mungkin berbeza mengikut pandangan masing-masing, juga mungkin berbeza mengikut governan UA masing-masing. Namun, sekurang-kurangnya penulisan ini dapat membantu untuk memberikan gambaran kepada pembaca dalam mengetahui secara umum mengenai peranan dan tanggungjawab seorang Pegawai Tadbir di UA. Pegawai Tadbir yang dibincangkan dalam penulisan ini adalah Pegawai Tadbir Universiti (PTU). PTU adalah Pegawai yang dikelaskan di bawah Skim Perkhidmatan Pengurusan dan Profesional (P&P). Gred jawatan bermula di Gred 41 dan ke atas. PTU adalah individu yang dilantik oleh pihak berkuasa Universiti untuk menguruskan pelbagai bentuk hal-ehwal pengurusan dan pentadbiran di Pusat Tanggungjawab (PTJ) di mana mereka ditempatkan. Daripada segi kelayakan akademik, PTU ini pe