Skip to main content

Karakter Orang...

Beberapa hari ni agak buzy sikit. Jadinya, tak sempat singgah ke blog. Malam ni singgah sat to say hi.

Tadi masa memandu balik ke rumah, tiba-tiba datang di fikiran tentang hidup ini yang mempunyai pelbagai karakter manusia yang bermanfaat dan yang menyusahkan orang lain. Jadinya jom kita sembang kejap tentang topik ini.

Bercakap tentang karakter atau perilaku manusia ni, kita akan temui 1001 macam karakter. Semua karakter ini adalah milik Allah kerana Allah nak beri kita rasa semua bentuk asam garam dalam kehidupan kita ini. 

Kalau manusia ini hanya ada satu karakter aje, sudah pastilah hidup ini tiada warnanya...yakni tiada lah cabaran dan ujiannya kan...

Kenapa Allah jadikan banyak sangat karakter dan ragam manusia. Selain daripada menyatakan kekuasaan dan kebesaran Allah sebenarnya banyak hikmah di sebalik segala kejadian Allah. 

Jom, kita intai karakter dan ragam manusia yang pernah kita tengok atau temui.

1. Manusia yang dalam dan luarnya sama. Maksudnya apa jua perilakunya di luar sama dengan apa yang ada di hatinya.

2. Manusia yang dalam dan luarnya tidak sama. Maksudnya di luar perilakunya lain dan dlm hatinya lain. Biasanya orang mcm gini yang disebut gunting dalam lipatan, gergaji dua mata, dan yang seumpamanya.

3. Manusia yang bijak mencari ruang dan peluang untuk kepentingan diri. Hebat dalam mengambil kesempatan atau menangguk di air keruh.

4. Manusia yang jenis baik dan hanya mencari redha Allah dalam apa jua perbuatannya. Hanya berpaksikan kebenaran sahaja. 

5. Manusia yang jenis hebat dalam gaya dan percakapan tapi bila tang buat kerja tak pandai atau lebih banyak mengelat.

6. Manusia yang hebat dalam kedua-duanya. Personaliti hebat dan buat kerja pun hebat.

7. Manusia yang jenis "sila urus" dalam kerja tapi suka claim credit nya.

8. Manusia yang berperwatakan ala-ala "kunun". Yakni lebih sudu dari kuah, mengarah aje pandai tapi buat kerja malas. 

8. Manusia yang jenis pak turut...yes boss aje. 

9. Manusia yang jenis malas fikir, jenis play safe, dan buat kerja asal jadi aje.

10. Manusia yang jenis kaki ampu kaki bodek kaki kipas.

11. Manusia yang jenis "baling batu sembunyi tangan". 

12. Manusia yang jenis ego dan sombong.

13. Manusia yang jenis tak kisah...buat hal sendiri. 

14. Manusia yang jenis suka mencanang kehebatan diri..."itu aku ini aku", hakikatnya tin kosong.

15. Manusia yang jenis tidak boleh dipercayai. 

16. Manusia yang suka berdolak dalih, denial, dan suka pusing cerita.

17. Manusia yang jenis tidak jujur dan suka berbohong.

18. Manusia jenis suka pijak orang untuk naik.

Macam-macam lagi la karakter manusia yang ada. Cuma, walau apa jua karakter kita, sesekali tu kita perlu muhasabah diri untuk mencari apa yang boleh ditambahbaik dan diperbetulkan. Kita semua tidak sempurna, banyak kekurangan diri...justeru, sentiasa lah alert diri dan kembalilah kepada Allah. Ingatlah hidup di dunia ini sementara sahaja...segalanya milik Allah...tidak ada satupun milik kita. Jadi mengapa kita perlu ada karakter-karakter yang tidak baik. Jom sama2 menuju redha Allah...insyaAllah diri kita dipandu ke jalan kebaikan.


Salam hormat,
anggerikdesa
RZH
21 Januari 2021

Comments

Popular posts from this blog

Kenangan Zaman Permainan Kanak-kanak...

Dalam  hidup masing-masing, semua orang   mempunyai  kenangan  dan  momen  indah yang tersendiri semasa zaman kanak-kanak...ada yang menjadikan kenangan itu sebagai suatu nilai sentimental yang akan terpahat selamanya dalam lipatan kenangan. Saya juga tidak terkecuali. Kenangan permainan saya semasa kanak-kanak dulu memang terlalu istimewa dalam hidup saya...sentiasa segar dan mekar dalam bayangan fikiran sehinggakan terkadang menggamit rasa untuk kembali semula ke masa lampau...andai masa boleh diundur semula kan...saya ingin kembali mengulangi momen2 itu. Semasa zaman kanak2 saya memang sangat aktif bermain dan beraktiviti dengan kawan2...memang lasak betul la. Permainan kami geng kanak2 ni memang meriah betul ibarat satu pesta pula kemeriahannya. Zaman kanak2 dulu saya ni kiranya ketua geng la...haha..gengster pun ya juga (kira gengster baik la kalau dalam cerita hindustan dulu2..haha...sabar aje la) tukang plan itu ini dan confirmnya plan tu akan menjadi dgn me

Peranan Penyambut Tetamu Dalam Penganjuran Majlis Formal

    Penyambut tetamu ( usherette ) adalah orang yang memainkan peranan yang sangat penting dalam menyambut tetamu dan memastikan supaya tetamu dalam sesuatu majlis itu dapat diuruskan dengan baik dan lancar tanpa menimbulkan rasa tidak puas hati, rasa tersinggung dan rasa tidak selesa daripada tetamu yang dijemput. Sebelum pergi jauh lagi tentang peranan penyambut tetamu, mari kita sama-sama fahami dulu definisi 'Penyambut Tetamu'. Secara ringkasnya penyambut tetamu adalah orang yang dilantik dan diberikan tugas dan tanggungjawab untuk menyambut tetamu-tetamu yang dijemput dalam satu-satu majlis, menunjukkan arah dan mengiringi tetamu, serta memastikan keselesaan tetamu terjaga. Tugas menyambut tetamu ini kebiasaannya diletakkan di bawah satu Jawatankuasa yang terdiri daripada sebilangan peyambut tetamu yang mana jumlahnya bergantung kepada berapa ramai tetamu yang perlu diuruskan. Tetamu ini diklasifikasi kepada beberapa kategori, iaitu kategori kehormat dan

Peranan Pegawai Tadbir di Universiti Awam

Buat semua pembaca budiman,  Penulisan ini adalah sekadar pandangan dan pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman yang dilalui sebagai Pegawai Tadbir di Universiti Awam (UA). Walau bagaimanapun, ia mungkin berbeza mengikut pandangan masing-masing, juga mungkin berbeza mengikut governan UA masing-masing. Namun, sekurang-kurangnya penulisan ini dapat membantu untuk memberikan gambaran kepada pembaca dalam mengetahui secara umum mengenai peranan dan tanggungjawab seorang Pegawai Tadbir di UA. Pegawai Tadbir yang dibincangkan dalam penulisan ini adalah Pegawai Tadbir Universiti (PTU). PTU adalah Pegawai yang dikelaskan di bawah Skim Perkhidmatan Pengurusan dan Profesional (P&P). Gred jawatan bermula di Gred 41 dan ke atas. PTU adalah individu yang dilantik oleh pihak berkuasa Universiti untuk menguruskan pelbagai bentuk hal-ehwal pengurusan dan pentadbiran di Pusat Tanggungjawab (PTJ) di mana mereka ditempatkan. Daripada segi kelayakan akademik, PTU ini pe