Skip to main content

Terimbau Kenangan Masa Belajar Dulu...

Dua tiga hari lepas melewati fasa 3 Bandar Baru Bangi. Tiba2 teringat kenangan berada di sini 28 tahun lepas. Kenangan sebagai pelajar yang berada di kolej luar kampus di Blok 6, Perumahan Luar Kampus.

Jalan ini selalu saja dilewati sebenarnya sebab jalan ni adalah laluan utama nak ke situ sini di BBB ni. Terdetik di hati nak lencong masuk simpang ke kanan untuk ke Blok 6. Sekadar untuk mengimbau kenangan lalu masa menjadi student. Tapi kerana memanjang kekalutannya, hasrat itu hanya tinggal dalam minda saja..tengok lah jika ada masa senggang nanti kita masuk ke Blok 6 sekejap.

Kenangan yang kita lalui ni, walaupun telah berpuluh tahun berlalu. Ia tetap akan ada dalam hati dan minta kita...kenangan suka dan duka..bahagia dan derita semua ada..hehe. Semuanya mematangkan.

Saya tinggalkan kenangan di Blok 6 ni sudah 28 tahun. Namun kenangan selama empat tahun melalui kisah sebagai pelajar di sini masih segar dalam ingatan. Semuanya terbayang di mata. Kami beraktiviti, sama2 ke kuliah, kalau bas tiada atau bas lambat kami berjalan kaki dari fasa 3 ke UKM. Saya pula masa tu sebagai JAKSA dan sebagai tempat penghuni blok merujuk...kiranya orang buzy la di Blok 6 ni..haha buzy daripada zaman sekolah, zaman di Universiti hinggalah zaman kerja..haha..paroksss.

Public transportation masa tu adalah bas SUM warna merah. Bas UKM ada, tapi kdg2 tak kena dgn masa kita nak ke kampus. Jadi kadang2 kami memilih naik public transport la...masa tu grab ke apa ke belum ada lagi...zaman 28 tahun lepas, no nothing.

Naik bas SUM ni mcm naik roller coaster dibuatnya..main tekan minyak aje drivernya..haha.

Jika malam, kami sesekali ke medan selera berdekatan. Biasanya kalau di malam minggu la...tapi ada juga mlm biasa pun kami jalan ramai2 pergi ke medan kat fasa 1. Kalau jalan kaki ambil masa dlm 15 minit rasanya. Masa tu kawasan Bangi masih byk hutan2 lagi bukan membangun jadi hutan batu mcm skrg. Keadaan gelap gelita...masa tu sunyi sepi lagi BBB jika di malam hari. Bukan mcm sekarang bercahaya dengan lampu2 terang benderang dgn keriuhan dan kebisikan kenderaan yang banyak.

Kenangan sebagai pelajar menggamit di minda sebab minggu ini merupakan minggu pendaftaran dan kemasukan pelajar baharu. BBB penuh dengan kenderaan, parents menghantar anak2 masuk UKM. 

Dapat saya bayangkan betapa happy nya hati anak2 yang mendaftar juga hati parents masing2 bila anak2 berjaya mendapat tempat di menara gading. Anak2 pula pasti lebih lagi happy kerana dapat "berhijrah" ke tempat baharu. Kalau sebelum ni hanya dok kat rumah sahaja lebih kurang 17 tahun tanpa pernah berpeluang melihat tempat orang. Sekarang ni dgn tawaran belajar yang diperoleh, anak2 semua dpt datang ke Selangor dan akan menjalani kehidulan di sini dalam tempoh tiga empat tahun dengan meninggalkan kampung halaman.

Anak2 semua ingat ya...pasang niat betul2. Belajar betul2 dan genggam segulung ijazah yang dihajati. Jangan pernah kenal erti putus asa..jika jatuh, cari kekuatan untuk bangkit dan jangan mengalah. Berikan mak ayah merasa bangga dan happy dengan kejayaan anak2 semua. Kehidupan anda akan bermula di sini, semua perlu diuruskan sendiri...sudah pasti banyak onak dan duri yang akan dilalui..lalui dengan penuh ketabahan dan kesabaran...ingat Allah selalu. Solat jangan tinggal. Doa selalu, insyaAllah segala masalah dan cabaran akan dapat dihadapi dengan baik dan Allah buka jalan keluar yang terbaik.

