Skip to main content

Cerita Santai Tentang Exercise...


Aduhai...dah banyak hari rasanya tak menulis...memang tak senang juga bila tak menulis ni...walau sibuk, walau penat, tetap kena curi masa juga untuk menarikan pena ni...sebab kalau saya tidak menulis macam tak lengkap pula 'dunia'..hahaha. Sekadar tulisan santai saja, maka okey walau dalam kepenatan saya menulis. Tapi kalau penulisan berfakta, berkait dengan kepimpinan, pengurusan, dan komunikasi, maka yang ni saya kena betul2 bersedia sebab banyak rujukan perlu dibuat dalam penulisan kita. 

Entah macamana boleh terjebak ni...tapi bagus untuk kesihatan...cumanya mampu dengan tak mampu saja daripada segi mental dan fizikal...juga daripada segi masa yang ada...Bila dah terjebak, makanya kena konsisten..prinsipnya mudah saja "hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih". Jadinya kena set kan matlamatnya..tanpa matlamat bagaimana kita menetapkan halatujunya..tanpa destinasi bagaimana mungkin kita akan sampai ke tempat yang dituju...ibarat sebuah kapal yang belayar, andai tiada destinasi, bagaimana mungkin kapal akan berlabuh dan sauh akan diturunkan...wahhh gitewww bahasa sastera yang sudah lama ditinggalkan masa zaman persekolahan di alam form four form five dulu rasanya...

Setelah mencapai tujuh hari work out ni...waduhhh kini tiba saat perlu menahan diri dengan "craving" nya yang sudah "menyerang"...hari pertama, hari kedua dan hari ketiga macam hokey aje semuanya..tak ada la rasa "lapar sangat dan teringin nak makan macam-macam" tapi bila masuk hari keempat, hari kelima dan seterusnya huru hara rasa craving ini...mampu kah untuk menahan diri ni...kita ni jenis org pemakan..bila kena control cket makanan yang diambil resah rasa...satu hari hanya dpt makan makanan yang bila total up semuanya, mesti tak boleh melebihi 1200 cal....tolonggggg....uwaaaa hamba hampir tidak setia lagi ni....tapi apa keadaan pun prinsip di atas tetap berkuatkuasa untuk tempoh 12 bulan....

Semenjak mula work out ni...saya didedahkan dengan beberapa aplikasi untuk kesihatan..contohnya, apps MyFitnesspal, terus terang saya tak pernah tahu dan tak pernah guna apps ini...dan saya pula kebetulannya tidak pernah kisah pun untuk menjaga pengambilan kalori dalam rutin makanan saya...tapi bila terjebak ni...wah segalanya jadi bertukar 360 darjah...aduhai..."kalori oh kalori"....makanya apps MyFitnesspal diaktifkan....waduhhh parah wehhh...nanti di bawah, saya akan ceritakan insan yang membawa saya ke 'dunia baharu' ini dan memperkenalkan saya dengan apps ini.



Sebenarnya apps ini sangat bagus untuk kita menjaga pengambilan kalori dalam makanan kita setiap hari. Melalui pengalaman saya selama 8 hari tentang apps ni, ianya sgt baik di install dlm handphone masing2 sebabnya atleast kita jadi disiplin dan komited untuk jaga pemakanan kita sama ada untuk orang yang berdiet atau tidak berdiet, itu bukan isunya...isunya bagus apps ini untuk kawal pemakanan kita yang akhirnya beri kesan kepada kesihatan kita.

Kalau ikut berat badan saya sekarang dengan matlamat yang saya nak capai, makanya saya hanya boleh makan 1200 cal sahaja sehari...aduhai parah juga untuk pastikan hanya takat itu saja yang boleh dimakan...bab heavy meal tu sy hokey aje boleh patuh, tapi bab yang kena tinggalkan tabiat "kudap-kudap" tu yang jadi parah dan huru hara untuk saya...saya ni memang jenis geng kamcing dgn kudap2 tu....ohhhh tolongggg...sangat susah nak menahan diri...apapun saya kena kuat juga...yang main dishes tu kalau hanya ambik pagi dan tengah hari, hanya dlm lebih kurang 700 kalori aje dicapai...tapi dalam portion cket2 la..janganlah sampai seperiuk nasi nak dihabiskan...hihi. 

