Skip to main content

Hati kembali tercuit...

Hidup ini sebenarnya sentiasa dalam ujian Allah. Justeru, mental dan fizikal perlu sentiasa bersedia dengan ujian yang Allah akan datangkan. Kita juga perlu letak di ingatan bahawa syaitan juga akan sentiasa meracuni dan menggoda hati dan perasaan kita agar kita terlalai dalam memgingati Allah.

Sekadar menitip sesuatu yang kembali mencuit rasa di hati...kalau ikutkan memang hati akan sentiasa terluka dan pedih setiap kali "benda" ni muncul di ruang mata. Sakit rasa di hati ni bagai belati menusuk dan merobek keras. Allahuakbar...tidak terucap sebenarnya...telan saja yang mampu.

Nak dijadikan cerita, hari ni handphone buat hal..never happen before...ini first time happened...aduhai parah. Semua "musnah" maka jawapannya beli handphone baharu. Dipendekkan cerita, hanya sebahagian saja yg dpt di back-up...yang lain gone...sedih sangat tapi sabar dan telah juga la.

Rasa macam nak meraung, tapi memegang janji pada diri yang mental dan hati perlu kuat...makanya bertahan dan menahan diri seboleh mungkin...hati berbisik "sabar kerana Allah menguji setiap saat dan ketika...pasti ada hikmahnya"

Walau hati rasa agak tidak keruan dgn phone punya pasal...hati tetap bersabar juga..slowly la malam ni mengadap phone...setting balik semua perkara...WhatsApp, Facebook, emel dengan pelbagai emelnya..emel unk google calendar, emel personal, dan emel rasmi...sesekali ngintai ke galeri kot back up gambar akan cover semua gambar yg last...aduhaii nampaknya tidak..dprd 12 ribu gambar di galeri, hanya tinggal beratus saja...Allahuakbar sedih sgt rasa sbb ada sbhgn gambar penting yang tidak sempat dipindahkan ke "tempat simpan only me yang hakiki"....sesambil itu memujuk hati tak apa la gambar kenangan, gambar penguat semangat, gambar beri rasa hepi...semuanya dah gone!

Dalam keadaan rasa letih dan sedih dok tgok byk gambar yang hilang, tiba2 muncul satu gambar "screen shot" yang ada tulisan atau dialog di dalamnya...Allahuakbar "dialog ini" kenapa masih ada...sudah di delete dah dlm simpanan...tapi kenapa bila phone meragam dan tukar phone baharu...si google ni masih simpan screen shot ni dan resent to my new phone...bila membaca dan menghayati dialog demi dialog yang tertulis...hati kembali pedih...sedih...kecewa...rasa marah tu mungkin telah tiada atau telah tawar namun rasa sedikit terkilan dengan perbuatannya itu masih lagi ada walaupun sedikit...yang pasti rasa ini tidaklah sehebat rasa seperti masa mula2 mengetahui ttg coversation ini pada 24 Oktober 2011 yang lalu...ya betul sudah hampir 9 tahun berlalu dialog ini tapi masih tetap memberikan kesan di hati.

Dialog ini "membunuh" segala rasa kepercayaan yang terbina sepanjang perkenalan terjalin. Sehingga kini walau telah hampir 10 tahun berlalu...memang rasa percaya itu tidak pernah lagi kembali seperti dulu...ya betul, sekali rasa kepercayaan ini dinodai sampai2 bila2 tidak akan balik seperti asal. 

Sejenak hati terdiam...beristigfar di dalam hati..."Ya Allah pasti ada hikmah mengapa Engkau muncul kan kembali "conversation menyakitkan ini"...ada sesuatu yang Engkau ingin sampaikan dan hint kan kepada aku....

Semoga Engkau berikan aku yang terbaik kerana Engkau Maha mengetahui bisikan hati kecilku ini...dan betapa aku mengharapkan pengakhiran yang terbaik dari-Mu...doaku tidak pernah putus agar Engkau sentiasa jauhkan aku dengan orang2 yang menyakitkan dan kelilingilah aku dengan orang2 yang membahagiakan...dan aku pasti doaku ini akan dimakbulkan suatu hari nanti. InsyaAllah...ameen.

Doaku juga semoga Engkau terus berikan hidayah dan petunjuk buat pemilik dialog itu semoga semuanya telah berubah dan tidak mengulanginya lagi...dan kembalikan lah kepercayaan sehebat dulu dalam diriku buat orang ini..kembali bersama itu tiada isu...tetapi untuk kepercayaan ini pulih sepenuhnya...itu tidak pasti. Terkadang hati rasa tawar dan kosong...tiada "jiwa" seperti dulu lagi...