InsyaAllah...

RZH


Comments

Popular posts from this blog

Kenangan Zaman Permainan Kanak-kanak...

Dalam  hidup masing-masing, semua orang   mempunyai  kenangan  dan  momen  indah yang tersendiri semasa zaman kanak-kanak...ada yang menjadikan kenangan itu sebagai suatu nilai sentimental yang akan terpahat selamanya dalam lipatan kenangan. Saya juga tidak terkecuali. Kenangan permainan saya semasa kanak-kanak dulu memang terlalu istimewa dalam hidup saya...sentiasa segar dan mekar dalam bayangan fikiran sehinggakan terkadang menggamit rasa untuk kembali semula ke masa lampau...andai masa boleh diundur semula kan...saya ingin kembali mengulangi momen2 itu. Semasa zaman kanak2 saya memang sangat aktif bermain dan beraktiviti dengan kawan2...memang lasak betul la. Permainan kami geng kanak2 ni memang meriah betul ibarat satu pesta pula kemeriahannya. Zaman kanak2 dulu saya ni kiranya ketua geng la...haha..gengster pun ya juga (kira gengster baik la kalau dalam cerita hindustan dulu2..haha...sabar aje la) tukang plan itu ini dan confirmnya plan tu akan menjadi dgn me

Peranan Penyambut Tetamu Dalam Penganjuran Majlis Formal

    Penyambut tetamu ( usherette ) adalah orang yang memainkan peranan yang sangat penting dalam menyambut tetamu dan memastikan supaya tetamu dalam sesuatu majlis itu dapat diuruskan dengan baik dan lancar tanpa menimbulkan rasa tidak puas hati, rasa tersinggung dan rasa tidak selesa daripada tetamu yang dijemput. Sebelum pergi jauh lagi tentang peranan penyambut tetamu, mari kita sama-sama fahami dulu definisi 'Penyambut Tetamu'. Secara ringkasnya penyambut tetamu adalah orang yang dilantik dan diberikan tugas dan tanggungjawab untuk menyambut tetamu-tetamu yang dijemput dalam satu-satu majlis, menunjukkan arah dan mengiringi tetamu, serta memastikan keselesaan tetamu terjaga. Tugas menyambut tetamu ini kebiasaannya diletakkan di bawah satu Jawatankuasa yang terdiri daripada sebilangan peyambut tetamu yang mana jumlahnya bergantung kepada berapa ramai tetamu yang perlu diuruskan. Tetamu ini diklasifikasi kepada beberapa kategori, iaitu kategori kehormat dan

Peranan Pegawai Tadbir di Universiti Awam

Buat semua pembaca budiman,  Penulisan ini adalah sekadar pandangan dan pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman yang dilalui sebagai Pegawai Tadbir di Universiti Awam (UA). Walau bagaimanapun, ia mungkin berbeza mengikut pandangan masing-masing, juga mungkin berbeza mengikut governan UA masing-masing. Namun, sekurang-kurangnya penulisan ini dapat membantu untuk memberikan gambaran kepada pembaca dalam mengetahui secara umum mengenai peranan dan tanggungjawab seorang Pegawai Tadbir di UA. Pegawai Tadbir yang dibincangkan dalam penulisan ini adalah Pegawai Tadbir Universiti (PTU). PTU adalah Pegawai yang dikelaskan di bawah Skim Perkhidmatan Pengurusan dan Profesional (P&P). Gred jawatan bermula di Gred 41 dan ke atas. PTU adalah individu yang dilantik oleh pihak berkuasa Universiti untuk menguruskan pelbagai bentuk hal-ehwal pengurusan dan pentadbiran di Pusat Tanggungjawab (PTJ) di mana mereka ditempatkan. Daripada segi kelayakan akademik, PTU ini pe