Skip to main content

Aduhai Roti oh Roti!




Malam ni saya tidak ke gym...saja rest di rumah...kalau ikutkan hati memang nak g...tapi fikirkan badan kena rest juga...kalau hari2 pergi dengan pulun setiap malam lebih dari 500 kalori...dan pernah capai 700 lebih kalori yang dibakar untuk satu malam...huhuhu haru juga...jadi kita beri badan rest la juga.

Tapi sudah pasti saya tak boley dok diam juga...ada aje dalam fikiran nak buat itu ini....bukan rest juga la namanya...saya ternampak2 aje di mata gebu gebas roti di pandangan mata...aduhai, memang tak dpt menahan diri dari membuatnya...bila bayangkan dohnya menjadi...membulat elok naiknya kiut miut....saya memang suka sangat tengok...sudahnya sayapun masuk dapur la...menyiapkan bahan2nya....jadinya akan start 'meroti' la...hehehe. Malam ni tak bakar kalori, tapi roti...aduhaii....

Memang barang lebihan beli weekend hari tu masih ada lagi untuk satu bancuhan lagi..satu bancuhan tu satu kg tepung...dan satu kg tepung ni boleh dpt dalam 40-45 biji roti saiz seperti gambar yang saya upload ni.

Ni sambil2 membakar, saya menulis di blog, saja2 isi masa terluang ni...tempoh membakar roti ni dlm 20 minit dengan suhu 140 C, api atas bawah. Masa doh telah dibentuk2 jadi bentuk roti tu...aduhai best giler sy tengok..suka sangat...memutih, menaik dan gebu sgt nampak...hepi sungguh saya rasa...bila tengok 'keindahan' dan 'kecomelan' roti2 ni lapang rasa fikiran..tenang setenang2nya..hilang segala rasa penat seharian di ofis....memang hakikatnya, bila kita buat apa yang kita suka, maka kebahagiaan yang kita kecapi adalah luar biasa rasanya....jadinya untuk rasa hepi, buat lah sesuatu yang menggembirakan kita...yang kita memang 'jatuh hati' bila membuatnya...hehe

Bila roti ni dah masak satu hal pulak giler melihat 'comey sungguh'...bukan giler nak makan tapi giler menengok....walau giler membuat, pengambilan kalori tetap tidak boleh derhaka jua...sy kawal, cuba hanya sekadar merasa nikmat roti gebus gebas ini..sedap wehhh bila makan panas-panas..."oh my kalori" la jadinya ni...






Pada saya memang saya suka sungguh melihat roti2 ni nampak cantik begini...comey napok...bila disusun dlm bekas lagi lah rasa kiut sungguh...

Semasa proses membuat, ianya tidak mengambil masa yang lama sgt...masa menguli doh hanya dalam 30-40 minit saja...uli2 lembut2 aje ibaratnyaa macam belai2 manja aje...jangan dihempas2 roti tu...merajuk dia nanti, tak mahu naik2 dan tak jadi lembut....itu kata sifu saya tentang roti ini. Resepi baru ini saya belajar dari staf saya di ofis....memang terbaik kaedah ni...saya suka!

Cumanya masa membakar saja yang jadi lama...satu kali bakar ambil masa 20 minit..satu tray saya ni hanya memuatkan 6 biji roti saja boleh masuk dlm oven saya ni, makanya kalau 45 biji, saya perlukan lebih kurang dua jam lebih...aduhaii lama kan...tu lah sebabnya sambil membaking ni, sambil saya nulis blog ni.

Saya kongsi beberapa keping gambar masa proses membuat tadi...waduh cantik giler rasa bak bunga-bunga berkembangan....indah pada pandangan mata saya, mata orang lain belum tentu ya sebab kecantikan dan kecomelan ini subjektif...comey pada mata saya bukan kayu ukur untuk ianya comey pada mata orang lain...





Suka sangat saya melihat doh roti ni menjadi...naik dua kali ganda. Cantik sangat melihat roti2 ni disusun byk2 macam gitu..nak tunggu masuk ovenmya...makanya 'menyenap' gambar bagai huru hara....

