Skip to main content

Pengalaman Renew Passport Secara Walk-in

Bila tiba masa nak kena renew passport mmg satu perkara yang sangat cuak.namun cuak tak cuak tetap kena buat juga...itu yang buat stress tu. 

Sekarang ni proses renewal boleh buat secara online saja..dah berbunga la cket rasa di hati...lebih mudah la sebab tak perlu pergi ke Imegresen dan beratur panjang.

Hari ke hari bertangguh untuk ambik gambar sebab bila buat online ni dia perlukan gambar secara sofcopy. Akhirnya manage diri g ambik gambar juga walau dalam kekalutan yang sangat huru hara...aduhai.

Bila dah ada softcopy gambar...makanya masuk la dalam talian untuk pelanjutan...lorrr ada dekat 10 kali masuk tetap tak boleh juga...esoknya masuk lagi..lusanya masuk lagi..juga tak boleh...sistem ckp "Permohonan bermasalah sila rujuk Imegresen"...Allah pulakkk....dah naperrr...

Maka bertangguh la dulu untuk ke Imegresen. Berminggu2 juga bertangguh sebab mcm2 hal kesibukan..nak ke Imegresen ni, nak kena ambil cuti sebab dah pasti lama masa yang diambil..mesti 3 jam dan ke atas...gituuuuu. nak kena cari hari yang tak ada meeting baru boleh ambik cuti...

Hari ni 30 Sept 2022 tibalah masanya datang ke Imegresen yg berdekatan dgn rumah. Ambil cuti hari ni untuk tujuan lain, tapi belah pagi datang settle urusan passport dulu la...krg bertangguh..mau ada yg tak dpt fly ni.

Pukul 7.30 am keluar rumah...sampai ke Imegresen dalam pukul 8 am...keluar lift saja di ting 3 ni terus dah panjang orang beratur sampai depan lift...ada dua lane Q...aduhaii. saya terus bertanya kpd petugas kat situ, kebetulan petugas tu berada kat situ untuk berikan info ttg tempat beratur. Saya bertanya untuk yg ada masalah tak blh isi online kena beratur di mana..dia terus ckp yg tempat saya berdiri tu lah tempat beratur..owhhh, saya terus sambung Q kat situ.

Lebih kurang 40 minit beratur tibalah ke kaunter pertama, kaunter semakan dan clarification dulu. Lepas tu dpt nom giliran kat kaunter ni...dapat nom 1042. Masa tu baru nom 1004.. Okey proses menunggu lagi untuk next step. Step pertama ambil kaunter semakan dan diberi nom giliran, kaunter berikutnya adalah kaunter membuat passport dan ambil gambar, kaunter ketiga kaunter bayaran RM200 (hanya bayaran secara debit kad. Taknpasti pulak kredit kad boleh guna atau tidak, saya pula tak bertanya), tunai tidak diterima... dan kaunter terakhir adalah kaunter pungutan/mengambil passport.

Akhirnya semua urusan selesai dalam pukul 11.30 pagi...uwaaaa dekat 4 jam. Tapi passport kena dtg ambil pukul 2.45 ptg sbb hari ni Jumaat, waktu operasi tamat 12.15 noon, selepas bayaran dibuat, passport ambil masa sejam unk cetak...gitttchew...makanya ptg pula la saya dtg ambil passport. Jam 3 pm sampai, semint slps duduk terus nom giliran 1042 tu naik di skrin..Alhamdulillah.

Ambil maklum beberapa perkara yang mungkin membantu untuk info kpd anda yg ingin membuat renewal yang secara walk-in:
1. Tak perlu ambik gambar kat kedai gambar kerana gambar akan diambil kat kaunter Imigresen.
2. Bayaran RM200 secara Debit kad. Tiada bayaran tunai diterima.
3. Pakai tudung warna hitam bagi perempuan..senang terus tudung warna selamat..tiada takwil apa..
4. Bagi yang bercermin mata...cermin mata kena buka masa ambil gambar. Jika sebelum ni boleh bercermin mata bagi yg mmg pakai cermin mata sebab rabun jauh.
4. Breakfast siap2 ya. Sebab kalau lima jam ambil masa dgn tak makan..perut kosong nanti mula mcm2 dtg, gastrik, sakit kepala dsbnya. Saya la tu...tak sempat bfast pagi tu..hmmmm
5. Tiada borang apa2 perlu dilengkapkan. Bagi yg nak renew, datang bawa passport lama dan bayaran RM200 secara debit. Tunai tidak diterima.
5. Waktu beroperasi Pejabat Imigresen semasa tulisan ini dibuat adalah mulai 7.30 pagi. Lupa pula sampai pukul berapa.. Sabtu buka hingga 12.30 tgh hari.

