Skip to main content

Kenangan Lalu di Korea...


Hari ni saya teringat nak menulis tentang pengalaman yang telah dilalui dan kenangan yang telah ditinggalkan di Seoul, Korea Selatan. Begitu cepat masa berlalu, tak salah saya, saya ke Korea tahun 2008 atas urusan kerja. Masa tu saya berada di Research Centre, Universiti tempat saya bekerja yang menguruskan semua urusan penyelidikan dan inovasi termasuklah semua penyertaan ke pameran antarabangsa yang selalu dihadiri oleh Universiti Awam (UA) pada masa itu, antaranya adalah di Seoul Korea, Belgium, German, Geneva, Switzerland, dan di Pittsburgh, London.

Kenapa saya teringat Korea ni sebab semenjak dua menjak ni dah hadir semula di fikiran untuk menjenguk semula ke sini...tapi bilakah kesempatan itu ya? Tak mengapa, kita bayangkan dulu keindahan di sana dan semua tempat yang kita rasa kita nak pergi tu..."visual kan dulu ia di fikiran", makanya inshaAllah ada kesempatan dan ruang waktu, iainya mungkin akan dapat direalitikan. Ini adalah konsep NLP (Neuro Linguistic Programming), kalau kita inginkan atau berhajat dengan sesuatu, maka bayangkan lah sentiasa ia di fikiran, hadirkan lah sentiasa ianya di fikiran..makanya "ia semakin dekat' dengan kita...hehehe...dan kita sebagai orang Islam...maka lengkapkan lah hasrat itu dengan doa kepada Allah agar suatu waktu nanti ianya dimakbulkan...itu prinsip mudah dalam kehidupan, maka amalkan dan praktikkan lah...inshaAllah hasilnya memang terbaik!

Semasa ke Korea, hampir 10 tahun yang lalu (wah..dah terlalu lama rupanya), saya turut membawa bersama Mr. Husband...ya sebab saya berada di sana lebih kurang 10 hari, membawa lebih kurang 10 orang penyelidik ke sana yang akan menyertai pertandingan inovasi penyelidikan di Seoul. Mr. Husband kiranya bercuti habis la kan sebab dalam masa 10 haritu dia boleh puluh habis untuk 'explore' Bandar Seoul....saya ni tak boleh la nak follow dia sebab saya bertugas dari 8.00 pagi hingga 5 petang. Maka lepas tu la baru dapat jalan-jalan...itupun tak sempat sangat sebab Korea ni kedai-kedainya tutup awal. Semasa di sana kami semua tinggal di Coatel Hotel, agak jauh juga daripada Incheon International Airport, kalau tak salah saya dalam sejam juga untuk sampai ke Hotel ini daripada airport, lebih kurang 70 km ke Coatel Hotel.

Coatel Hotel ni berbentuk apartment, memang saya memilih penginapan jenis apartment supaya mudah untuk delegasi kami memasak sendiri, al-maklum la di Korea ni, makanannya nak kena pilih2 yang halal, dan nak kena sesuaikan juga dengan tekak kita orang Malaysia ni kan...Di Seoul pada masa itu, agak sukar juga nak cari tempat makanan halal, memang ada tapi tak banyak. Travel agent kami menguruskan satu kali dinner dengan semua delegasi pun memilih satu restoran india...kiranya restaran halal di situ, tapi masih juga botol2 arak bersusun dalam kedai tu....aduhai....