Masalahnya yang kudap2 tu....cuba imagine kalau seketul keropok lekor saiz kecik coit tu saja cal nya 40 cal per satu...bygkan kalau kita mkn 4 ketul...makanya darab lah sendiri yer...huhu menangis wehhh tak berbaloi. Begitu juga goreng pisang bagai...juga karipap yang seketul tu kalorinya sebiji 130 cal...aduhai mmg kena fikir 10 kali kalau nak hambik hokey...sebab tak berbaloi. Semalam saya meeting, dihidangkan dengan pisang goreng dan keropok lekor...huhuhu hancur musnah segalanya..pisang goreng rasabya sy makan 3 keping dan keropok 4 ketul...Allahhhh....dah 300 cal kat situ saja...mahu negatif kalori saya semalam...itu yang mlm tadi juga saya work out dan burned 550cal...terpaksa sudah...

Aduhai memang 'sengsara' sungguh saya rasa untuk control diri daripada bab kudah-kudap ni...keinginan untuk makan tu melebihi dari segala-galanya...amboihhh bahasa...bila bab makan aje memang 'lupa dunia'...hehehe.
Namun saya perlu berusaha untuk mencuba juga...kalau saya dapat tinggalkan 'dunia kudap-kudap' ni makanya saya mesti dapat konsisten untuk mematuhi nilai kalori yang perlu saya ambil pada setiap hari.

Konsep saya dalam menjaga pengambilan kalori dan membuat exercise ini bukan kerana saya nak kurus ya...bukan bukan dan bukan...saya sebenarnya hanya ingin mengurangkan sedikit berat badan saya bagi memudahkan dan meringankan pergerakan...muat kan cket baju-baju dalam simpanan yang sudah tak muat...opsss pecah rahsia...hahaha demam...dan yang penting sebenarnya untuk kesihatan juga...bila badan berat ni macam-macam benda yang berkaitan dengan kesihatan boleh singgah...lutut sakit la...mengah la...jadi kena exercise untuk jaga stamina juga...wah gitu...tak ada lah nanti naik dua tiga anak tangga pun dah mengah bagai naik berpuluh anak tangga...

Hokey kembali semula bagaimana saya boleh terjebak dengan work out ni ya...al-kisahnya begini...saya sebenarnya sudah sekian lama nak kurangkan cket berat badan dan nak exercise untuk stamina...namun tidak pernah pun ianya dapat direalisasikan. Dulu sekejap saya pernah buat exercise melalui apps Swork-it yang saya install di HP, tapi saya hanya mampu bertahan untuk seminggu saja...aduhaiii begitu sukar sekali untuk paksa diri untuk exercise...masa buat thru Swork-it ni saya buat kat rumah saja...ermmmm itu yang tak konsisten tu. Masa tu saya masih ingat saya mendapat motivasi daripada salah seorang kenalan yang bermula dengan Dr. juga di depan namanya....saya memang sangat teruja bila mendengar cerita nya untuk menjadi kurus begitu...terkejut giler saya mula2 tengok dia wehhh...beliau rupanya melakukan exercise melalui Swork-it tu secara konsisten tanpa gagal, tidak ambil semua kuih manis, air manis...hanya air putih/air kosong saja....waduhhh part ni memang saya selokkk la...setiap hari saya memang mesti kena ada nescafe..kuih manis memang akan makan juga....apapun saya cuba juga tapi memang konpom gagal la kan...

