Skip to main content

Resepi SedapZaini: Gulai Udang Special Ala Kampung






Hokey semua hari ni saya tak ada plan ke mana2. Mungkin petang nanti ke Gym. Jadinya pagi ni saya masuk dapur memasak. Kebetulannya anak dari kolej balik hujung minggu ni. Saya nak share resepi gulai udang resepi mak saya ya. Kalau mak saya masak gulai udang ni memang kuahnya rasa sangat sedap...memang teringat aje. Kalau saya buat memang tak sampai tahap sedap mak saya ni....tapi boley la...hihihi.

Kalau balik kampung makanya bertambah-tambah la makan nasi. Rasa kuahnya memang special sangat...sangat sedap, memang tak dapat jumpa di mana-mana....mungkin cara masak dan cara penggunaan bahan-bahannya berbeza menjadikan rasanya berbeza dengan gulai udang orang lain. Bila saya perhatikan kuah yang sebegini rasanya ini hanya dapat dirasai bila mak saya gulai udang dan ketam..rasa kuah tu akan rasa sama untuk kedua-duanya...dan sedapnya memang tidak terkata....perghhhh memang hingga menjilat jari...mertua lalu kat belakang pun memang tak sedar...hihihi.

Al-kisahnya udang besau ini dah lama dok ada alam peti ais ni. Saya beli di Sabah tiga peket hampir dua bulan yang lalu..beli di airport saja sebab pergi urusan kerja....lagipun saya tak reti nak ke pasar Kota Konabalu sana..tak reti nak membeli di pasar basah sebenarnya, jadi yang mudah, capai di airport saja lah...udang ni masih tinggal satu peket lagi tidak sempat dimasak sebab hampir dua bulan saya tak masak...aduhaiii...kekangan masa dan penuh dengan aktiviti macam2 menjadikan tak sempat 'masuk dapur'.

Kita terus kepada bahan-bahannya:

1. Udang saiz besar 15 ekor
2. Cili kering 13 tangkai
3. Bawang merah 8 ulas saiz besar cket
4. Bawang putih seulas
5. Halia sedikit sahaja dalam 1 cm
6. Santan 1 kg (gulai ni kuahnya kena pekat baru sedap)
7. asam keping 3
8. Garam dan gula
9. Setengah sudu besar beras ditumbuk hancur dan lumat

Cara-cara membuatnya.

1. Cuci bersih udang. Saya potong hujung kepala dan hujung ekor sedikit. Belah sedikit bahagian belakang udang dan buang kotoran di bahagian itu. Tapis dan sejatkan.

2. Cili kering di potong pendek2 dan direndam dengan air panas bagi ia lembut dan muda untuk diblend nanti.

3. Kupas bawang merah, bawang putih dan halia.

4. Blend hancur cili kering dan semua bahan pada perkara 3.

5. Masukkan santan dalam periuk dan masukkan terus bahan yang telah diblend. Buka api sederhana dan kacau perlahan2 gulai ini sehingga menggelegak ya...petua masak gulai ni memang kena kacau..kalau tak kacau biar macam gitu aje makanya jadi 'sarawk telur' la ya...kuahnya jadi berketul2....masak gulai memang kena dikacau tanpa berhenti sehingga ia menggelegak dan udang dimasukkan. selepas tu, kacau sesekali boley..tapi still kena kacau juga.

6. Selepas menggelegak, masukkan udang dan kacau2, time ni sesekali nak berenti boley la...masukkan garam dan gula...saya memang suka gulai udang atau ketam ni kena manis cket....jadi saya taruk gula lebih...agak2 udang hampir masak kecilkan api dapur dan biarkan ia perlahan-lahan menggelegak atau dapur. Lepas tu boley padamkan api dan boley la dihidangkan.

Beberapa keping gambar untuk motivasi bagi yang nak masak nanti...







Rahsia untuk gulai udang dan ketam ni adalah, bila dah dekat-dekat nak masak tu, mak saya masukkan sedikit beras, dalam setengah sudu besar, ditumbuk hancur dan lumat dan masukkan dalam gulai ini...sampai sekarang memang saya buat...saya tak pasti beras tu untuk apa, ada mak saya beritahu tapi saya dah lupa...rasa saya mungkin untuk lebih memberikan rasa sedap kepada kuahnya kot...dan mungkin ianya untuk memekatkan juga kuah udang atau ketam ni, juga mungkin untuk menghilangkan sedikit 'bau' udang. Tapi pada sata bila masuk beras ni gulai tu rasa lebih ummppp...lebih sedap...lebih klasik rasanya berbanding dengan yang kita tak masuk beras ni. Sampai sekarangpun Encik husband dan anak2 akan memang sentiasa 'memuji2' kesedapan kuah udang ini, katanya lain daripada yang lain rasa sedapnya...hehehe...

