Skip to main content

Resepi SedapZaini: Sambal Tumis Ikan Bilis



















Okey semua, sudah lama sebenarnya saya tidak berkongsi resepi di Blog...sebenarnya sudah 'lama tak masuk dapur'...aduhai, kekangan masa sejak sebulan dua ni menjadikan saya agak kepenatan setiap malam di rumah..jadi just rest sahaja...makanya lauk pauk untuk dinner Mr. Husband dan anak2, kita order sajalah. 

Nak dijadikan cerita, Mr. Husband ada la menyebut nak makan sambal tumis ikan bilis...memang stok ikan bilis agak banyak di rumah kerana hari tu masa ada program di Sabah, saya kirimkan pada staf untuk tolong belikan...selalunya kalau turun sendiri ke Sabah, tak ada la pula saya beria nak membeli ikan bilis ni...ni tiba2 beria pulak saya mengirim ya. Hehehe...

Makanya hari ini di hujung minggu, ish tiba2 terajin pulak nak buat sambal ikan bilis ni, makanya saya pun masuk la dapur menyediakan bahan2 yang diperlukan...sambil2 kupas dan potong bawang ni, eh eh mereka-reka pulak dlm fikiran saya ni..."wah sedap juga kalau sambal bilis ni dicicah dengan cekodok bilis"...sayapun apa lagi, makin semangat la nak menyiapkan sambal bilis ni sebab sat lagi nak buat cekodok pulak...ore kelate panggil jepput deh...

Okey, meh kita tengok bahan2 yang digunakan untuk memasak sambal bilis ni yer...bahan2 ni ala cara saya masak lah yer...

Bahan-bahan:
1. For sure la ikan bilis...dalam dua genggam ya
2. Bawang merah 5 ulas
3. Bawang putih 2 ulas
4. Halia secoit saja...jgn byk tak sedap pulak nanti. Hujung kelingking saja. Ada orang tak suka taruk halia dlm sambal tumis..ya sayapun sama... untuk sambal tumis lain mmg saya tak suka taruk halia, tapi untuk sambal tumis ikan bilis mmg kena taruk juga cket sbb dia beri rasa sedap cket pada sambalnya...mungkin ngam dgn rasa bilis tu sendiri agaknya.
5. Belacan secubit
6. Kali ni saya tak guna cili kering tapi saya guna cili giling yang dah ready tu...malas punya pasal la ni..lagipun nak test kalau guna cili giling ni rasa sambal ni sesedap guna cili kering tak...
7. Sos cili 2 sudu besar
8. Sos tomato 2 sudu besar
9. Air asam jawa sedikit.
10. Minyak masak
11. Garam dan gula secukupnya

Orait, kita terus kepada cara2 memasaknya ya.

Cara-cara:
1. Ikan bilis dicuci bersih. Macam biasa cara mencuci spt yg saya share sebelum2 ni yer..basuh, bilas dan sambil tu berselawat ke atas junjungan besar kita. Apa saja yang kita masak inshaAllah sedap dan bersih.

2. Bawang merah, bawang putih, halia dan belacan ditumbuk halus. Entah kali ni saya memilih untuk tumbuk ya..tak mau guna blender...sebenarnya yg kita tumbuk ni lagi sedap rasanya...original cara masaknya.

3. Ikan bilis digoreng sederhana garing ya..terpulang, kalau anda suka garing, boley digaringkan..biasanya kalau jenis garing lebih sesuai untuk kita buat sambal bilis yang kering tu...sambal bilis saya ni jenis yang berkuah cket..jadi tak perlu garing ikan bilis nya..ada setengah org terus masuk dalam sambal mcm gitu aje tanpa goreng...tapi saya lebih suka digoreng sekejap, supaya ia kita masakkan sikit sebelum dimasukkan ke dalam sambal. Dua2 pun okey dan dua2 carapun sama sedapnya...

4. Panaskan kuali, masukkan dalam 3 sudu besar minyak, agak2 la yer...kalau nampak kering tambah la minyak cket lagi..tapi jgn la boh minyak macam kita nak goreng cekodok pulak..hihihi.