Kesimpulannya, dalam keadaan slps pandemik ni, masa unk renew atau buat passport baharu mmg kena ready masa setengah hari la..ambil masa dlm 4 ke 5 jam. Pun begitu mungkin bergantung juga kepada Pejabat Imigresen yang kita berurusan. Juga ikut nasib nasib kita juga. Minimum masa diambil, rasa saya mungkin 3 jam agaknya. Kalau pengalaman saya ni kena 5 jam...hmmmm.

Sekadar perkongsian
RZH

Comments

Popular posts from this blog

Kenangan Zaman Permainan Kanak-kanak...

Dalam  hidup masing-masing, semua orang   mempunyai  kenangan  dan  momen  indah yang tersendiri semasa zaman kanak-kanak...ada yang menjadikan kenangan itu sebagai suatu nilai sentimental yang akan terpahat selamanya dalam lipatan kenangan. Saya juga tidak terkecuali. Kenangan permainan saya semasa kanak-kanak dulu memang terlalu istimewa dalam hidup saya...sentiasa segar dan mekar dalam bayangan fikiran sehinggakan terkadang menggamit rasa untuk kembali semula ke masa lampau...andai masa boleh diundur semula kan...saya ingin kembali mengulangi momen2 itu. Semasa zaman kanak2 saya memang sangat aktif bermain dan beraktiviti dengan kawan2...memang lasak betul la. Permainan kami geng kanak2 ni memang meriah betul ibarat satu pesta pula kemeriahannya. Zaman kanak2 dulu saya ni kiranya ketua geng la...haha..gengster pun ya juga (kira gengster baik la kalau dalam cerita hindustan dulu2..haha...sabar aje la) tukang plan itu ini dan confirmnya plan tu akan menjadi dgn me

Peranan Penyambut Tetamu Dalam Penganjuran Majlis Formal

    Penyambut tetamu ( usherette ) adalah orang yang memainkan peranan yang sangat penting dalam menyambut tetamu dan memastikan supaya tetamu dalam sesuatu majlis itu dapat diuruskan dengan baik dan lancar tanpa menimbulkan rasa tidak puas hati, rasa tersinggung dan rasa tidak selesa daripada tetamu yang dijemput. Sebelum pergi jauh lagi tentang peranan penyambut tetamu, mari kita sama-sama fahami dulu definisi 'Penyambut Tetamu'. Secara ringkasnya penyambut tetamu adalah orang yang dilantik dan diberikan tugas dan tanggungjawab untuk menyambut tetamu-tetamu yang dijemput dalam satu-satu majlis, menunjukkan arah dan mengiringi tetamu, serta memastikan keselesaan tetamu terjaga. Tugas menyambut tetamu ini kebiasaannya diletakkan di bawah satu Jawatankuasa yang terdiri daripada sebilangan peyambut tetamu yang mana jumlahnya bergantung kepada berapa ramai tetamu yang perlu diuruskan. Tetamu ini diklasifikasi kepada beberapa kategori, iaitu kategori kehormat dan

Peranan Pegawai Tadbir di Universiti Awam

Buat semua pembaca budiman,  Penulisan ini adalah sekadar pandangan dan pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman yang dilalui sebagai Pegawai Tadbir di Universiti Awam (UA). Walau bagaimanapun, ia mungkin berbeza mengikut pandangan masing-masing, juga mungkin berbeza mengikut governan UA masing-masing. Namun, sekurang-kurangnya penulisan ini dapat membantu untuk memberikan gambaran kepada pembaca dalam mengetahui secara umum mengenai peranan dan tanggungjawab seorang Pegawai Tadbir di UA. Pegawai Tadbir yang dibincangkan dalam penulisan ini adalah Pegawai Tadbir Universiti (PTU). PTU adalah Pegawai yang dikelaskan di bawah Skim Perkhidmatan Pengurusan dan Profesional (P&P). Gred jawatan bermula di Gred 41 dan ke atas. PTU adalah individu yang dilantik oleh pihak berkuasa Universiti untuk menguruskan pelbagai bentuk hal-ehwal pengurusan dan pentadbiran di Pusat Tanggungjawab (PTJ) di mana mereka ditempatkan. Daripada segi kelayakan akademik, PTU ini pe