Skip to main content

Mengingati Mati Itu Satu Kemestian...


Sering saja fikiran ini teringat tentang kematian...setiap kali teringat, akan terbayang bagaimana nanti keadaannya di saat roh akan bercerai dari badan, bagaimana urusan jenazah nanti dan bagaimana pula urusan kebuminya nanti...Allahuakbar...dan yang paling penting adalah bagaimana dengan pertanyaan Mungkar dan Nakir nanti.

Mati itu pasti...sebagaimana firman Allah:

"Tiap yang berjiwa itu akan merasai mati. Dan sesungguhnya pada hari kiamat sajalah disempurnakan papalamu. Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan (QS Ali Imran: 185)

Mengingati mati itu adalah wajib bagi orang yang beriman kerana dengan mengingati mati akan sentiasa memberikan peringatan kepada kita bahawa hidup ini hanya sementara dan pengakhirannya nanti adalah kehidupan di alam akhirat...segala amal ibadah dan perbuatan kita akan dihitung satu persatu walau sebesar zarah sekalipun takkan terlepas...

Justeru dengan mengingati mati sekurang-kurangnya menjadikan kita insan yang takut untuk terus melakukan dosa dan menjadikan kita sebagai hamba yang akan sentiasa berusaha untuk membetulkan kesilapan dan meningkatkan amal ibadah kepada Allah. Mengingati mati juga akan menjadikan kita sentiasa melatih dan membimbing diri untuk tidak begitu taksub "mencintai dunia" sehingga meletakkan soal nama, pangkat, dan populariti di tempat utama dan paling tinggi berbanding dengan perkara lain.

Dalam hidup ini yang paling utama dan perlu diletakkan di tempat yang paling tinggi adalah soal amal ibadah,p dan tutur kata kita. Justeru, untuk memastikan perbuatan dan tingkahlaku serta tutur kita adalah dalam radar berhemah, maka jagalah hubungan kita dengan Allah...

Kembali kepada mati...sejauhmanakah kita bersedia untuk menyahut panggilan Allah. Pernahkah kita seketika bertafakur memikirkan bilakah agaknya kita akan dijemput...adakah sekejap lagi, esok, lusa, sebulan lagi, setahun lagi atau lama lagi. Pernahkah kita terfikir..sempatkah kita nak mencapai umur 50 tahun...sempatkah kita nak memastikan anak-anak kita sudah besar panjang dan sudah ada kehidupan sendiri semasa kita dipanggil mengadap Ilahi nanti...

Pernahkah kita terfikir, bagaimanakah agaknya bentuk kematian kita...kerana sakitkah, kerana kemalangan kah, kerana sakit tua ke...atau bagaimana?

Pernahkah kita terfikir, di manakah kita akan mati, di tanah kuburah manakah kita akan dikebumikan...mudahkan nanti proses pengurusan jenazah kita nanti...siapakah agaknya yang memandikan kita, mengkafankan kita dan menyolatkan kita...Allahuakbar...seandainya perkara-perkara ini datang di fikiran, makanya memang kita tiada jawapannya kerana semua jawapannya adalah rahsia Allah dan tidak ada siapapun tahu sehinggalah waktunya tiba.

Jawapan pasti yang ada pada kita adalah...hanya dengan mengingati mati dan memikirkan perkara-perkara yang tiada jawapan itu...akan membuatkan kita semakin membaiki hubungan dengan Allah...akan menjadikan kita hamba yang tawaduk untuk sentiasa memastikan diri berada di atas landasan Allah...dan akhirnya akan menjadikan kita sebagai hamba yang sentiasa berdoa agar dijemput menemui-Nya dalam Husnul Khotimah! selebih daripada itu adalah milik Allah.

Semoga kita semua sentiasa mengingatkan diri tentang kematian yang wajib akan tiba...kerana hanya dengan mengingati mati saja hati dan jiwa kita tidak akan berpaling dari Allah. Dalam setiap ketika kita akan cuba sedayanya untuk menjaga hubungan kita dengan Allah, hubungan dengan manusia dan hubungan dengan semua aspek kehidupan ini. Hidup ini juga akan sentiasa dipaksikan kepada amal ibadah, kebaikan, kesejahteraan dan keharmonian semata-mata...insyaAllah.