4. Bila minyak dah panas, tumis hingga kekuningan bahan yang ditumbuk tadi...kiranya hampir garing lerrr...kemudiannya masukkan dalam 3 susu besar cili giling tadi..agak2 lah yer..mungkin boleh tambah satu sudu lagi. Masukkan sedikit saja air. Kemudiannya tumis hingga pecah minyak..antara masa tu boleh masukkan sos cili dan sos tomato.

5. Bila dah betul2 pecah minyak boley masukkan air asam jawa, kacau sebentar, dan boleh masukkan gula, dan garam...sambal ni saya buat jenis manis yer..jadi saya masuk dlm 2 atau 3 sudu besar gula, boleh campur dgn gula melaka kalau ada stok gula melaka di rumah yer...tapi jgn sesekali masuk gula kabung ya, tak sedap nanti sambal tumis kita...masukkan garam dalam setengah sudu besar..agak2 ya sebab ikan bilis tu pun dah masin...hehehe

6. Kacau lama2 sikit atas api, semasa proses ni api slow kan yer...kita just nak bagi sambal tumis tu sebati elok dgn ikan bilis tadi...kalau nampak kuah agak kering, boley tambah air cket..dan selepas tambah air tu biar mendidih dulu baru lah boleh diangkat yer.

Taraaaaa...maka siap lah...jadi lah ia macam gambar di bawah:


Saya sengaja letak minyak lebih cket untuk sambal tumis saya ni..bagi yang diet atau mementingkan makanan yang sihat, makanya kurangkanlah minyak masa menumis ya...

Hokey...sambal bilis saya dah ready...sayapun plan nak buat cekodok la pulak, boley cicah terus dgn sambal ni nanti...jadi saya boleh skip untuk makan nasi lunch time nanti....Allah..cari2 gandum dah habis stok pulok kat rumah...aduhai..nak keluar pergi kedai malas la pulak..jadinya terus text Mr. Husband yang pergi sekolah hari ni, ada mesyuarat...minta belikan gandum masa balik nanti...makanya tak dpt la saya makan cekodok cicah sambal tumis ni...tak apa lah, roti pun boley la..hehehe


Haa..tu dia breakfast saya pagi tadi..lengkap pulak dengan pisang emas dan teh tarik ni...wah gitewww..dah tu camane nak diet ni...huhu




Lebih kurang jam 2.30 pm Mr. Husband sampai umah dan belikan gandum yang dikirim tadi....wah, apa lagi saya pun terus masuk dapur dan menyiapkan bahan2 untuk buat cekodok...ala untuk buat cekodok simple saja, hanya gandum, bawang holland potong dua dan mayam, ikan bilis cket...garam dan sedikit saja gula...bancuh dgn air suam ala ke panas cket ya..itu petua buat cekodok bagi cekodok tu garing dan rasanya lebih sedap....rasa dia lain cket banding dgn kita bancuh dgn air biasa yer...boley cuba nanti...masa bancur dgn air yg agak panas tu, jangan la bancuh dgn tangan pulak..habis melecur tangan nanti..hehe..guna sudip ok...kalau air biasa pun pakai sudip la juga...itu tatasusila masak...hihi.

Makanya siap lah cekodok saya...memang tak sabar nak makan dgn sambal tumis ni sbb dari pagi tadi lagi dok teringat...




Aduhhhhh..memang sedap rasanya...bagi yang teringat nak makan nanti boley la mencuba resepi ini ya...Selamat mencuba...buat dari hati, makanya mesti semuanya sedap dan menjadi..inshaAllah...

Oh ya, tadi masa tulis bahan2, saya ada sebut yang saya guna cili giling yang dah siap beli tu sbb saja nak test adakah rasanya sama sedap dgn yg kita guna cili kering dan blend sendiri tu...ermmmm, jawapannya adalah lebih kurang sama sedap pulak rasanya...dua2 ok cumanya saya pasti cili kering ada rasa umpphh nya yang tersendiri...jadinya kalau masa rajin, guna la cili kering, kalau rasa malas cket boley la guna cili giling. sedap tetap sedap...hikhikhik

Okey semua, saya mengundur diri dulu, jumpa lagi di lain resepi...hehe tapi tak tahu bila lah pulak saya nak masak ni...akan akan...bila teringat nak makan apa2 saya memang kena masak sendiri sbb yang dibeli tak sesedap yang kita masak...kerana yang kita masak ni ikut taste kita...hehehe

Salam hormat
RZH

Comments

Popular posts from this blog

Kenangan Zaman Permainan Kanak-kanak...