Pameran kami berlangsung di Dewan COEX, lebih kurang 4 kilometer daripada hotel. Sebab itu, hotel ini dipilih kerana dekat dengan tempat convention. Hotel ni juga lebih kurang 10 km daripada pusat bandar. Agak jauh juga bila habis urusan kerja, kami nak jalan2 ke tempat yang dikatakan "syurga brooch" untuk kaum wanita, iaitu di Dongdaemun market dan Namdaemun Market...dua-dua market ni bersebelahan saja. Kiranya tempat shopping yang top di Korea la..."the largest and most popular markets in Korea"....peniaga-peniaga kita memborong barang-barang aksesori pun di sini untuk dijual di Malaysia. Memang best giler berada di sini...saya tenggelam dan hanyut dalam 'keindahan" batu-batu permata, pelbagai jenis aksesori wanita, pelbagai jenis brooch, juga pelbagai fesyen pakaian...semua berkaitan dengan aksesori ni tahap dewa cantiknya...perghhhhh memang terbayang keindahan itu di ruang mata saya sekarang ni...sambil menulis ni terbayang-bayang...rasa macam hari ni juga nak terbang dan berada di sana.....hokey Korea...awak tunggu kita sampai yer....InshaAllah!

Satu tips menyoping di Dongdaemun dan Namdaemun Market ni adalah, sama macam kita pergi soping di Indonesia juga...kena bargain betul2 tahap dewa punyer...memang kena pandai...dapatkan harga yang paling murah...depa memang letak harga tinggi, nak2 dia tahu kita orang luar...lagi lah depa up harganya....cumanya masalah nak menawar kat sini adalah masalah bahasa...hehehe...umpama macam "itik dan ayam bercakap" la kiranya...depa memang langsung tak guna bahasa inggeris, memang tak tahu bercakap langsung dan memang depa "tak suka' bahasa selain daripada bahasa ibunda mereka...mereka hanya setia dengan bahasa ibunda sendiri....saya masih ingat kata-kata salah seorang penyelidik semasa sama2 ke sini dulu..."lebih baik kita guna Bahasa Melayu kita kalau nak tanya sesuatu kepada orang Korea ni" sebab kalau guna Bahasa Inggeris pun memang depa tak faham langsung....hihihi....nak2 di market2 sebegini, golongan peniaga adalah daripada golongan kebanyakan yang memang tidak 'reti' langsung berbahasa Inggeris...makanya 'calculator' setia menjadi peneman semasa proses bargaining berlaku...hahaha.


Terdapat dua tiga tempat juga yang kami lawati sesambil menghadiri 'convention' ini..saya dah lupa sebenarnya sebab dah agak lama kan...cumanya yang saya ingat, kami dibawa ke istana lama (nama tak ingat)...dua istana lama kami lawati...memang cantik dan masa tu seakan terasa dalam zaman itu pulak...sayapun dulu2 suka tengok cerita Korea juga (sekarang saja tidak)..last drama yang saya "giler ke hujung nyawa" adalah drama percintaan "Winter Sonata"...waduhhhh cerita ni memang best giler..menjadi fenomena sekitar tahun 2008. Jalan ceritanya pada saya memang terbaik..."Ju-sang dan Yu-jin" dua pasangan pelakon yang sangat serasi...handsome dan cantik pulak tu keduanya...dilakonksn oleh aktor terkenal, Bae Yong jun dan aktres popular, Choi Ji Woo. Wah...bila tengok drama ni terasa dunia memang serba indah...tempat2 yang dipilih sebagai lokasi drama juga memang cantik, antaranya adalah Pulau Nami..."membuai kenangan" betul....perghhhhh...saya siap ada CD lengkap drama "winter Sonata" ni...berapa kali ulang pun masa tu memang tak puas...terbaik la plot ceritanya.....pada masa ini lah juga lagu "sonata musin salju" nyanyian Hazami yang dinyanyikan dalam Bahasa Melayu, menggunakan melodi asal lagu tema dalam drama ini...dan lagu ini turut menjadi fenomena....pada saya melodi lagu ni sangat sesuai dan sehebat plot cerita dalam drama ini....dengar lagu nya saja dah cukup untuk membuai perasaan kita, dan kita turut dibawa bersama dalam "dunia drama itu"...wah gitewww...masak sungguh...hihihi

