Skip to main content

Menggamit rindu...

Malam ini tiba-tiba teringat arwah Kak Salmah. Kenangan bersama arwah datang bertamu di fikiran. Sudah pasti menggamit rasa kerinduan yang mendalam.

Arwah Puan Salmah Zainal Abidin, salah seorang pegawai senior (Timbalan Ketua Pejabat Penerbit) dan merupakan rakan seperjuangan di tempat kerja telah pergi buat selamanya menyahut panggilan Allah pada 11 Februari 2014. Telah hampir tujuh tahun arwah pergi. 

Saya dan geng agak rapat juga dengan arwah dan saya memanggilnya kak salmah kerana sejak awal mengenali arwah lagi memang arwah membahasakan dirinya sebagai akak. 

Arwah ni sangat baik orangnya. Lemah lembut dan sangat santun orangnya. Orangnya cantik dan manis. Apa yang sangat mengingatkan saya dengan arwah di samping sikap lemah lembutnya adalah bagaimana  cara arwah memanggil nama saya...tak pernah lagi orang lain memanggil saya dengan panggilan itu, hanya arwah seorang. 

Arwah kata dia suka panggilan itu dan katanya sesuai dengan saya...nama panggilan tu sebenarnya tetap daripada nama saya cuma sebutannya diberi kelainan sikit...sebutannya menjadi "Jenni"...saya okey saja dengan panggilan itu...rupanya bila selalu saja dipanggil begitu saya suka pula bila dengar arwah memanggil saya begitu...yang kini ia menjadi kenangan istimewa saya buat arwah. Sesekali rasa rindu untuk mendengar nama panggilan itu dipanggil kepada saya, tapi tak mungkin untuk saya dengari lagi kerana arwah sudah tiada...pergi yang tidak akan kembali lagi.

Allahu..kak salmah rindu pula rasa saya pada akak..terbayang saat kita bersama...masih segar senyuman manis akak dan lemah lembut tutur kata akak bila menuturkan bicara. Arwah banyak berkongsi pengalaman dan nasihat dengan geng kami yang lebih junior pada masa itu.

Kini arwah tidak lagi bersama kami semua. Hanya kenangan yang mengisi ruang di hati. Al-Fatihah buat arwah. Semoga arwah tenang dan damai di sana, di sisi Pencipta. 

Aamiin.


anggerikdesa
RZH





Comments

Popular posts from this blog

Peranan Penyambut Tetamu Dalam Penganjuran Majlis Formal

    Penyambut tetamu ( usherette ) adalah orang yang memainkan peranan yang sangat penting dalam menyambut tetamu dan memastikan supaya tetamu dalam sesuatu majlis itu dapat diuruskan dengan baik dan lancar tanpa menimbulkan rasa tidak puas hati, rasa tersinggung dan rasa tidak selesa daripada tetamu yang dijemput. Sebelum pergi jauh lagi tentang peranan penyambut tetamu, mari kita sama-sama fahami dulu definisi 'Penyambut Tetamu'. Secara ringkasnya penyambut tetamu adalah orang yang dilantik dan diberikan tugas dan tanggungjawab untuk menyambut tetamu-tetamu yang dijemput dalam satu-satu majlis, menunjukkan arah dan mengiringi tetamu, serta memastikan keselesaan tetamu terjaga. Tugas menyambut tetamu ini kebiasaannya diletakkan di bawah satu Jawatankuasa yang terdiri daripada sebilangan peyambut tetamu yang mana jumlahnya bergantung kepada berapa ramai tetamu yang perlu diuruskan. Tetamu ini diklasifikasi kepada beberapa kategori, iaitu kategori kehormat dan...

Cara Goreng Ikan Masin Supaya lebih sedap...

Hokey...petang ni saya nak bercerita pasal menu 'berhantu' ini. Saya sebut sebagai 'berhantu' sebab menu ni mesti sentiasa akan 'mengusik' keinginan untuk makan lebih...menu ni memang akan membuka selera yang tertutup...menggoda untuk makan bertambah dan berulang-ulang...kejap nak makan kejap nak makan...aduhai itu la dia ikan masin goreng...atau ore kelate panggil ike kering goreng. Ikan masin ni salah satu daripada lauk kegemaran saya..hehehe saya suka tahap dewa..atau tahap ore kelate royak 'panggil tak dengar' ikan masin ni..tapi mesti kena dengan gaya masaknya..saya tak suka ikan masin tu masin sangat...saya suka rasa dia lemak-lemak masin sikit2 dan isinya lembut2 gebu gebas sikit....macam ikan ala jeruk tu sikit.. Untuk ikan masin ni sedap selepas digoreng, mesti ada cara masaknya yang tersendiri...dan saya pasti setiap orang ada gaya tersendiri menggoreng ikan masin, ada yang suka digoreng begitu saja, ada yang suka digoreng dengan dipoton...

Peranan Pegawai Tadbir di Universiti Awam

Buat semua pembaca budiman,  Penulisan ini adalah sekadar pandangan dan pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman yang dilalui sebagai Pegawai Tadbir di Universiti Awam (UA). Walau bagaimanapun, ia mungkin berbeza mengikut pandangan masing-masing, juga mungkin berbeza mengikut governan UA masing-masing. Namun, sekurang-kurangnya penulisan ini dapat membantu untuk memberikan gambaran kepada pembaca dalam mengetahui secara umum mengenai peranan dan tanggungjawab seorang Pegawai Tadbir di UA. Pegawai Tadbir yang dibincangkan dalam penulisan ini adalah Pegawai Tadbir Universiti (PTU). PTU adalah Pegawai yang dikelaskan di bawah Skim Perkhidmatan Pengurusan dan Profesional (P&P). Gred jawatan bermula di Gred 41 dan ke atas. PTU adalah individu yang dilantik oleh pihak berkuasa Universiti untuk menguruskan pelbagai bentuk hal-ehwal pengurusan dan pentadbiran di Pusat Tanggungjawab (PTJ) di mana mereka ditempatkan. Daripada segi kelayakan akademik, PTU in...