Skip to main content

Ketam Gulai Sedap Resepi Bonda...

Dua tiga hari ni dok tengok bonda dan adik2 ipar di kampung dok buat gulai ketam. Ketam ni ketam nipah. Hanya di kampung saja boleh dapat ketam ni. Farah dan yo kiranya balas dendam betul ni bila balik kampung sampai tiga hari turut2 masak ketam😂.

Makanya kakak ipar di sini pun memang teringat sangat la gulai ketam ala bonda mek. Walaupun tak dok ketam nipah kat sini, ketam laut pun onzzzz juga lah untuk digulai. Kalau ketam nipah memang lagi sedap rasanya..tapi kat sini tak jumpa ketam ni..tak dok bakali😁

Gulai ketam ni memang resepi special mek saya..memang special gulai ketam mek...tapi saya gulai tak jadi sesedap mek punya😭

Jom, saya kongsikan resepi gulai ketam resepi istimewa bonda saya.

Bahan2 macam biasa untuk menggulai, bawang merah, secoit saja bawang putih (kalau gulai ikan tak perlu letak bawang putih ni), cili kering lima enam tangkai, dan secoit halia (kalau gulai ikan, juga jgn letak). Blend semua bahan2 ini. Santan dlm empat lima cawan terpulang pada kuantiti ketamnya ya.

Cara membuatnya, cuci bersih ketam. Masukkan santan dan bahan yang diblend tadi. Kemudian masukkan dua keping asam keping dan satu sudu kecil beras yang ditumbuk lumat. Tujuan beras ni adalah untuk bagi hilang rasa hanyir ketam, di samping memekatkan kuih dan menambahkan kesedapan kuah. 

Seperti biasa, kalau masak gulai, kita kena kacau pelan2 tanpa henti daripada permulaan hingga gulai menggelegak..kalau tak kacau nanti berketul2 pula jadinya kuah gulai. Dekat2 nak masak masukkan ke dalam kuah sedikit (hujung sudu kecil sahaja) jintan manis yang disangai dulu dan ditumbuk lumat. Kuah ni, bila dah menggelegak biarkan dalam lebih kurang lima enam minit, kecilkan sedikit api dan biarkan lama sikit sehingga kuah agak pekat..masukkan garam gula jangan lupa, juga sepotong kecil saja nise atapun gula melaka.

Rahsia bahan tambahan yang menjadikan rasa gulai resepi bonda saya ni sedap adalah beras dan jintan manis itu juga sedikit nise (gula melaka) tu.

Selamat mencuba buat pengunjung blog anggerikdesa. InsyaAllah menjadi nanti!


Salam Hormat
anggerikdesa
RZH

Comments

Popular posts from this blog

Cara Goreng Ikan Masin Supaya lebih sedap...

Hokey...petang ni saya nak bercerita pasal menu 'berhantu' ini. Saya sebut sebagai 'berhantu' sebab menu ni mesti sentiasa akan 'mengusik' keinginan untuk makan lebih...menu ni memang akan membuka selera yang tertutup...menggoda untuk makan bertambah dan berulang-ulang...kejap nak makan kejap nak makan...aduhai itu la dia ikan masin goreng...atau ore kelate panggil ike kering goreng. Ikan masin ni salah satu daripada lauk kegemaran saya..hehehe saya suka tahap dewa..atau tahap ore kelate royak 'panggil tak dengar' ikan masin ni..tapi mesti kena dengan gaya masaknya..saya tak suka ikan masin tu masin sangat...saya suka rasa dia lemak-lemak masin sikit2 dan isinya lembut2 gebu gebas sikit....macam ikan ala jeruk tu sikit.. Untuk ikan masin ni sedap selepas digoreng, mesti ada cara masaknya yang tersendiri...dan saya pasti setiap orang ada gaya tersendiri menggoreng ikan masin, ada yang suka digoreng begitu saja, ada yang suka digoreng dengan dipoton...

Peranan Penyambut Tetamu Dalam Penganjuran Majlis Formal

    Penyambut tetamu ( usherette ) adalah orang yang memainkan peranan yang sangat penting dalam menyambut tetamu dan memastikan supaya tetamu dalam sesuatu majlis itu dapat diuruskan dengan baik dan lancar tanpa menimbulkan rasa tidak puas hati, rasa tersinggung dan rasa tidak selesa daripada tetamu yang dijemput. Sebelum pergi jauh lagi tentang peranan penyambut tetamu, mari kita sama-sama fahami dulu definisi 'Penyambut Tetamu'. Secara ringkasnya penyambut tetamu adalah orang yang dilantik dan diberikan tugas dan tanggungjawab untuk menyambut tetamu-tetamu yang dijemput dalam satu-satu majlis, menunjukkan arah dan mengiringi tetamu, serta memastikan keselesaan tetamu terjaga. Tugas menyambut tetamu ini kebiasaannya diletakkan di bawah satu Jawatankuasa yang terdiri daripada sebilangan peyambut tetamu yang mana jumlahnya bergantung kepada berapa ramai tetamu yang perlu diuruskan. Tetamu ini diklasifikasi kepada beberapa kategori, iaitu kategori kehormat dan...

Peranan Pegawai Tadbir di Universiti Awam

Buat semua pembaca budiman,  Penulisan ini adalah sekadar pandangan dan pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman yang dilalui sebagai Pegawai Tadbir di Universiti Awam (UA). Walau bagaimanapun, ia mungkin berbeza mengikut pandangan masing-masing, juga mungkin berbeza mengikut governan UA masing-masing. Namun, sekurang-kurangnya penulisan ini dapat membantu untuk memberikan gambaran kepada pembaca dalam mengetahui secara umum mengenai peranan dan tanggungjawab seorang Pegawai Tadbir di UA. Pegawai Tadbir yang dibincangkan dalam penulisan ini adalah Pegawai Tadbir Universiti (PTU). PTU adalah Pegawai yang dikelaskan di bawah Skim Perkhidmatan Pengurusan dan Profesional (P&P). Gred jawatan bermula di Gred 41 dan ke atas. PTU adalah individu yang dilantik oleh pihak berkuasa Universiti untuk menguruskan pelbagai bentuk hal-ehwal pengurusan dan pentadbiran di Pusat Tanggungjawab (PTJ) di mana mereka ditempatkan. Daripada segi kelayakan akademik, PTU in...