Skip to main content

Berbuat Baik lah kepada Orang yang Berbuat Tidak Baik kepada kita...

Ungkapan ini biasa kita dengar. Sering berlaku dalam kehidupan. Kadang-kadang kita telah mencuba sebaiknya untuk seiring dengan ungkapan ini, namun terkadang agak rumit.

Tetapi, walaupun dalam kerumitan sekurang2nya kita belajar lah untuk muhasabah diri apabila mungkin kita dah terlebih respon...makanya sebaiknya kita sedar dan cepat2 memohon keampunan Allah.

Dalam proses "healing" ini memang sangat banyak dugaan yang Allah beri. For sure agak susah kita nak terus hundred percent berubah kan..opkos akan ambil masa...sekurang2nya niat untuk berubah itu ada dan terus istiqamah.

Kadang2 kerumitan itu bukan kerana sebuah keegoaan tapi kerana soal prinsip diri dan gaya kepimpinan kita yang sejak azali begitu...dan opkos ini juga berkait dengan soal sikap dan pembawaan kita.

Kalau contohnya sesuatu perkara itu salah...maka wajib lah kepada kita untuk membetulkannya bila perkara itu memang under kawalan kita...mana mungkin benda yang salah nak diteruskan dengan salah...suatu tindakan pembetulan atau penambahbaikan perlu lah dibuat. Makanya untuk membuat ini lah memerlukan strategi dan kebijaksanaannya.

Hmmmm...itu yang kadang2 kita "gagal" dalam bab strategi dan kebijaksanaan ini. Faktor kedua kegagalan adalah berkaitan dengan sukarnya memecahkan "tembok zon selesa" yang sekian lama dah dilakukan begitu...tanpa ada yang membetulkan...akhirnya bila dah terlalu lama sgt perkara itu berterusan begitu...maka itulah terjadinya situasi di mana "yang salah jadi betul dan yang betul jadi salah"...takkah naya dekat orang yang perlu membetulkannya semula...memang cabaran agak tinggi sebab berkait dengan hati dan perasaan orang.

Bila kita dah membetulkan, for sure akan ada yang marah. Bila dah marah maka berlakulah konflik...ini yang "menyesak dada" sebenarnya. Orang ni mmg biasa...apabila "soal kuasa" pada diri disentuh...mmg confirm akan "mengamuk". Justeru, andai ini berlaku cubalah sebaik mungkin dengan orang yang berbuat tidak baik pada kita...kita tetap membalasnya dengan baik.

For sure hati kita terluka bila orang tidak memahami dan menganggap "kita telah mengambil kuasanya"...tak mengapa, pujuk lah hati supaya terus bersabar...asalkan kita "clear" dgn Allah tentang niat kita...kita jelas mengapa kita perlu lakukan begitu..maafkan saja orang yang melukakan hati kita..berdoa supaya dia dan kita terus diberikan hidayah jua...

Kesimpulannya, sabar lah dan terus berbuat baik dengan orang yang tidak berbuat baik kepada kita. Berlapang dada dan terus istiqomah

Salam hormat,
RZH



Comments

Popular posts from this blog

Kenangan Zaman Permainan Kanak-kanak...

Dalam  hidup masing-masing, semua orang   mempunyai  kenangan  dan  momen  indah yang tersendiri semasa zaman kanak-kanak...ada yang menjadikan kenangan itu sebagai suatu nilai sentimental yang akan terpahat selamanya dalam lipatan kenangan. Saya juga tidak terkecuali. Kenangan permainan saya semasa kanak-kanak dulu memang terlalu istimewa dalam hidup saya...sentiasa segar dan mekar dalam bayangan fikiran sehinggakan terkadang menggamit rasa untuk kembali semula ke masa lampau...andai masa boleh diundur semula kan...saya ingin kembali mengulangi momen2 itu. Semasa zaman kanak2 saya memang sangat aktif bermain dan beraktiviti dengan kawan2...memang lasak betul la. Permainan kami geng kanak2 ni memang meriah betul ibarat satu pesta pula kemeriahannya. Zaman kanak2 dulu saya ni kiranya ketua geng la...haha..gengster pun ya juga (kira gengster baik la kalau dalam cerita hindustan dulu2..haha...sabar aje la) tukang plan itu ini dan confirmnya plan tu akan menjadi dgn me

Peranan Penyambut Tetamu Dalam Penganjuran Majlis Formal

    Penyambut tetamu ( usherette ) adalah orang yang memainkan peranan yang sangat penting dalam menyambut tetamu dan memastikan supaya tetamu dalam sesuatu majlis itu dapat diuruskan dengan baik dan lancar tanpa menimbulkan rasa tidak puas hati, rasa tersinggung dan rasa tidak selesa daripada tetamu yang dijemput. Sebelum pergi jauh lagi tentang peranan penyambut tetamu, mari kita sama-sama fahami dulu definisi 'Penyambut Tetamu'. Secara ringkasnya penyambut tetamu adalah orang yang dilantik dan diberikan tugas dan tanggungjawab untuk menyambut tetamu-tetamu yang dijemput dalam satu-satu majlis, menunjukkan arah dan mengiringi tetamu, serta memastikan keselesaan tetamu terjaga. Tugas menyambut tetamu ini kebiasaannya diletakkan di bawah satu Jawatankuasa yang terdiri daripada sebilangan peyambut tetamu yang mana jumlahnya bergantung kepada berapa ramai tetamu yang perlu diuruskan. Tetamu ini diklasifikasi kepada beberapa kategori, iaitu kategori kehormat dan

Peranan Pegawai Tadbir di Universiti Awam

Buat semua pembaca budiman,  Penulisan ini adalah sekadar pandangan dan pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman yang dilalui sebagai Pegawai Tadbir di Universiti Awam (UA). Walau bagaimanapun, ia mungkin berbeza mengikut pandangan masing-masing, juga mungkin berbeza mengikut governan UA masing-masing. Namun, sekurang-kurangnya penulisan ini dapat membantu untuk memberikan gambaran kepada pembaca dalam mengetahui secara umum mengenai peranan dan tanggungjawab seorang Pegawai Tadbir di UA. Pegawai Tadbir yang dibincangkan dalam penulisan ini adalah Pegawai Tadbir Universiti (PTU). PTU adalah Pegawai yang dikelaskan di bawah Skim Perkhidmatan Pengurusan dan Profesional (P&P). Gred jawatan bermula di Gred 41 dan ke atas. PTU adalah individu yang dilantik oleh pihak berkuasa Universiti untuk menguruskan pelbagai bentuk hal-ehwal pengurusan dan pentadbiran di Pusat Tanggungjawab (PTJ) di mana mereka ditempatkan. Daripada segi kelayakan akademik, PTU ini pe