Peluang kedua ini pula, Allah hadirkan kepada saya seseorang yang di depan namanya juga bermula dengan Dr.....saya panggil dia Dr. Ida, alhamdulillah, sebabnya tanpa sengaja saya berminat...bermotivasi dan seterusnya membuat keputusan untuk mencuba, kali ini memilih Gim untuk melakukan exercise. Saya memutuskan untuk join Dr. Ida ke Gim...dah lama sebenarnya nak ke Gim tapi sebab tak ada geng makanya hasrat itu silent begitu saja...tiba2 daripada borak-borak dengan Dr. Ida, baru saya tahu beliau rupanya memang dah lama pergi ke Gim dan menjaga pengambilan kalori melalui apps MyFitnesspal ni. Dipendekkan cerita, Dr. Ida banyak memberikan saya sokongan dan motivasi, berkongsi banyak perkara tentang penjagaan pengambilan makanan, dan diet yang sihat...Dr. Ida juga memperkenalkan saya dengan apps MyFitnesspal. Kiranya seakan Dr. Ida ni menjadi 'coach tanpa sengaja' saya...wah gitew...boleh buat tajuk drama ni...kan tajuk drama sekarang ni pelik-pelik bunyinya kan...hehehe. Apapun untuk Dr. Ida, thank you very much from the bottom of my heart...I really appreciate it! doakan semoga saya terus istiqomah ya...

Al-kisah bagaimana mula rapat dengan Dr. Ida ni adalah semasa kami sama2 menguruskan International Workshop on PLS...PLS ni adalah bidang kepakaran Dr. Ida, di samping bidang utamanya dalam bidang HR. Daripada sini, akhirnya kami tiba2 'memetri janji' untuk exercise keliling kampus....walaupun saya pada awalnya macam tak berapa jamin saya akan komit..tapi kerana janji punya pasal, maka saya perlu menunjukkan saya komited dengan janji....tapi akhirnya saya terfikir, daripada 'berjalan laju' keliling kampus, lebih baik saya follow aje Dr. ida ke Gim, makanya apa yang difikirkan itu akhirnya menjadi realiti. Tanpa plan tanpa perancangan jitu pun perkara ini berlaku....sebenarnya dalam kehidupan ini, "bila sesuatu perkara itu nak berlaku...maka ia akan berlaku tanpa kita menjangkanya'...makanya soal sosial sebegini tak perlu lah plan beria...sebab kadang-kadang bila plan beria ia tak menjadi...bila kita tak plan ia jadi.....

So far masih lagi #masihsetia...akan datang saya belum pasti...apa yang berlaku sekarang saya grab dulu...yang nak berlaku akan datang biar la dulu...orang bijak pandai kata, untuk kita enjoy dengan kehidupan, "fikirkan tentang apa yang berlaku pada masa sekarang"...apa yang nak berlaku pada masa akan datang usah fikirkan dulu...bila tiba masanya nanti, maka fikirlah....hehehe

Beberapa gambar kenangan dalam 'dunia baharu' ini mengikut hari yang berbeza saya pahatkan di sini, mungkin boleh menjadi motivasi kepada mereka yang sama dalam situasi saya, atau mungkin jua sesiapa saja yang berminat....percaya lah untuk memulakan kadang-kadang sukar...tapi kadang-kadang jua ia mudah....bergantung kepada cara kita berfikir pada masa keputusan itu perlu dibuat. Untuk membantu kita membuat keputusan...apa saja yang positif, tidak perlu menangguhkan keputusan yang perlu dibuat....






Begitu lah lebih kurangnya cerita saya tentang 'dunia exercise & dunia Gim' ini. Mungkin boleh menjadi panduan kepada anda di luar sana yang berminat untuk mengurangkan berat badan. Apa yang saya kongsikan di atas adalah baru step pertamanya, step keduanya pula mungkin kita dah boley mula explore menu diet yang bersesuaian...bila saya sebut bersesuaian maksudnya jangan la sampai diet kita itu nanti sehingga ke tahap memudaratkan kesihatan ya...ini juga tips yang my Gym Buddy, Dr. Ida pesankan kepada saya....untuk saya mungkin saya tak risau sangat diet saya ni sampai memudaratkan, sebab saya ni jenis " saya dan makanan berpisah tiada"...hahaha macam-macam gaya bahasa saya guna dalam penulisan kali ini ya...tak mengapa yang penting maksudnya sampai...

Okey, malam pun dah lewat...saya sebenarnya sudah tersangat kepenatan...tadi mampu burned 550 cal...rekod tertinggi satu malam calori burned yang berjaya saya capai...bukan apa, sebab hari ni dan semalam saya makan banyak giler...aduhaiii...jadi kena ganti dengan exercise, atleast balance kembali...untuk itu saya mengundurkan diri dulu...