Salam Hormat,
RZH


Sitasi: Gambar diambil dari FB Ustazah Siti Nor Bahyah Mahamood

Comments

Popular posts from this blog

Cara Goreng Ikan Masin Supaya lebih sedap...

Hokey...petang ni saya nak bercerita pasal menu 'berhantu' ini. Saya sebut sebagai 'berhantu' sebab menu ni mesti sentiasa akan 'mengusik' keinginan untuk makan lebih...menu ni memang akan membuka selera yang tertutup...menggoda untuk makan bertambah dan berulang-ulang...kejap nak makan kejap nak makan...aduhai itu la dia ikan masin goreng...atau ore kelate panggil ike kering goreng. Ikan masin ni salah satu daripada lauk kegemaran saya..hehehe saya suka tahap dewa..atau tahap ore kelate royak 'panggil tak dengar' ikan masin ni..tapi mesti kena dengan gaya masaknya..saya tak suka ikan masin tu masin sangat...saya suka rasa dia lemak-lemak masin sikit2 dan isinya lembut2 gebu gebas sikit....macam ikan ala jeruk tu sikit.. Untuk ikan masin ni sedap selepas digoreng, mesti ada cara masaknya yang tersendiri...dan saya pasti setiap orang ada gaya tersendiri menggoreng ikan masin, ada yang suka digoreng begitu saja, ada yang suka digoreng dengan dipoton...

Peranan Penyambut Tetamu Dalam Penganjuran Majlis Formal

    Penyambut tetamu ( usherette ) adalah orang yang memainkan peranan yang sangat penting dalam menyambut tetamu dan memastikan supaya tetamu dalam sesuatu majlis itu dapat diuruskan dengan baik dan lancar tanpa menimbulkan rasa tidak puas hati, rasa tersinggung dan rasa tidak selesa daripada tetamu yang dijemput. Sebelum pergi jauh lagi tentang peranan penyambut tetamu, mari kita sama-sama fahami dulu definisi 'Penyambut Tetamu'. Secara ringkasnya penyambut tetamu adalah orang yang dilantik dan diberikan tugas dan tanggungjawab untuk menyambut tetamu-tetamu yang dijemput dalam satu-satu majlis, menunjukkan arah dan mengiringi tetamu, serta memastikan keselesaan tetamu terjaga. Tugas menyambut tetamu ini kebiasaannya diletakkan di bawah satu Jawatankuasa yang terdiri daripada sebilangan peyambut tetamu yang mana jumlahnya bergantung kepada berapa ramai tetamu yang perlu diuruskan. Tetamu ini diklasifikasi kepada beberapa kategori, iaitu kategori kehormat dan...

Peranan Pegawai Tadbir di Universiti Awam

Buat semua pembaca budiman,  Penulisan ini adalah sekadar pandangan dan pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman yang dilalui sebagai Pegawai Tadbir di Universiti Awam (UA). Walau bagaimanapun, ia mungkin berbeza mengikut pandangan masing-masing, juga mungkin berbeza mengikut governan UA masing-masing. Namun, sekurang-kurangnya penulisan ini dapat membantu untuk memberikan gambaran kepada pembaca dalam mengetahui secara umum mengenai peranan dan tanggungjawab seorang Pegawai Tadbir di UA. Pegawai Tadbir yang dibincangkan dalam penulisan ini adalah Pegawai Tadbir Universiti (PTU). PTU adalah Pegawai yang dikelaskan di bawah Skim Perkhidmatan Pengurusan dan Profesional (P&P). Gred jawatan bermula di Gred 41 dan ke atas. PTU adalah individu yang dilantik oleh pihak berkuasa Universiti untuk menguruskan pelbagai bentuk hal-ehwal pengurusan dan pentadbiran di Pusat Tanggungjawab (PTJ) di mana mereka ditempatkan. Daripada segi kelayakan akademik, PTU in...