Skip to main content

Mindset kita...

Mindset kita kena jaga betul2.

Jangan biarkan mindset kita dikawal oleh emosi tapi perlu dikawal oleh kewarasan dan kebijaksanaan...wahhh..gituuuu.

Jom kupas camana nak kawal mindset kita supaya ianya elok2 aje jadinya.

Mindset ini adalah apa yang kita fikir dan setkan kat fikiran kita. Jika mindset itu kita yang set, mengapa kita nak pilih setting yang huru hara. Pilih setting yang baik2 saja. Untuk dapatkan setting yang baik2 kita perlu block emosi datang "mengacau".

Jika emosi yang setting kan mindset kita mmg "mala petaka" jadinya.

Seseorang itu akan menjadi hebat mengurus diri jika dia berjaya meletakkan mindset yang positif di saat emosi diri tidak stabil. Agak sulit sebenarnya, tapi kena berusaha untuk prakktikkan.

Hidup kita akan baik2 saja bila apa yang kita set di fikiran adalah yang baik2 jua. 

Setting asas yang perlu dipahat dan dipaku dalam minda kita adalah, kita membisikkan yang kita ikhlas, kita okey2 saja, kita kuat, kita tabah, kita sabar dan kita mampu buat apa saja dengan sebulat hati hanya Allah jua segalanya!

Setiap hari kita mulakan dengan Bismillah...iaitu dengan Nama Allah.

Bermonolog dengan diri..ckp pada diri perkara yang baik2. Panggil nama kita dan cakap apa benda baik yg kita nak ckp pada diri kita. Pakukan di minda. InsyaAllah yang dtg hanya yang baik2 saja..itu konsep "Law of Attraction".

Benda negatif dan tidak baik jangan bagi hinggap pada kita...biar lalu saja tapi tak singgah. Sekadar kita pandang saja..dont say anything..dont give any comments. Cakap pada diri, kita tak simpan negative vibes..let it go. Dan bayangkan ia pergi...biar ia berlalu...perit atau pedih...lepaskan.

Kedua...ambil konsep NLP..."bakar" semua debu2 negatif yang berterbangan dlm minda. Bayangkan dengan nyata yang kita bawa keluar debu2 tu daripada minda...lempar keluar dan bakar...bayangkan dengan nyata kita membakarnya. Bunyi mcm pelik, tapi kaedah ni sangat berkesan untuk kita let go benda yang mengganggu dan menarik tenaga positif kita.

Zikir selalu...ini wajib. Zikir akan menghidupkan hati dan jiwa kita. Buat jangan tak buat. Jangan kita lupa, apa jua yang berlaku dalam hidup ini adalah hanya dengan izin Allah. Justeru, bergantung selalu pada Allah. Tiada kuasa lain!

Untuk kekal positif, kita perlu lepaskan ego, tidak perlu berdendam, kalau salah minta maaf, juga dlm masa yang sama memaafkan....dan lepaskan perkara di luar kawalan dan tumpu kepada perkara yang dalam kawalan. 

Jom sama2 kita cuba.

Pasti resultnya superb nanti. Cuba dulu dan yakin boleh.


Salam santai,

RZH




Comments

Popular posts from this blog

Peranan Penyambut Tetamu Dalam Penganjuran Majlis Formal

    Penyambut tetamu ( usherette ) adalah orang yang memainkan peranan yang sangat penting dalam menyambut tetamu dan memastikan supaya tetamu dalam sesuatu majlis itu dapat diuruskan dengan baik dan lancar tanpa menimbulkan rasa tidak puas hati, rasa tersinggung dan rasa tidak selesa daripada tetamu yang dijemput. Sebelum pergi jauh lagi tentang peranan penyambut tetamu, mari kita sama-sama fahami dulu definisi 'Penyambut Tetamu'. Secara ringkasnya penyambut tetamu adalah orang yang dilantik dan diberikan tugas dan tanggungjawab untuk menyambut tetamu-tetamu yang dijemput dalam satu-satu majlis, menunjukkan arah dan mengiringi tetamu, serta memastikan keselesaan tetamu terjaga. Tugas menyambut tetamu ini kebiasaannya diletakkan di bawah satu Jawatankuasa yang terdiri daripada sebilangan peyambut tetamu yang mana jumlahnya bergantung kepada berapa ramai tetamu yang perlu diuruskan. Tetamu ini diklasifikasi kepada beberapa kategori, iaitu kategori kehormat dan...

Cara Goreng Ikan Masin Supaya lebih sedap...

Hokey...petang ni saya nak bercerita pasal menu 'berhantu' ini. Saya sebut sebagai 'berhantu' sebab menu ni mesti sentiasa akan 'mengusik' keinginan untuk makan lebih...menu ni memang akan membuka selera yang tertutup...menggoda untuk makan bertambah dan berulang-ulang...kejap nak makan kejap nak makan...aduhai itu la dia ikan masin goreng...atau ore kelate panggil ike kering goreng. Ikan masin ni salah satu daripada lauk kegemaran saya..hehehe saya suka tahap dewa..atau tahap ore kelate royak 'panggil tak dengar' ikan masin ni..tapi mesti kena dengan gaya masaknya..saya tak suka ikan masin tu masin sangat...saya suka rasa dia lemak-lemak masin sikit2 dan isinya lembut2 gebu gebas sikit....macam ikan ala jeruk tu sikit.. Untuk ikan masin ni sedap selepas digoreng, mesti ada cara masaknya yang tersendiri...dan saya pasti setiap orang ada gaya tersendiri menggoreng ikan masin, ada yang suka digoreng begitu saja, ada yang suka digoreng dengan dipoton...

Peranan Pegawai Tadbir di Universiti Awam

Buat semua pembaca budiman,  Penulisan ini adalah sekadar pandangan dan pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman yang dilalui sebagai Pegawai Tadbir di Universiti Awam (UA). Walau bagaimanapun, ia mungkin berbeza mengikut pandangan masing-masing, juga mungkin berbeza mengikut governan UA masing-masing. Namun, sekurang-kurangnya penulisan ini dapat membantu untuk memberikan gambaran kepada pembaca dalam mengetahui secara umum mengenai peranan dan tanggungjawab seorang Pegawai Tadbir di UA. Pegawai Tadbir yang dibincangkan dalam penulisan ini adalah Pegawai Tadbir Universiti (PTU). PTU adalah Pegawai yang dikelaskan di bawah Skim Perkhidmatan Pengurusan dan Profesional (P&P). Gred jawatan bermula di Gred 41 dan ke atas. PTU adalah individu yang dilantik oleh pihak berkuasa Universiti untuk menguruskan pelbagai bentuk hal-ehwal pengurusan dan pentadbiran di Pusat Tanggungjawab (PTJ) di mana mereka ditempatkan. Daripada segi kelayakan akademik, PTU in...