Saya tinggal dengan lagu ini "Dealova"...ada kenangan dan cerita sebenarnya di sebalik lagu ini...nanti lah, bila saya rajin untuk menyingkap kenangan yang berlalu, makanya kita tulis citer di sebalik lagu ini ya...


Salam Hormat
RZH






Comments

Popular posts from this blog

Kenangan Zaman Permainan Kanak-kanak...

Dalam  hidup masing-masing, semua orang   mempunyai  kenangan  dan  momen  indah yang tersendiri semasa zaman kanak-kanak...ada yang menjadikan kenangan itu sebagai suatu nilai sentimental yang akan terpahat selamanya dalam lipatan kenangan. Saya juga tidak terkecuali. Kenangan permainan saya semasa kanak-kanak dulu memang terlalu istimewa dalam hidup saya...sentiasa segar dan mekar dalam bayangan fikiran sehinggakan terkadang menggamit rasa untuk kembali semula ke masa lampau...andai masa boleh diundur semula kan...saya ingin kembali mengulangi momen2 itu. Semasa zaman kanak2 saya memang sangat aktif bermain dan beraktiviti dengan kawan2...memang lasak betul la. Permainan kami geng kanak2 ni memang meriah betul ibarat satu pesta pula kemeriahannya. Zaman kanak2 dulu saya ni kiranya ketua geng la...haha..gengster pun ya juga (kira gengster baik la kalau dalam cerita hindustan dulu2..haha...sabar aje la) tukang plan itu ini dan confirmnya plan tu akan menjadi dgn me

Peranan Penyambut Tetamu Dalam Penganjuran Majlis Formal

    Penyambut tetamu ( usherette ) adalah orang yang memainkan peranan yang sangat penting dalam menyambut tetamu dan memastikan supaya tetamu dalam sesuatu majlis itu dapat diuruskan dengan baik dan lancar tanpa menimbulkan rasa tidak puas hati, rasa tersinggung dan rasa tidak selesa daripada tetamu yang dijemput. Sebelum pergi jauh lagi tentang peranan penyambut tetamu, mari kita sama-sama fahami dulu definisi 'Penyambut Tetamu'. Secara ringkasnya penyambut tetamu adalah orang yang dilantik dan diberikan tugas dan tanggungjawab untuk menyambut tetamu-tetamu yang dijemput dalam satu-satu majlis, menunjukkan arah dan mengiringi tetamu, serta memastikan keselesaan tetamu terjaga. Tugas menyambut tetamu ini kebiasaannya diletakkan di bawah satu Jawatankuasa yang terdiri daripada sebilangan peyambut tetamu yang mana jumlahnya bergantung kepada berapa ramai tetamu yang perlu diuruskan. Tetamu ini diklasifikasi kepada beberapa kategori, iaitu kategori kehormat dan

Peranan Pegawai Tadbir di Universiti Awam

Buat semua pembaca budiman,  Penulisan ini adalah sekadar pandangan dan pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman yang dilalui sebagai Pegawai Tadbir di Universiti Awam (UA). Walau bagaimanapun, ia mungkin berbeza mengikut pandangan masing-masing, juga mungkin berbeza mengikut governan UA masing-masing. Namun, sekurang-kurangnya penulisan ini dapat membantu untuk memberikan gambaran kepada pembaca dalam mengetahui secara umum mengenai peranan dan tanggungjawab seorang Pegawai Tadbir di UA. Pegawai Tadbir yang dibincangkan dalam penulisan ini adalah Pegawai Tadbir Universiti (PTU). PTU adalah Pegawai yang dikelaskan di bawah Skim Perkhidmatan Pengurusan dan Profesional (P&P). Gred jawatan bermula di Gred 41 dan ke atas. PTU adalah individu yang dilantik oleh pihak berkuasa Universiti untuk menguruskan pelbagai bentuk hal-ehwal pengurusan dan pentadbiran di Pusat Tanggungjawab (PTJ) di mana mereka ditempatkan. Daripada segi kelayakan akademik, PTU ini pe