Skip to main content

Bila Hati Sudah Penat...

Penat dan lelah ni ada pelbagai bentuk.

Penat fizikal...penat mental, penat hati dan perasaan...tentukan yang mana satu kita penat. 

Jika penat fizikal dan mental..berehatlah dan kembalikan semula kesegaran tubuh badan kita. Cari vitamin dan makanan kesihatan yang dapat meningkatkan tenaga kita.

Jika penat mental, hati dan perasaan...kenalpasti apa punca dan lepaskan punca itu. Biar punca itu pergi, insyaallah beban hati dan perasaan tiada lagi. cari vitamin rohani yang dapat menguatkan hati dan jiwa kita...sudah pasti solat, doa dan zikir...istiqomah.

Bila kita sudah sampai ke tahap yang sangat penat...sudah sangat lelah...kita sudah tidak peduli apa yang akan berlaku. Biar lah nak berlaku apa jua pun kerana hidup ini adalah mengikut takdir yang telah Allah tulis. Maksudnya bila dah sampai tahap ini, kita telah pasrah..kita redha dan kita ikhlas melepaskan.

Skrip cerita ada pada Allah.

Ya, betul ada doa vs takdir. Doa untuk segalanya berubah mengikut apa yang kita inginkan akan kita panjatkan bila saat kita masih ada rasa dalam hati. Jika hati sudah kosong, doa kita hanya mohon agar Allah keluarkan kita dari keadaan itu...saat tiada lagi rasa dan hati sudah tawar atas kesakitan demi kesakitan yang perlu kita hadap..kita tidak akan lagi memohon untuk perkara itu bertahan dgn kita sebaliknya kita memilih untuk mengakhirinya..itu tandanya kita sudah sangat penat. Maka saat itu, kita akan membiarkan saja apa yang akan berlaku. Kita akur atas apa jua yang telah Allah tulis. 

Hati kita penat kerana sudah sekian lama kita menahan sabar dan bertahan. Sampai satu tahap kita tidak mampu bertahan lagi kerana kita sudah sangat sakit dengan luka dan rasa pedih sejak sekian lama yang tidak berpenghujung. Bila kita sudah penat dan hati sudah tawar:

1. Kita memilih mendiamkan diri dan berlalu pergi tanpa kata demi kesihatan mental kita dan supaya hati kita tidak terus terusan merasa sakit. 

2. Kita sudah tidak kisah dan tidak ingin ambil peduli

3. Kita tidak rasa ingin tahu apa2  lagi

4. Kita sudah ikhlas melepaskan segalanya supaya tiada beban lagi di fikiran

5. Kita tidak berharap lagi

6. Kita hilang rasa percaya

Justeru bagi anda yang sudah sampai ke tahap ini, berjalan terus ke depan dan tidak perlu menoleh lagi. Sudah pasti agak berat, tapi ia mudah untuk dilakukan sekiranya kita yakin dan percaya atas setiap apa yang Allah jadikan itu pasti ada hikmahnya dan Allah sayangkan kita dan Allah ingin kita berubah kepada yang lebih baik. Move on dan lalui apa jua yang Allah telah tentukan. Hidup ini indah jika kita bergerak selari dengan skrip Allah. Jangan sesekali bergerak secara berlawan...diri yang sakit. Kawal hati dan minda kita....kembalikan diri kepada Allah.

InsyaAllah...

RZH.

Comments

Popular posts from this blog

Cara Goreng Ikan Masin Supaya lebih sedap...

Hokey...petang ni saya nak bercerita pasal menu 'berhantu' ini. Saya sebut sebagai 'berhantu' sebab menu ni mesti sentiasa akan 'mengusik' keinginan untuk makan lebih...menu ni memang akan membuka selera yang tertutup...menggoda untuk makan bertambah dan berulang-ulang...kejap nak makan kejap nak makan...aduhai itu la dia ikan masin goreng...atau ore kelate panggil ike kering goreng. Ikan masin ni salah satu daripada lauk kegemaran saya..hehehe saya suka tahap dewa..atau tahap ore kelate royak 'panggil tak dengar' ikan masin ni..tapi mesti kena dengan gaya masaknya..saya tak suka ikan masin tu masin sangat...saya suka rasa dia lemak-lemak masin sikit2 dan isinya lembut2 gebu gebas sikit....macam ikan ala jeruk tu sikit.. Untuk ikan masin ni sedap selepas digoreng, mesti ada cara masaknya yang tersendiri...dan saya pasti setiap orang ada gaya tersendiri menggoreng ikan masin, ada yang suka digoreng begitu saja, ada yang suka digoreng dengan dipoton...

Peranan Penyambut Tetamu Dalam Penganjuran Majlis Formal

    Penyambut tetamu ( usherette ) adalah orang yang memainkan peranan yang sangat penting dalam menyambut tetamu dan memastikan supaya tetamu dalam sesuatu majlis itu dapat diuruskan dengan baik dan lancar tanpa menimbulkan rasa tidak puas hati, rasa tersinggung dan rasa tidak selesa daripada tetamu yang dijemput. Sebelum pergi jauh lagi tentang peranan penyambut tetamu, mari kita sama-sama fahami dulu definisi 'Penyambut Tetamu'. Secara ringkasnya penyambut tetamu adalah orang yang dilantik dan diberikan tugas dan tanggungjawab untuk menyambut tetamu-tetamu yang dijemput dalam satu-satu majlis, menunjukkan arah dan mengiringi tetamu, serta memastikan keselesaan tetamu terjaga. Tugas menyambut tetamu ini kebiasaannya diletakkan di bawah satu Jawatankuasa yang terdiri daripada sebilangan peyambut tetamu yang mana jumlahnya bergantung kepada berapa ramai tetamu yang perlu diuruskan. Tetamu ini diklasifikasi kepada beberapa kategori, iaitu kategori kehormat dan...

Peranan Pegawai Tadbir di Universiti Awam

Buat semua pembaca budiman,  Penulisan ini adalah sekadar pandangan dan pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman yang dilalui sebagai Pegawai Tadbir di Universiti Awam (UA). Walau bagaimanapun, ia mungkin berbeza mengikut pandangan masing-masing, juga mungkin berbeza mengikut governan UA masing-masing. Namun, sekurang-kurangnya penulisan ini dapat membantu untuk memberikan gambaran kepada pembaca dalam mengetahui secara umum mengenai peranan dan tanggungjawab seorang Pegawai Tadbir di UA. Pegawai Tadbir yang dibincangkan dalam penulisan ini adalah Pegawai Tadbir Universiti (PTU). PTU adalah Pegawai yang dikelaskan di bawah Skim Perkhidmatan Pengurusan dan Profesional (P&P). Gred jawatan bermula di Gred 41 dan ke atas. PTU adalah individu yang dilantik oleh pihak berkuasa Universiti untuk menguruskan pelbagai bentuk hal-ehwal pengurusan dan pentadbiran di Pusat Tanggungjawab (PTJ) di mana mereka ditempatkan. Daripada segi kelayakan akademik, PTU in...