Bercakap tentang Nami Island ni, memang ia menjadi a list of places that I would like to go.....salah satu tempat yang berada dalam wish list saya la kan. Pulau Nami ini adalah salah satu lokasi utama penggambaran drama "winter sonata". Tengok dalam drama tu, memang terbayang-bayang kecantikan dan keindahan pulau ini. Di pulau ini lah Ju-sang dan Yu-Jin meluahkan rasa cinta masing-masing setelah lama ianya lahir dalam hati dan terpendam sejak di bangku sekolah lagi. Taman indah pulau ini sebenarnya berbentuk sehelai daun yang terapung di atas Tasik Cheongyeop. Keindahan pulau ini dinamakan sempena nama seorang panglima perang Korea Selatan, Jeneral Nami. Pulau Nami mempunyai keluasan 460,000 meter persegi dan merupakan salah satu kawasan rekreasi popular rakyat Korea.

Masa ke Korea tu, saya bertanya juga kepada pemandu pelancung kami (saya dah lupa nama dia), tentang fenomena Jusang atau winter sonata di Korea Selatan ni...tapi katanya Jusang ni tak terkenal sangat di area itu...owh pulak...katanya Jusang ni lebih top di sebelah mana ntah...saya dah lupa...tapi tak kisah lah, itu mungkin pandangan dia kan...mungkin berbeza dengan pandangan orang lain...mungkin dia tak minat drama atau perkembangan artis kan...mungkin juga...jadi moral of the story adalah, jangan menganggap satu pandangan itu sebagai mewakili padangan beribu orang yang lain...hehehe...

Berbalik cerita pasal makan pula (wah...bab makan memang tak boleh skip..hihihi)...saya masih ingat...masakan tiram di Korea yang marvellous...sangat sedap...tahap gaban sedap nya...betul2 sedap tiram kat sana....saya memang penggemar tiram...giler punya suka (kalau balik Kelate, memang tiram ni mak saya akan cari siap2 untuk saya..kat Kelate, tiram ni banyak yer...wah sama dengan Korea pulak ya...hihihi) kami bukan makan di restoran ya...tiram ni Mr Husband akan beli di kedai, beli yang mentah tu..dan bawa balik masak kat apartment...saya memang siang hari "bekerja"...ya lah ke sana pun atas urusan kerja kan, bukan bercuti...setiap hari memang penuh. Bila saya balik ke apartment selepas selesai convention yang setiap hari tamat pada jam 5 ptg (kalau tak salah saya)...jam 5 petang tu pula memang dah lewat kiranya di Korea...kedai2 jualan memang dah mula tutup...kalau ikutkan, memang tak sempat 'nak round' kedai untuk soping la...tapi depa buka awal pagi...kalau Dongdaemun dan Namdaemun tu, hayoooo kedai buka jam 4.00 pagi wehhh...sebab itu, ada kalangan penyelidik kami akan bangun awal pagi, ambil tube (pengangkutan awam bawah tanah yang senyap dan laju menghubung semua tempat di Korea ini) ke market ni untuk soping2 brooch...kemudiannya baru gerak ke dewan convention, yang bermula pada pukul 8.00 pagi kot if I'm not mistaken la...(dah lupa semuanya!).

