Skip to main content

Jalan-jalan Santai di Bandung...

Pada 24 - 27 Mac 2017 yang lalu saya dan rakan-rakan berjalan-jalan santai, makan angin di Bandung. Ini merupakan kali kedua saya dengan geng rapat ke BAndung setelah kali pertama bersama geng yang sama pada 2016 yang lalu. Semasa pergi trip pertama dulu, kami tak sempat masa untuk pergi semua tempat-tempat cantik di Bandung, mungkin salah satu faktor penyebab adalah kerana tempat-tempat yang ingin dilawati ini jauh dari bandar Bandung dan mengambil masa perjalanan pergi dan balik lebih kurang lima atau enam jam. Jadinya, saya dan geng memutuskan untuk membuat trip kedua. Tiket untuk trip kedua ini kami dah beli awal, tak silap saya bulan April tahun lepas lagi...seakan macam hampir setahun la tempahan tiket dibuat...hehehe.

Secara peribadi, saya berpendapat mereka yang ke Bandung ni mempunyai dua tujuan sahaja...satunya memang nak shopping giler2...ya, Bandung ni memang 'syurga shopping', dan keduanya, kerana ingin menikmati keindahan alam ciptaan Allah, melawat tempat-tempat menarik dan cantik di sana. Merakam kenangan secara bergambar memang satu rasa kepuasan kepada diri bagi tujuan koleksi dalam kehidupan. Dan opkos la, ada yang pergi atas tujuan kerja, meeting, conference dan sebagainya.

Pada saya, bagi mereka yang bekerja amat digalakkan untuk sesekali dalam sekali atau dua kali setahun keluar bercuti melihat tempat orang. Cara ini sebenarnya dapat melegakan fikiran dan tekanan kerja...release stressed orang kata, supaya bila kita balik dari bercuti nanti, fikiran kembali fresh, kembali tajam dan kembali 'pick-up' untuk berfikir. Di samping melegakan fikiran, percutian ini juga dapat meningkatkan motivasi diri, bila kita banyak melihat tempat-tempat cantik, menghirup udara bersih dan nyaman, lari dari kesibukan kota, banyak melihat kehijauan yang memberikan aura yang sangat positif dalam recharge diri kita untuk kembali segar dan bertenaga kembali.

Pada saya bercuti ni memang wajib untuk saya...percutian bersama famili dan percutian bersama geng-geng rapat...itu pelengkap pada diri saya dalam setiap tahun yang berlalu. Bercuti ni tidak semestinya kita pergi jauh-jauh...pergi dekat pun memadai...yang penting kita lari dari kesibukan kerja seketika, enjoy dan have fun....dalam masa yang sama kita menikmati makanan-makanan sedap di tempat orang yang kita tak boleh jumpa di tempat kita, maka nikmatilah...enjoy percutian akan memberikan nilai tambah daripada sudut ketenangan dan kebahagiaan dalam diri.

As usual, bila saya nak ke mana-mana, makanya barang-barang mesti di packing awal. Saya tak suka kelam kabut di saat akhir...kelam kelibut ni boleh buat kita tertinggal itu ini, makanya, jangan sesekali buat last minute packing ya...latih diri dari awal untuk disiplin dalam perkara-perkara yang dianggap enteng dan remeh temeh ini. Bila kita sudah terbiasa dengan disiplin yang kita set sendiri, maka akhirnya nanti apa yang tidak kita biasakan, akan menjadi biasa kepada kita, dan itulah disebut sebagai 'tabiat' atau 'perangai' kita....set tabiat yang baik-baik, maka hidup kita lebih tenang dan lancar sebenarnya...percayalah....hehehe

Lagi satu, amalkan dalam perkara-perkara yang bersesuai, buat checklist atau senarai semak ya. Bab-bab packing ni saya memang sejak dari dulu suka buat checklist....seminggu sebelum sambil duduk2 kita dah boleh buat senarai semak kita. Sekarang ni dah mudah, zaman IT semua ada di tangan kan...tak perlu kertas dan pen bagai untuk buat checklist....handphone sudah di tangan sepanjang masa, makanya buka app 'Note Everything'., maka mula la menaip apa yang hadir di fikiran untuk dia diturunkan sebagai checklist...bermula dari benda-benda simple sehinggalah yang lebih rumit...senaraikan semua. Checklist ni sebenarnya sangat membantu kita, satunya, ia membantu untuk fikiran kita tidak berat dan asyik fikir benda yang sama dan akhirnya buat kita resah tak menentu, padahal bendanya kecil saja pun. keduanya, ia membantu kita tidak tertinggal barang-barang penting di saat akhir. Kalau dah tertinggal nanti memang masak lah kan...contohnya, tiba2 dah sampai airport, cari passport tak ada, rupanya lupa ambil dari tempat di simpan, maklumlah, passport ni kita tak pakai hari-hari bagi warganegara, bukan macam kad pengenalan yang kita memang bawa ke mana saja kita pergi, ada aje dalam purse atau wallet kan. Passport ni, bila kita nak ke luar negara saja kita akan guna....kemungkinan untuk tertinggal tu memang ada.

