Skip to main content

Sambal hitam mudah


Minggu lepas saya sebenarnya ada buat sambal hitam ikan bilis. Rasa teringat nak makan. Sambal ni bila kita gaul gaul dengan nasi panas, ada ikan goreng pulak panas2...ermmm memang best la. Dah mana pulak nak dibeli bila dandan tu jugak nak makan...aduhaii susah juga bila imaginasi untuk makanan ni sangat tinggi sehingga terbayang2 depan mata dan terasa rasa di lidah ni...

Makanya, saya pun tak ada choice la kena buat sendiri la...makanya saya pun masuk dapur...intai2 cukup semuakah bahan2 yang diperlukan. Menyediakan sambal hitam ringkas ni bukannya susah..sangat mudah sebab sambal hitam ni saya tak taruk belimbing...sambal hitam yang betul2 asli pembuatannya adalah sambal hitam Pahang...saya ni dari Kelantan, jadinya confirm la dah 'menderhaka' cket la daripada resepi asal..for sure la saya buat ala saya masak la kan...

Meh kita tengok bahan2 nya dulu:

1. Cili api hijau campur merah lebih kurang dua genggam..jgn risau ia tak pedas sangat bila jadi sambal nanti. Kalau tak ada cili api merah, hijau saja pun boleh..no hal.

2. Bawang merah kecil dlm lima enam ulas.

3. Opkos la ikan bilis...dalam dua genggam juga ya lebih kurangnya.

4. Air asam jawa cket, gula dan garam secukupnya.

Cara2 membuatnya:

1. Bersihkan ikan bilis...toskan.
2. Buang tangkai cili api tu dan cuci..toskan.
3. Kupas bawang.

4. Bestnya sambal ini bila ianya ditumbuk guna lesung sehingga hancur dan lumat ya. Tapi sebab saya ni nak mudah dan nak cepat aje, campur malas pula, makanya saya blend aje semuanya, cuma masa blend tu jangan taruk air tapi taruk minyak terus..buat sambal hitam ni mmg kena guna banyak minyak...hehehe..kalori oh kalori.

5. Kemudiaanya panaskan kuali dan tumiskan bahan yang diblend tadi...tumis api sederhana sehingga garing. Saya tumis dlm lebih kurang 20 ke 30 minit juga rasanya. Sambal hitam saya ni tak taruk belimbing ya, saya cuma gantikan dgn air asam jawa..taruk lebih cket dlm setengah cawan...tumis lama sehingga pecah minyak dan garing...nampak agak kehitaman gitew, tapi ia tidak sehitam kalau kita menggunakan belimbing ya...itu resepi traditional orang Pahang...memang best yang taruk belimbing tu...

6. Kemudiannya dah dekat nak angkat masukkan ait asam jawa, gula dan garam secukupnya...saya lebihkan gula..ya memang standard la sambal sebegini dan pedas pula makanya mesti diseimbangkan dgn manis dan masam cket2...baru sedap rasanya.

Taraaaa....sambal hitam yang telah siap



Okey mudah kan..selamat mencuba..sambal ni boleh dimakan dgn nasi, roti, biskut mengikut kesukaan anda ya...saya siap pack kan terus dalam bekas2 kecil ni mudah untuk simpan dan dihabiskan satu2.




Salam hormat
RZH

Comments

Popular posts from this blog

Cara Goreng Ikan Masin Supaya lebih sedap...

Hokey...petang ni saya nak bercerita pasal menu 'berhantu' ini. Saya sebut sebagai 'berhantu' sebab menu ni mesti sentiasa akan 'mengusik' keinginan untuk makan lebih...menu ni memang akan membuka selera yang tertutup...menggoda untuk makan bertambah dan berulang-ulang...kejap nak makan kejap nak makan...aduhai itu la dia ikan masin goreng...atau ore kelate panggil ike kering goreng. Ikan masin ni salah satu daripada lauk kegemaran saya..hehehe saya suka tahap dewa..atau tahap ore kelate royak 'panggil tak dengar' ikan masin ni..tapi mesti kena dengan gaya masaknya..saya tak suka ikan masin tu masin sangat...saya suka rasa dia lemak-lemak masin sikit2 dan isinya lembut2 gebu gebas sikit....macam ikan ala jeruk tu sikit.. Untuk ikan masin ni sedap selepas digoreng, mesti ada cara masaknya yang tersendiri...dan saya pasti setiap orang ada gaya tersendiri menggoreng ikan masin, ada yang suka digoreng begitu saja, ada yang suka digoreng dengan dipoton...

Peranan Penyambut Tetamu Dalam Penganjuran Majlis Formal

    Penyambut tetamu ( usherette ) adalah orang yang memainkan peranan yang sangat penting dalam menyambut tetamu dan memastikan supaya tetamu dalam sesuatu majlis itu dapat diuruskan dengan baik dan lancar tanpa menimbulkan rasa tidak puas hati, rasa tersinggung dan rasa tidak selesa daripada tetamu yang dijemput. Sebelum pergi jauh lagi tentang peranan penyambut tetamu, mari kita sama-sama fahami dulu definisi 'Penyambut Tetamu'. Secara ringkasnya penyambut tetamu adalah orang yang dilantik dan diberikan tugas dan tanggungjawab untuk menyambut tetamu-tetamu yang dijemput dalam satu-satu majlis, menunjukkan arah dan mengiringi tetamu, serta memastikan keselesaan tetamu terjaga. Tugas menyambut tetamu ini kebiasaannya diletakkan di bawah satu Jawatankuasa yang terdiri daripada sebilangan peyambut tetamu yang mana jumlahnya bergantung kepada berapa ramai tetamu yang perlu diuruskan. Tetamu ini diklasifikasi kepada beberapa kategori, iaitu kategori kehormat dan...

Peranan Pegawai Tadbir di Universiti Awam

Buat semua pembaca budiman,  Penulisan ini adalah sekadar pandangan dan pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman yang dilalui sebagai Pegawai Tadbir di Universiti Awam (UA). Walau bagaimanapun, ia mungkin berbeza mengikut pandangan masing-masing, juga mungkin berbeza mengikut governan UA masing-masing. Namun, sekurang-kurangnya penulisan ini dapat membantu untuk memberikan gambaran kepada pembaca dalam mengetahui secara umum mengenai peranan dan tanggungjawab seorang Pegawai Tadbir di UA. Pegawai Tadbir yang dibincangkan dalam penulisan ini adalah Pegawai Tadbir Universiti (PTU). PTU adalah Pegawai yang dikelaskan di bawah Skim Perkhidmatan Pengurusan dan Profesional (P&P). Gred jawatan bermula di Gred 41 dan ke atas. PTU adalah individu yang dilantik oleh pihak berkuasa Universiti untuk menguruskan pelbagai bentuk hal-ehwal pengurusan dan pentadbiran di Pusat Tanggungjawab (PTJ) di mana mereka ditempatkan. Daripada segi kelayakan akademik, PTU in...