Setiap kali saya balik selepas selesai bertugas...Mr. Husband dah siap masakkan dah...ya la 10 hari di sana, Mr. Husband kata dia dah habis ronda bandar Seoul ni...pada Mr. Husband, dia memang betul2 bercuti la di sana...isterinya aje yang bekerja...hehehe. Tak mengapa, nanti kita plan pergi...kali ni memang untuk bercuti...jadi boleh plan ke Nami island nanti...tempat kenangan lokasi cerita Winter Sonata tadi...suatu hari nanti, memang saya akan sampai ke sana...cerita pasal tiram, memang hari2 Mr. Husbang pergi kedai beli tiram dan gorengkan dengan bawang holland dan taruk cili api sikit...memang sedap sangat...cuba juga beli ikan dia...tapi bila goreng, ikan ni rasa dia tak sedap sangat...itu cuma pandangan saya dengan Mr. Husband, mungkin pandangan orang lain berbeza...rasa ikan dia lain sikit pada ikan di tempat kita...rasa lemak dia tu lebih sikit...saya rasa ikan dia lebih protein sangat kot, bila goreng macam berlemak cket dan dia tak jadi garing...tak sedap sikit la...sekali tu saja la kami beli ikan...yang lain semuanya tiram la...hehehe...kimchi bagai semuanya tu bukan taste kami berdua...jadinya tak kalut nak makan sangat la...penyelidik lain semua macam 'dok kejar juga' kimchi ni...makanan korea kan...jadi, pada depa, datang Korea cari makanan Korea la...awat nak makan makanan kita...ermmmm, tapi pada saya berbeza, saya makan sesuai dengan tekak saya walau di mana saya berada...hehehe....kimchi ni adalah makanan fermentasi yang berasal dari sayuran utamanya macam sawi, lobak dan mentimun, Kimchi adalah bahan dasar utama dalam pelbagai masakan korea la kiranya.

Masih saya ingat lagi, saya, Mr. Husband dan beberapa penyelidik, termasuk ketua delegasi kami, masa tu TNC(HEPI) pergi berjalan2 kat bandar depa..singgah satu pasar tu (macam pasar basah kita kot)...waduhhhhai...saya terkejut beruk melihat satu bentuk binatang siap letak kat panggang atas tray yang besar...yoooo apa tu, dalam hati saya...aduhai, rupa2nya benda alah tu...ya la, saya terkejut sebab tak pernah lagi nampak benda tu dipanggang sekor2 macam gitu siap warnanya keperangan gitew, kat Petaling Street kita pun memang ada, tak pelik pun, tapi dah dipotong2 kecil...ini sekor2 macam gitu, besar pulak tu dan siap dengan kepalanya sekali...weiiiiii....dan baunya aduhai....ya, makanan rutin mereka.....pada kita satu pengalaman melihat yang rasa macam...ermmmmm....tak apa la....tak payah komen lebih la...

Bercakap tentang weather pulak...masa saya pergi tu (bulan berapa ek...ishhh semua lupa, malas la pulak nak buka external hardisk kenangan kerja di CRIM, dalam tu rekod semua ada)...bulan November kot....cuacanya masih sejuk. saya tak ingat suhunya berapa degree...kalau keluar memang kena pakai winter coat dan glove la...juga tutup telinga bagi orang lelaki...orang pompuan sebab kami dah pakai tudung, makanya okey la...tapi itu pun masih sejuk....ada kalanya ia macam panas2 lembap gitu (camane nak describe ek)...cuaca best la...lebih kurangnya, temperatures are mild macam lebih kepada nak menuju autumn dah, di hujung winter gitew...ada kadang2 sebelah petang, hujan renyai2...pada saya, cuaca tu saya suka...

Saya berhasrat, kalau pergi lagi lepas ni, nak pergi masa spring la pula...katanya best...ni dalam bulan April ke pertengahan Jun...tengok la macamana nanti ya....dapat bayangkan kalau musim spring ni...mesti best rasa dia, dan cantik suasananya...dapat lihat bunga-bunga segar bugar mekar di pandangan mata....wah...gambar2 yang dirakam mesti cantik dan indah nanti...

Hokey, kita stop di sini dulu kenangan di Korea....nanti kenangan lain pula menyusul ya...sekadar memahatkan kenangan, memetrikan suatu rasa yang pernah dilalui di setiap tempat yang dikunjungi, saya pahatkan dalam blog saya ini untuk motivasi diri sahaja...sebab kenangan yang telah berlalu tidak mungkin dapat diundurkan, namun sejarah itu boleh kita jadikan kenangan untuk terus meningkatkan motivasi in future....

