Skip to main content

Bagaimana Memastikan Kerja Berkualiti


Dalam apa jua yang kita lakukan sudah pasti kita inginkan hasil yang terbaik. Setiap kerja yang dilaksanakan dengan baik pasti memberikan kualiti yang diharapkan dan memberikan kepuasan kepada diri sendiri dan organisasi.

Secara ringkasnya bagaimana agaknya cara untuk kita dapat menghasilkan kerja yang berkualiti. Ini sekadar perkongsian peribadi dan pengalaman yang dilalui setelah lama dalam bidang pengurusan dan pentadbiran.

1. Buat sesuatu niatnya kerana Allah.
Apa jua yang dilakukan mestilah diniatkan kerana Allah...kerana ibadah kepada Allah. Bila niat kita kerana Allah, insyaAllah segala usaha kita dipeliharan dan diberkati Allah dan semua yang sulit akan dipermudahkan Allah dan sehala kekusutan akan diberikan Allah jalan keluar.

2. Buat dengan hati dan jiwa
"Letak jiwa" dalam apa jua yang kita lakukan. Apakah maksudnya "letak jiwa". Meletakkan jiwa ini membawa maksud kita beriktikad di dalam hati bahawa kita inginkan hasil yang terbaik dan iktikad ini akan memacu kita melakukan terbaik "sepenuh jiwa dan raga".

3. Buat dengan ikhlas.
Sebarang perkara yang dilakukan kerana amanah dan tanggungjawab, kerana kita suka untuk melakukannya tanpa mengharapkan sebarang balasan atau pujian daripada sesiapapun kecuali redha dan perhatian Allah sahaja.

4. Buatlah mengikut lunas yang betul.
Perkara yang kita lakukan mestilah mengikut lunas yang betul, yakni mengikut hak, autoriti, kaedah dan cara yang betul dan mematuhi sebarang bentuk SOP atau peraturan yang ada. 

5. Cukup Ilmu dan pengetahuan atau kemahirannya.
Segala apa jua perlu dilakukan dengan ilmu dan kemahiran. Pastikan kita tahu apa yang kita lakukan, jelas dengan keperluan dan standard yang diperlukan dan mestilah output daripada kerja kita mencakupi segala aspek keperluan untuk sesuatu perkara itu.

6. Memiliki sikap, komitmen dan rasa tanggungjawab yang tinggi.
Sikap diri yang baik sangat penting dalam menghasilkan sesuatu. Sikap diri yang baik akan menjadikan kita komited dan bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas dan akan memastikan segalanya "menjadi" dan berjaya.

7. Membuat penilaian keberkesanan
Lakukan penilaian dan pengukuran untuk melihat keberkesanan dan tahap kualiti yang dicapai. Penilaian dan pengukuran ini boleh dibuat melalui maklum balas lisan, soal selidik dalaman dan soal selidik kepuasan pelanggan oleh pihak luar. Lakukan penambahbaikan terhadap perkara yang dikenalpasti mempunyai kekurangan dan perlu diperbaiki atau ditambahbaik.

Sekian dulu untuk perkongsian santai malam ini. Semoga ianya bermanfaat untuk semua pengunjung Blog anggerikdesa...InsyaAllah.

Salam Hormat,
RZH


Comments

Popular posts from this blog

Cara Goreng Ikan Masin Supaya lebih sedap...

Hokey...petang ni saya nak bercerita pasal menu 'berhantu' ini. Saya sebut sebagai 'berhantu' sebab menu ni mesti sentiasa akan 'mengusik' keinginan untuk makan lebih...menu ni memang akan membuka selera yang tertutup...menggoda untuk makan bertambah dan berulang-ulang...kejap nak makan kejap nak makan...aduhai itu la dia ikan masin goreng...atau ore kelate panggil ike kering goreng. Ikan masin ni salah satu daripada lauk kegemaran saya..hehehe saya suka tahap dewa..atau tahap ore kelate royak 'panggil tak dengar' ikan masin ni..tapi mesti kena dengan gaya masaknya..saya tak suka ikan masin tu masin sangat...saya suka rasa dia lemak-lemak masin sikit2 dan isinya lembut2 gebu gebas sikit....macam ikan ala jeruk tu sikit.. Untuk ikan masin ni sedap selepas digoreng, mesti ada cara masaknya yang tersendiri...dan saya pasti setiap orang ada gaya tersendiri menggoreng ikan masin, ada yang suka digoreng begitu saja, ada yang suka digoreng dengan dipoton...

Peranan Penyambut Tetamu Dalam Penganjuran Majlis Formal

    Penyambut tetamu ( usherette ) adalah orang yang memainkan peranan yang sangat penting dalam menyambut tetamu dan memastikan supaya tetamu dalam sesuatu majlis itu dapat diuruskan dengan baik dan lancar tanpa menimbulkan rasa tidak puas hati, rasa tersinggung dan rasa tidak selesa daripada tetamu yang dijemput. Sebelum pergi jauh lagi tentang peranan penyambut tetamu, mari kita sama-sama fahami dulu definisi 'Penyambut Tetamu'. Secara ringkasnya penyambut tetamu adalah orang yang dilantik dan diberikan tugas dan tanggungjawab untuk menyambut tetamu-tetamu yang dijemput dalam satu-satu majlis, menunjukkan arah dan mengiringi tetamu, serta memastikan keselesaan tetamu terjaga. Tugas menyambut tetamu ini kebiasaannya diletakkan di bawah satu Jawatankuasa yang terdiri daripada sebilangan peyambut tetamu yang mana jumlahnya bergantung kepada berapa ramai tetamu yang perlu diuruskan. Tetamu ini diklasifikasi kepada beberapa kategori, iaitu kategori kehormat dan...

Peranan Pegawai Tadbir di Universiti Awam

Buat semua pembaca budiman,  Penulisan ini adalah sekadar pandangan dan pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman yang dilalui sebagai Pegawai Tadbir di Universiti Awam (UA). Walau bagaimanapun, ia mungkin berbeza mengikut pandangan masing-masing, juga mungkin berbeza mengikut governan UA masing-masing. Namun, sekurang-kurangnya penulisan ini dapat membantu untuk memberikan gambaran kepada pembaca dalam mengetahui secara umum mengenai peranan dan tanggungjawab seorang Pegawai Tadbir di UA. Pegawai Tadbir yang dibincangkan dalam penulisan ini adalah Pegawai Tadbir Universiti (PTU). PTU adalah Pegawai yang dikelaskan di bawah Skim Perkhidmatan Pengurusan dan Profesional (P&P). Gred jawatan bermula di Gred 41 dan ke atas. PTU adalah individu yang dilantik oleh pihak berkuasa Universiti untuk menguruskan pelbagai bentuk hal-ehwal pengurusan dan pentadbiran di Pusat Tanggungjawab (PTJ) di mana mereka ditempatkan. Daripada segi kelayakan akademik, PTU in...