Dalam  hidup masing-masing, semua orang   mempunyai  kenangan  dan  momen  indah yang tersendiri semasa zaman kanak-kanak...ada yang menjadikan kenangan itu sebagai suatu nilai sentimental yang akan terpahat selamanya dalam lipatan kenangan. Saya juga tidak terkecuali. Kenangan permainan saya semasa kanak-kanak dulu memang terlalu istimewa dalam hidup saya...sentiasa segar dan mekar dalam bayangan fikiran sehinggakan terkadang menggamit rasa untuk kembali semula ke masa lampau...andai masa boleh diundur semula kan...saya ingin kembali mengulangi momen2 itu. Semasa zaman kanak2 saya memang sangat aktif bermain dan beraktiviti dengan kawan2...memang lasak betul la. Permainan kami geng kanak2 ni memang meriah betul ibarat satu pesta pula kemeriahannya. Zaman kanak2 dulu saya ni kiranya ketua geng la...haha..gengster pun ya juga (kira gengster baik la kalau dalam cerita hindustan dulu2..haha...sabar aje la) tukang plan itu ini dan confirmnya plan tu akan menjadi dgn me

Peranan Penyambut Tetamu Dalam Penganjuran Majlis Formal

    Penyambut tetamu ( usherette ) adalah orang yang memainkan peranan yang sangat penting dalam menyambut tetamu dan memastikan supaya tetamu dalam sesuatu majlis itu dapat diuruskan dengan baik dan lancar tanpa menimbulkan rasa tidak puas hati, rasa tersinggung dan rasa tidak selesa daripada tetamu yang dijemput. Sebelum pergi jauh lagi tentang peranan penyambut tetamu, mari kita sama-sama fahami dulu definisi 'Penyambut Tetamu'. Secara ringkasnya penyambut tetamu adalah orang yang dilantik dan diberikan tugas dan tanggungjawab untuk menyambut tetamu-tetamu yang dijemput dalam satu-satu majlis, menunjukkan arah dan mengiringi tetamu, serta memastikan keselesaan tetamu terjaga. Tugas menyambut tetamu ini kebiasaannya diletakkan di bawah satu Jawatankuasa yang terdiri daripada sebilangan peyambut tetamu yang mana jumlahnya bergantung kepada berapa ramai tetamu yang perlu diuruskan. Tetamu ini diklasifikasi kepada beberapa kategori, iaitu kategori kehormat dan

Peranan Pegawai Tadbir di Universiti Awam

Buat semua pembaca budiman,  Penulisan ini adalah sekadar pandangan dan pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman yang dilalui sebagai Pegawai Tadbir di Universiti Awam (UA). Walau bagaimanapun, ia mungkin berbeza mengikut pandangan masing-masing, juga mungkin berbeza mengikut governan UA masing-masing. Namun, sekurang-kurangnya penulisan ini dapat membantu untuk memberikan gambaran kepada pembaca dalam mengetahui secara umum mengenai peranan dan tanggungjawab seorang Pegawai Tadbir di UA. Pegawai Tadbir yang dibincangkan dalam penulisan ini adalah Pegawai Tadbir Universiti (PTU). PTU adalah Pegawai yang dikelaskan di bawah Skim Perkhidmatan Pengurusan dan Profesional (P&P). Gred jawatan bermula di Gred 41 dan ke atas. PTU adalah individu yang dilantik oleh pihak berkuasa Universiti untuk menguruskan pelbagai bentuk hal-ehwal pengurusan dan pentadbiran di Pusat Tanggungjawab (PTJ) di mana mereka ditempatkan. Daripada segi kelayakan akademik, PTU ini pe