Di Coatel Hotel

Sight seeing di waktu malam di bandar Seoul

Di Incheon Airport

Jalan2 di Pasar

Di Salah satu Istana lama




Sekadar coretan kenangan di hujung minggu. Selamat berhujung minggu untuk semua. enjoy kan diri dengan apa yang kita suka dan sentiasa positif dalam apa jua....




Salam Hormat
RZH



Comments

Popular posts from this blog

Kenangan Zaman Permainan Kanak-kanak...

Dalam  hidup masing-masing, semua orang   mempunyai  kenangan  dan  momen  indah yang tersendiri semasa zaman kanak-kanak...ada yang menjadikan kenangan itu sebagai suatu nilai sentimental yang akan terpahat selamanya dalam lipatan kenangan. Saya juga tidak terkecuali. Kenangan permainan saya semasa kanak-kanak dulu memang terlalu istimewa dalam hidup saya...sentiasa segar dan mekar dalam bayangan fikiran sehinggakan terkadang menggamit rasa untuk kembali semula ke masa lampau...andai masa boleh diundur semula kan...saya ingin kembali mengulangi momen2 itu. Semasa zaman kanak2 saya memang sangat aktif bermain dan beraktiviti dengan kawan2...memang lasak betul la. Permainan kami geng kanak2 ni memang meriah betul ibarat satu pesta pula kemeriahannya. Zaman kanak2 dulu saya ni kiranya ketua geng la...haha..gengster pun ya juga (kira gengster baik la kalau dalam cerita hindustan dulu2..haha...sabar aje la) tukang plan itu ini dan confirmnya plan tu akan menjadi dgn me

Peranan Penyambut Tetamu Dalam Penganjuran Majlis Formal

    Penyambut tetamu ( usherette ) adalah orang yang memainkan peranan yang sangat penting dalam menyambut tetamu dan memastikan supaya tetamu dalam sesuatu majlis itu dapat diuruskan dengan baik dan lancar tanpa menimbulkan rasa tidak puas hati, rasa tersinggung dan rasa tidak selesa daripada tetamu yang dijemput. Sebelum pergi jauh lagi tentang peranan penyambut tetamu, mari kita sama-sama fahami dulu definisi 'Penyambut Tetamu'. Secara ringkasnya penyambut tetamu adalah orang yang dilantik dan diberikan tugas dan tanggungjawab untuk menyambut tetamu-tetamu yang dijemput dalam satu-satu majlis, menunjukkan arah dan mengiringi tetamu, serta memastikan keselesaan tetamu terjaga. Tugas menyambut tetamu ini kebiasaannya diletakkan di bawah satu Jawatankuasa yang terdiri daripada sebilangan peyambut tetamu yang mana jumlahnya bergantung kepada berapa ramai tetamu yang perlu diuruskan. Tetamu ini diklasifikasi kepada beberapa kategori, iaitu kategori kehormat dan

Peranan Pegawai Tadbir di Universiti Awam

Buat semua pembaca budiman,  Penulisan ini adalah sekadar pandangan dan pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman yang dilalui sebagai Pegawai Tadbir di Universiti Awam (UA). Walau bagaimanapun, ia mungkin berbeza mengikut pandangan masing-masing, juga mungkin berbeza mengikut governan UA masing-masing. Namun, sekurang-kurangnya penulisan ini dapat membantu untuk memberikan gambaran kepada pembaca dalam mengetahui secara umum mengenai peranan dan tanggungjawab seorang Pegawai Tadbir di UA. Pegawai Tadbir yang dibincangkan dalam penulisan ini adalah Pegawai Tadbir Universiti (PTU). PTU adalah Pegawai yang dikelaskan di bawah Skim Perkhidmatan Pengurusan dan Profesional (P&P). Gred jawatan bermula di Gred 41 dan ke atas. PTU adalah individu yang dilantik oleh pihak berkuasa Universiti untuk menguruskan pelbagai bentuk hal-ehwal pengurusan dan pentadbiran di Pusat Tanggungjawab (PTJ) di mana mereka ditempatkan. Daripada segi kelayakan akademik, PTU ini pe