Selamat mencuba buat semua resepi gulai cara traditional orang kampung yang memang terbaik rasanya. Okey sebelum mengundur diri, seperti biasa saya tinggalkan dengan pilihan lagu ini.





Salam Hormat
RZH 

Comments

Popular posts from this blog

Kenangan Zaman Permainan Kanak-kanak...

Dalam  hidup masing-masing, semua orang   mempunyai  kenangan  dan  momen  indah yang tersendiri semasa zaman kanak-kanak...ada yang menjadikan kenangan itu sebagai suatu nilai sentimental yang akan terpahat selamanya dalam lipatan kenangan. Saya juga tidak terkecuali. Kenangan permainan saya semasa kanak-kanak dulu memang terlalu istimewa dalam hidup saya...sentiasa segar dan mekar dalam bayangan fikiran sehinggakan terkadang menggamit rasa untuk kembali semula ke masa lampau...andai masa boleh diundur semula kan...saya ingin kembali mengulangi momen2 itu. Semasa zaman kanak2 saya memang sangat aktif bermain dan beraktiviti dengan kawan2...memang lasak betul la. Permainan kami geng kanak2 ni memang meriah betul ibarat satu pesta pula kemeriahannya. Zaman kanak2 dulu saya ni kiranya ketua geng la...haha..gengster pun ya juga (kira gengster baik la kalau dalam cerita hindustan dulu2..haha...sabar aje la) tukang plan itu ini dan confirmnya plan tu akan menjadi dgn me

Peranan Penyambut Tetamu Dalam Penganjuran Majlis Formal

    Penyambut tetamu ( usherette ) adalah orang yang memainkan peranan yang sangat penting dalam menyambut tetamu dan memastikan supaya tetamu dalam sesuatu majlis itu dapat diuruskan dengan baik dan lancar tanpa menimbulkan rasa tidak puas hati, rasa tersinggung dan rasa tidak selesa daripada tetamu yang dijemput. Sebelum pergi jauh lagi tentang peranan penyambut tetamu, mari kita sama-sama fahami dulu definisi 'Penyambut Tetamu'. Secara ringkasnya penyambut tetamu adalah orang yang dilantik dan diberikan tugas dan tanggungjawab untuk menyambut tetamu-tetamu yang dijemput dalam satu-satu majlis, menunjukkan arah dan mengiringi tetamu, serta memastikan keselesaan tetamu terjaga. Tugas menyambut tetamu ini kebiasaannya diletakkan di bawah satu Jawatankuasa yang terdiri daripada sebilangan peyambut tetamu yang mana jumlahnya bergantung kepada berapa ramai tetamu yang perlu diuruskan. Tetamu ini diklasifikasi kepada beberapa kategori, iaitu kategori kehormat dan

Peranan Pegawai Tadbir di Universiti Awam

Buat semua pembaca budiman,  Penulisan ini adalah sekadar pandangan dan pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman yang dilalui sebagai Pegawai Tadbir di Universiti Awam (UA). Walau bagaimanapun, ia mungkin berbeza mengikut pandangan masing-masing, juga mungkin berbeza mengikut governan UA masing-masing. Namun, sekurang-kurangnya penulisan ini dapat membantu untuk memberikan gambaran kepada pembaca dalam mengetahui secara umum mengenai peranan dan tanggungjawab seorang Pegawai Tadbir di UA. Pegawai Tadbir yang dibincangkan dalam penulisan ini adalah Pegawai Tadbir Universiti (PTU). PTU adalah Pegawai yang dikelaskan di bawah Skim Perkhidmatan Pengurusan dan Profesional (P&P). Gred jawatan bermula di Gred 41 dan ke atas. PTU adalah individu yang dilantik oleh pihak berkuasa Universiti untuk menguruskan pelbagai bentuk hal-ehwal pengurusan dan pentadbiran di Pusat Tanggungjawab (PTJ) di mana mereka ditempatkan. Daripada segi kelayakan akademik, PTU ini pe