Skip to main content

Adab dan Ilmu...keduanya penting!

Idea untuk tajuk ni dapat bila melihat poster satu ceramah seorang ustaz. Poster ni pop up di fb saya...makanya terus menggamit saya untuk menulis tentang tajuk ini.

Terlalu banyak perspektif yang boleh disentuh untuk tajuk ini...skop tajuk ini sangat luas...tetapi pada saya sudah pasti saya akan mengaitkannya dengan aspek komunikasi dalam kehidupan.

Adab ini merujuk kepada nilai dan hemah, juga perilaku, perbuatan, moral, tata susila, sopan santun dan budi pekerti diri. Bagaimana kita meletakkan dan mempraktikkan adab dalam kehidupan harian kita? Adakah kita meletakkan adab ini di tempat yang paling tinggi atau kita langsung tidak mengendahkan soal adab ini dalam kehidupan.

Adab ini sebenarnya satu sifat yang secara default dan secara automatik keluar daripada diri seseorang sama ada dlm bentuk perbuatan, tutur kata, memek muka, secara penggunaan isyarat (gesture) mahupun posture.

Adab ini telah "bergabung sederap" dalam diri kita...bertapak dalam diri dan dah "blend" bersama.

Justeru, bila adab ini memang dah "hidup" dalam diri kita makanya sudah pasti lah ia akan mengikut nilai bagaimana yang kita terapkan, amalan dan budaya dan yang paling penting adalah tahap keimanan kita kepada Allah.

Sekiranya kita menerapkan nilai-nilai yang baik dalam diri, makanya sudah pasti lah adab yang kita pertontonkan adalah baik dan begitu lah sebaliknya.

Nilai-nilai murni dalam diri ni bukan datang begitu2 dan tiba2 saja...ia telah diterap awal dlm diri kita oleh ibu bapa kita sejak kita kecil lagi...kalau ibu bapa kita memang memiliki nilai diri dan adab serta budaya yang baik maka sudah pasti didikan kepada kita juga baik dan begitu la juga sebaliknya. Kerana itu lah pembetukan sikap dan adab sopan kita adalah penting bermula dari zaman anak2 lagi...zaman "masih rebung" mudah untuk dibentuk dan dilentur...kalau dah jadi buluh baru nak bentuk mmg musnah lah segalanya.

Berbalik pula kita kepada soal ilmu. Soal ilmu ini adalah berkait dengan  kognitif pemikiran manusia, pengetahuan, penguasaan ilmu, kepandaian, kemahiran, kepakaran, pengalaman dan kelulusan akademik di pelbagai peringkat pengajian.

Sebelum kita ulas lebih lanjut tentang ilmu. Agama mempunyai tiga perkara utama yang wajib diketahui dan dipelajari, iaitu ilmu tauhid yang berkait dengan iman, ilmu feqah yang berkait dengan Islam dan ilmu tasauf yang berkait dengan ihsan.

Pada saya, penguasaan ilmu ini adalah sangat penting dalam apa jua bidang sekali pun. Ilmu ini perlu dituntut, dicari dan dipelajari dan ianya bukan datang begitu2 saja. Bagi mereka yang berminat atas satu2 bidang ilmu, maka sudah pasti dia akan mempelajarinya sehingga dia pandai. Dan ilmu juga perlu diamal dan dipraktikkan, kalau tidak ia akan tinggal sebagai sesuatu yang tidak memberi makna kepada kita.

Adab dan ilmu adalah dua perkara penting yang menjadi pelengkap kepada kehidupan manusia. Kalau tiada salah satunya maka pincang lah kehidupan. Kalau kita hanya merajakan ilmu saja sedangkan soal adab kita tidak terpelihara, makanya kita tidak akan mungkin dapat meraih maksud kejayaan sebenar. Kita sebenarnya terus berada dalam kerugian kerana hidup merajakan ilmu sehingga kita terlupa soal yang lebih penting...soal "adab" kita kepada Allah dan adab kita kepada manusia.

Begitu la sebaliknya, andainya adab saja yang kita jaga sedangkan kita tidak mempunyai apa2 ilmu pun dalam membuat sesuatu perkara, maka kita juga tidak mungkin dapat pergi lebih jauh dan meraih erti kebahagiaan sebenar dalam kehidupan...contohnya dalam ilmu ilmu feqah, tentang hal mengerjakan solat dan amalan yang sempurna kepada Allah, bagaimana mungkin kita akan menjadi hambanya yang betul2 taat dan beriman sekiranya kita langsung tidak mengetahui tentang ilmunya yang berkait dengan soal hukum hakam, tatacara, rukun dan sebagainya lagi.