Makanya pada 24 Mac, tibalah hari saya dan geng nak berangkap ke Bandung. Kami ambil flight Malindo, jam 2.05 minit, dan sampai di sana jam 5.00 petang lebih kurang.

Bersambung...

Comments

Popular posts from this blog

Kenangan Zaman Permainan Kanak-kanak...

Dalam  hidup masing-masing, semua orang   mempunyai  kenangan  dan  momen  indah yang tersendiri semasa zaman kanak-kanak...ada yang menjadikan kenangan itu sebagai suatu nilai sentimental yang akan terpahat selamanya dalam lipatan kenangan. Saya juga tidak terkecuali. Kenangan permainan saya semasa kanak-kanak dulu memang terlalu istimewa dalam hidup saya...sentiasa segar dan mekar dalam bayangan fikiran sehinggakan terkadang menggamit rasa untuk kembali semula ke masa lampau...andai masa boleh diundur semula kan...saya ingin kembali mengulangi momen2 itu. Semasa zaman kanak2 saya memang sangat aktif bermain dan beraktiviti dengan kawan2...memang lasak betul la. Permainan kami geng kanak2 ni memang meriah betul ibarat satu pesta pula kemeriahannya. Zaman kanak2 dulu saya ni kiranya ketua geng la...haha..gengster pun ya juga (kira gengster baik la kalau dalam cerita hindustan dulu2..haha...sabar aje la) tukang plan itu ini dan confirmnya plan tu akan menjadi dgn me

Peranan Penyambut Tetamu Dalam Penganjuran Majlis Formal

    Penyambut tetamu ( usherette ) adalah orang yang memainkan peranan yang sangat penting dalam menyambut tetamu dan memastikan supaya tetamu dalam sesuatu majlis itu dapat diuruskan dengan baik dan lancar tanpa menimbulkan rasa tidak puas hati, rasa tersinggung dan rasa tidak selesa daripada tetamu yang dijemput. Sebelum pergi jauh lagi tentang peranan penyambut tetamu, mari kita sama-sama fahami dulu definisi 'Penyambut Tetamu'. Secara ringkasnya penyambut tetamu adalah orang yang dilantik dan diberikan tugas dan tanggungjawab untuk menyambut tetamu-tetamu yang dijemput dalam satu-satu majlis, menunjukkan arah dan mengiringi tetamu, serta memastikan keselesaan tetamu terjaga. Tugas menyambut tetamu ini kebiasaannya diletakkan di bawah satu Jawatankuasa yang terdiri daripada sebilangan peyambut tetamu yang mana jumlahnya bergantung kepada berapa ramai tetamu yang perlu diuruskan. Tetamu ini diklasifikasi kepada beberapa kategori, iaitu kategori kehormat dan

Peranan Pegawai Tadbir di Universiti Awam

Buat semua pembaca budiman,  Penulisan ini adalah sekadar pandangan dan pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman yang dilalui sebagai Pegawai Tadbir di Universiti Awam (UA). Walau bagaimanapun, ia mungkin berbeza mengikut pandangan masing-masing, juga mungkin berbeza mengikut governan UA masing-masing. Namun, sekurang-kurangnya penulisan ini dapat membantu untuk memberikan gambaran kepada pembaca dalam mengetahui secara umum mengenai peranan dan tanggungjawab seorang Pegawai Tadbir di UA. Pegawai Tadbir yang dibincangkan dalam penulisan ini adalah Pegawai Tadbir Universiti (PTU). PTU adalah Pegawai yang dikelaskan di bawah Skim Perkhidmatan Pengurusan dan Profesional (P&P). Gred jawatan bermula di Gred 41 dan ke atas. PTU adalah individu yang dilantik oleh pihak berkuasa Universiti untuk menguruskan pelbagai bentuk hal-ehwal pengurusan dan pentadbiran di Pusat Tanggungjawab (PTJ) di mana mereka ditempatkan. Daripada segi kelayakan akademik, PTU ini pe