Skip to main content

Menjadi Diri Sendiri.

Jadilah diri sendiri. Toksah jadi diri orang lain. Susah nanti.

Jika diri sendiri tu jenis yang baik. Maka alhamdulillah. Terus istiqomah dengan kebaikan. 

Jika diri sendiri jenis yang tak berapa baik perilakunya, maka betulkanlah diri. 

Salah satu karakter untuk menjadi diri sendiri adalah kita jangan hidup dalam kepura-puraan. Kita perlu jujur dengan diri kita. Jujur dengan apa jua yang kita lakukan. Jujur itu bukan untuk orang lain tapi untuk mengekalkan keperibadian dan karakter diri kita. Juga untuk terus mengekalkan rasa hormat org kpd kita.

Paling simple kan.

Mengapa kita perlu hidup berpura?

Tiada sebab sebenarnya, kecuali kita mempunyai agenda kita sendiri yang kita meletakkan diri kita menjadi "katak"....hidup dua alam...

Menjadi diri sendiri dengan membawa karakter kita yang sama..depan sama belakang pun sama. Ini yang perlu kita buat. Sentiasa jujur atau apa jua yang kita lakukan. Berani menghadapi realiti dan bukan menyorok daripada realiti. Itu sikap seorang yang pengecut dan tiada harga diri.

Orang yang membawa dua personaliti ni akan mengelirukan orang lain yang berada di sekelilingnya. Akhirnya menyusahkan semua orang.

Menjadi diri sendiri juga berkait dengan gaya hidup kita. Hidup lah dengan gaya dan sifat azali kita. Gaya kita sendiri dan bukan hidup dengan gaya orang lain. Nanti canggung jadinya dan kita jadi tidak confident...berkecamuk jadinya. 

Menjadi diri sendiri juga berkait dengan ideologi dan pemikiran kita. Pamerkan apa yang menjadi pilihan kita secara berhemah. Bijaksana lah dalam menguruskan ideologi kita. Yang penting kekal dengan prinsip diri. Elakkan diri menjadi lalang...kejap ke kiri kejap ke kanan...ngap mana yang boleh beri manfaat kpd diri sendiri...mmg jenis penting diri sendiri.

Dalam hidup ni, pandu diri kita menjadi orang yang ada prinsip dan ada harga diri. Hindari diri drpd dipergunakan untuk satu2 perkara. 

Orang berprinsip adalah orang yang mempunyai kekuatan dalaman yang hebat. Kekuatan jiwa dan punyai nilai dan adab yang tinggi. Dalam setiap perbuatannya, ada pro's and kon's yang difikirkan, ada implikasi yang difikirkan dulu dan bukan main harung main redah aje.

Orang berprinsip tidak akan membuat perkara yang memalukan dan membodohkan diri sendiri. Sentiasa dok fikir, fikir dan fikir. Minda yang Allah beri kita ini adalah untuk kita guna sebaiknya. Itu khazanah Allah yang dipinjamkan kpd kita. Pergunakanlah dengan baik dengan ilmu yang Allah berikan.

Buatlah sesuatu yang membawa kepada manfaat diri dan manfaat semua orang di sekeliling kita. Bukan hanya semata-mata untuk manfaat diri kita seorang saja...manfaat orang lain kita humban ke laut semua..itu selfish namanya.

Bebel bebel kosong,

RZH



Comments

Popular posts from this blog

Peranan Penyambut Tetamu Dalam Penganjuran Majlis Formal

    Penyambut tetamu ( usherette ) adalah orang yang memainkan peranan yang sangat penting dalam menyambut tetamu dan memastikan supaya tetamu dalam sesuatu majlis itu dapat diuruskan dengan baik dan lancar tanpa menimbulkan rasa tidak puas hati, rasa tersinggung dan rasa tidak selesa daripada tetamu yang dijemput. Sebelum pergi jauh lagi tentang peranan penyambut tetamu, mari kita sama-sama fahami dulu definisi 'Penyambut Tetamu'. Secara ringkasnya penyambut tetamu adalah orang yang dilantik dan diberikan tugas dan tanggungjawab untuk menyambut tetamu-tetamu yang dijemput dalam satu-satu majlis, menunjukkan arah dan mengiringi tetamu, serta memastikan keselesaan tetamu terjaga. Tugas menyambut tetamu ini kebiasaannya diletakkan di bawah satu Jawatankuasa yang terdiri daripada sebilangan peyambut tetamu yang mana jumlahnya bergantung kepada berapa ramai tetamu yang perlu diuruskan. Tetamu ini diklasifikasi kepada beberapa kategori, iaitu kategori kehormat dan...

Cara Goreng Ikan Masin Supaya lebih sedap...

Hokey...petang ni saya nak bercerita pasal menu 'berhantu' ini. Saya sebut sebagai 'berhantu' sebab menu ni mesti sentiasa akan 'mengusik' keinginan untuk makan lebih...menu ni memang akan membuka selera yang tertutup...menggoda untuk makan bertambah dan berulang-ulang...kejap nak makan kejap nak makan...aduhai itu la dia ikan masin goreng...atau ore kelate panggil ike kering goreng. Ikan masin ni salah satu daripada lauk kegemaran saya..hehehe saya suka tahap dewa..atau tahap ore kelate royak 'panggil tak dengar' ikan masin ni..tapi mesti kena dengan gaya masaknya..saya tak suka ikan masin tu masin sangat...saya suka rasa dia lemak-lemak masin sikit2 dan isinya lembut2 gebu gebas sikit....macam ikan ala jeruk tu sikit.. Untuk ikan masin ni sedap selepas digoreng, mesti ada cara masaknya yang tersendiri...dan saya pasti setiap orang ada gaya tersendiri menggoreng ikan masin, ada yang suka digoreng begitu saja, ada yang suka digoreng dengan dipoton...

Peranan Pegawai Tadbir di Universiti Awam

Buat semua pembaca budiman,  Penulisan ini adalah sekadar pandangan dan pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman yang dilalui sebagai Pegawai Tadbir di Universiti Awam (UA). Walau bagaimanapun, ia mungkin berbeza mengikut pandangan masing-masing, juga mungkin berbeza mengikut governan UA masing-masing. Namun, sekurang-kurangnya penulisan ini dapat membantu untuk memberikan gambaran kepada pembaca dalam mengetahui secara umum mengenai peranan dan tanggungjawab seorang Pegawai Tadbir di UA. Pegawai Tadbir yang dibincangkan dalam penulisan ini adalah Pegawai Tadbir Universiti (PTU). PTU adalah Pegawai yang dikelaskan di bawah Skim Perkhidmatan Pengurusan dan Profesional (P&P). Gred jawatan bermula di Gred 41 dan ke atas. PTU adalah individu yang dilantik oleh pihak berkuasa Universiti untuk menguruskan pelbagai bentuk hal-ehwal pengurusan dan pentadbiran di Pusat Tanggungjawab (PTJ) di mana mereka ditempatkan. Daripada segi kelayakan akademik, PTU in...