Seterusnya, andai kita memiliki kedua2 nya, maka dalam apa jua yang kita lakukan...dahulukan lah adab terlebih dahulu berbanding ilmu dengan "ilmu yang bersifat duniawi"  kerana risau kalau nanti kita meletakkan ilmu sebagai keutamaan, kita mungkin tidak betul2 melaksanakan sesuatu perkara mengikut jalan yang Allah redhai. Kekhuatiran juga kot kita nanti cepat merasa sombong dan riak tanpa sengaja hingga kita terlupa bahawa segala apa jua yang ada di dunia ini adalah milik Allah...kita ini hanya sekadar hamba Allah yang tidak punyai apa2...segala bentuk pergerakan, idea dan "kehebatan" kita adalah datang dari Allah...jadi sentiasalah didik diri supaya sentiasa beradab sopan dan "humble"  dalam apa jua yang dilakukan.

Salam hormat,
RZH





Comments

Popular posts from this blog

Kenangan Zaman Permainan Kanak-kanak...

Dalam  hidup masing-masing, semua orang   mempunyai  kenangan  dan  momen  indah yang tersendiri semasa zaman kanak-kanak...ada yang menjadikan kenangan itu sebagai suatu nilai sentimental yang akan terpahat selamanya dalam lipatan kenangan. Saya juga tidak terkecuali. Kenangan permainan saya semasa kanak-kanak dulu memang terlalu istimewa dalam hidup saya...sentiasa segar dan mekar dalam bayangan fikiran sehinggakan terkadang menggamit rasa untuk kembali semula ke masa lampau...andai masa boleh diundur semula kan...saya ingin kembali mengulangi momen2 itu. Semasa zaman kanak2 saya memang sangat aktif bermain dan beraktiviti dengan kawan2...memang lasak betul la. Permainan kami geng kanak2 ni memang meriah betul ibarat satu pesta pula kemeriahannya. Zaman kanak2 dulu saya ni kiranya ketua geng la...haha..gengster pun ya juga (kira gengster baik la kalau dalam cerita hindustan dulu2..haha...sabar aje la) tukang plan itu ini dan confirmnya plan tu akan menjadi dgn me

Peranan Penyambut Tetamu Dalam Penganjuran Majlis Formal

    Penyambut tetamu ( usherette ) adalah orang yang memainkan peranan yang sangat penting dalam menyambut tetamu dan memastikan supaya tetamu dalam sesuatu majlis itu dapat diuruskan dengan baik dan lancar tanpa menimbulkan rasa tidak puas hati, rasa tersinggung dan rasa tidak selesa daripada tetamu yang dijemput. Sebelum pergi jauh lagi tentang peranan penyambut tetamu, mari kita sama-sama fahami dulu definisi 'Penyambut Tetamu'. Secara ringkasnya penyambut tetamu adalah orang yang dilantik dan diberikan tugas dan tanggungjawab untuk menyambut tetamu-tetamu yang dijemput dalam satu-satu majlis, menunjukkan arah dan mengiringi tetamu, serta memastikan keselesaan tetamu terjaga. Tugas menyambut tetamu ini kebiasaannya diletakkan di bawah satu Jawatankuasa yang terdiri daripada sebilangan peyambut tetamu yang mana jumlahnya bergantung kepada berapa ramai tetamu yang perlu diuruskan. Tetamu ini diklasifikasi kepada beberapa kategori, iaitu kategori kehormat dan

Peranan Pegawai Tadbir di Universiti Awam

Buat semua pembaca budiman,  Penulisan ini adalah sekadar pandangan dan pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman yang dilalui sebagai Pegawai Tadbir di Universiti Awam (UA). Walau bagaimanapun, ia mungkin berbeza mengikut pandangan masing-masing, juga mungkin berbeza mengikut governan UA masing-masing. Namun, sekurang-kurangnya penulisan ini dapat membantu untuk memberikan gambaran kepada pembaca dalam mengetahui secara umum mengenai peranan dan tanggungjawab seorang Pegawai Tadbir di UA. Pegawai Tadbir yang dibincangkan dalam penulisan ini adalah Pegawai Tadbir Universiti (PTU). PTU adalah Pegawai yang dikelaskan di bawah Skim Perkhidmatan Pengurusan dan Profesional (P&P). Gred jawatan bermula di Gred 41 dan ke atas. PTU adalah individu yang dilantik oleh pihak berkuasa Universiti untuk menguruskan pelbagai bentuk hal-ehwal pengurusan dan pentadbiran di Pusat Tanggungjawab (PTJ) di mana mereka ditempatkan. Daripada segi kelayakan akademik, PTU ini pe