#buatapayangkitasuka
#buatapayangkitaminat
#hatiakanbahagia
#tqvmsifukakfiza


Salam hormat
RZH

Comments

Popular posts from this blog

Kenangan Zaman Permainan Kanak-kanak...

Dalam  hidup masing-masing, semua orang   mempunyai  kenangan  dan  momen  indah yang tersendiri semasa zaman kanak-kanak...ada yang menjadikan kenangan itu sebagai suatu nilai sentimental yang akan terpahat selamanya dalam lipatan kenangan. Saya juga tidak terkecuali. Kenangan permainan saya semasa kanak-kanak dulu memang terlalu istimewa dalam hidup saya...sentiasa segar dan mekar dalam bayangan fikiran sehinggakan terkadang menggamit rasa untuk kembali semula ke masa lampau...andai masa boleh diundur semula kan...saya ingin kembali mengulangi momen2 itu. Semasa zaman kanak2 saya memang sangat aktif bermain dan beraktiviti dengan kawan2...memang lasak betul la. Permainan kami geng kanak2 ni memang meriah betul ibarat satu pesta pula kemeriahannya. Zaman kanak2 dulu saya ni kiranya ketua geng la...haha..gengster pun ya juga (kira gengster baik la kalau dalam cerita hindustan dulu2..haha...sabar aje la) tukang plan itu ini dan confirmnya plan tu akan menjadi dgn me

Peranan Penyambut Tetamu Dalam Penganjuran Majlis Formal

    Penyambut tetamu ( usherette ) adalah orang yang memainkan peranan yang sangat penting dalam menyambut tetamu dan memastikan supaya tetamu dalam sesuatu majlis itu dapat diuruskan dengan baik dan lancar tanpa menimbulkan rasa tidak puas hati, rasa tersinggung dan rasa tidak selesa daripada tetamu yang dijemput. Sebelum pergi jauh lagi tentang peranan penyambut tetamu, mari kita sama-sama fahami dulu definisi 'Penyambut Tetamu'. Secara ringkasnya penyambut tetamu adalah orang yang dilantik dan diberikan tugas dan tanggungjawab untuk menyambut tetamu-tetamu yang dijemput dalam satu-satu majlis, menunjukkan arah dan mengiringi tetamu, serta memastikan keselesaan tetamu terjaga. Tugas menyambut tetamu ini kebiasaannya diletakkan di bawah satu Jawatankuasa yang terdiri daripada sebilangan peyambut tetamu yang mana jumlahnya bergantung kepada berapa ramai tetamu yang perlu diuruskan. Tetamu ini diklasifikasi kepada beberapa kategori, iaitu kategori kehormat dan

Peranan Pegawai Tadbir di Universiti Awam

Buat semua pembaca budiman,  Penulisan ini adalah sekadar pandangan dan pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman yang dilalui sebagai Pegawai Tadbir di Universiti Awam (UA). Walau bagaimanapun, ia mungkin berbeza mengikut pandangan masing-masing, juga mungkin berbeza mengikut governan UA masing-masing. Namun, sekurang-kurangnya penulisan ini dapat membantu untuk memberikan gambaran kepada pembaca dalam mengetahui secara umum mengenai peranan dan tanggungjawab seorang Pegawai Tadbir di UA. Pegawai Tadbir yang dibincangkan dalam penulisan ini adalah Pegawai Tadbir Universiti (PTU). PTU adalah Pegawai yang dikelaskan di bawah Skim Perkhidmatan Pengurusan dan Profesional (P&P). Gred jawatan bermula di Gred 41 dan ke atas. PTU adalah individu yang dilantik oleh pihak berkuasa Universiti untuk menguruskan pelbagai bentuk hal-ehwal pengurusan dan pentadbiran di Pusat Tanggungjawab (PTJ) di mana mereka ditempatkan. Daripada segi kelayakan akademik, PTU ini pe