Hakikatnya....dalam hatiku ini hanya Engkau yang Maha mengetahui...tidak terluah rasa ini ya Allah.

Sekadar coretan pengalaman mungkin dpt memotivasikan dan memberi inspirasi kepada mereka yang sedang dalam kekecewaan bahawa hidup ini kebergantungannya hanya pada Allah jua...jangan berpaling dari-Nya walau dalam susah dan senang kerana Allah maha mengetahui atas segala2nya. Terus istiqomah!

Salam Hormat,
RZH

Comments

Popular posts from this blog

Kenangan Zaman Permainan Kanak-kanak...

Dalam  hidup masing-masing, semua orang   mempunyai  kenangan  dan  momen  indah yang tersendiri semasa zaman kanak-kanak...ada yang menjadikan kenangan itu sebagai suatu nilai sentimental yang akan terpahat selamanya dalam lipatan kenangan. Saya juga tidak terkecuali. Kenangan permainan saya semasa kanak-kanak dulu memang terlalu istimewa dalam hidup saya...sentiasa segar dan mekar dalam bayangan fikiran sehinggakan terkadang menggamit rasa untuk kembali semula ke masa lampau...andai masa boleh diundur semula kan...saya ingin kembali mengulangi momen2 itu. Semasa zaman kanak2 saya memang sangat aktif bermain dan beraktiviti dengan kawan2...memang lasak betul la. Permainan kami geng kanak2 ni memang meriah betul ibarat satu pesta pula kemeriahannya. Zaman kanak2 dulu saya ni kiranya ketua geng la...haha..gengster pun ya juga (kira gengster baik la kalau dalam cerita hindustan dulu2..haha...sabar aje la) tukang plan itu ini dan confirmnya plan tu akan menjadi dgn me

Peranan Penyambut Tetamu Dalam Penganjuran Majlis Formal

    Penyambut tetamu ( usherette ) adalah orang yang memainkan peranan yang sangat penting dalam menyambut tetamu dan memastikan supaya tetamu dalam sesuatu majlis itu dapat diuruskan dengan baik dan lancar tanpa menimbulkan rasa tidak puas hati, rasa tersinggung dan rasa tidak selesa daripada tetamu yang dijemput. Sebelum pergi jauh lagi tentang peranan penyambut tetamu, mari kita sama-sama fahami dulu definisi 'Penyambut Tetamu'. Secara ringkasnya penyambut tetamu adalah orang yang dilantik dan diberikan tugas dan tanggungjawab untuk menyambut tetamu-tetamu yang dijemput dalam satu-satu majlis, menunjukkan arah dan mengiringi tetamu, serta memastikan keselesaan tetamu terjaga. Tugas menyambut tetamu ini kebiasaannya diletakkan di bawah satu Jawatankuasa yang terdiri daripada sebilangan peyambut tetamu yang mana jumlahnya bergantung kepada berapa ramai tetamu yang perlu diuruskan. Tetamu ini diklasifikasi kepada beberapa kategori, iaitu kategori kehormat dan

Peranan Pegawai Tadbir di Universiti Awam

Buat semua pembaca budiman,  Penulisan ini adalah sekadar pandangan dan pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman yang dilalui sebagai Pegawai Tadbir di Universiti Awam (UA). Walau bagaimanapun, ia mungkin berbeza mengikut pandangan masing-masing, juga mungkin berbeza mengikut governan UA masing-masing. Namun, sekurang-kurangnya penulisan ini dapat membantu untuk memberikan gambaran kepada pembaca dalam mengetahui secara umum mengenai peranan dan tanggungjawab seorang Pegawai Tadbir di UA. Pegawai Tadbir yang dibincangkan dalam penulisan ini adalah Pegawai Tadbir Universiti (PTU). PTU adalah Pegawai yang dikelaskan di bawah Skim Perkhidmatan Pengurusan dan Profesional (P&P). Gred jawatan bermula di Gred 41 dan ke atas. PTU adalah individu yang dilantik oleh pihak berkuasa Universiti untuk menguruskan pelbagai bentuk hal-ehwal pengurusan dan pentadbiran di Pusat Tanggungjawab (PTJ) di mana mereka ditempatkan. Daripada segi kelayakan akademik, PTU ini pe