Kualiti diri kita sangat penting dalam kehidupan peribadi mahupun kehidupan kerjaya. Kedua-dua kehidupan sangat memerlukan diri yang berkualiti.
Apa makna diri yang berkualiti ini?
Makna mudahnya adalah apa jua yang terhasil daripada kita adalah perkara yang memberikan manfaat, elok, dan disenangi juga mencapai standard tertentu.
Selalunya kualiti ini dilihat kepada hasil kerja kita. Bagus kah, atau tidak baguskah bergantung kepada sejauhmana ia mencapai standard dan tahap kepuasan hati atas penerimaan rasional.
Latih diri untuk sentiasa menjaga tahap kualiti atas apa jua yang dilakukan. Jangan buat kerja "sampah". Menyusahkan organisasi.
Apa yang perlu ada pada diri kita untuk memastikan apa jua yang dilakukan dan dihasilkan oleh kita adalah berkualiti?
Jom kita praktikkan sama2.
Antara perkara yang wajib ada adalah:
1. Buat kerja kerana Allah
2. Niatkan betul2
3. Ada matlamat
4. Buatkan dengan ikhlas
5. Ada rasa tanggungjawab
6. Letak standard yang tinggi
7. Buat homework/research
8. Nilai hasil kerja dengan hati
9. Perlu ada rasa malu dan rasa bersalah jika hasil kerja sampah
Lebih kurangnya begitulah perkara yang perlu ada pada diri kita untuk kita menghasilkan kerja berkualiti. Mana yang rasa tiada dalam diri kita perlu perkemaskan dan tambah baik.
Sekadar cetusan minda
RZH
Comments
Post a Comment