Skip to main content

Bila Teknologi Menemukan Rakan2 Lama...

Sebulan yang lalu tiba-tiba di add masuk ke satu whatsApp group. Dalam hati tertanya2...dah group apa pulak ni bila di skrin phone tertera "Sek Sabak 1980". Fikiran menerawang sekejap...dalam hati berbisik "lorrr geng masa Darjah 1 hingga Darjah 6 pun dikumpulkan juga dalam whatsApp group ke...hmmmm".

Saya ni sebenarnya tak berapa gemar ber "WhatsApp group"..satunya mungkin tak banyak masa sangat untuk bersembang dalam group, keduanya dah umur2 macam gini mcm tak berapa kena aje nak bersembang beria dalam group yang bercampur2 lelaki dan wanita. Ya, tidak dinafikan bagus sebenarnya dapat bertemu kembali rakan2 lama..tapi saya lebih prefer save contact dan sesekali bertanya kaba...lagipun bila dah bertemu langsung juga friend di fb...jadinya kalau nak ucap hari lahir ke..nak tegur say hi sesekali onzzz aje di FB. 

Pun begitu, ada juga kebaikannya group2 kawan2 lama ni bila info umum yang dikongsikan dpt sama2 kita tahu dan baca. Kalau dlm aspek tu adalah manfaatnya kerana banyak info macam2 yang dikongsi dan mungkin ada antaranya bermanfaat buat kita. Memang ada kebaikan dan keburukannya, apa yang penting adalah bagaimana kita manage ourselves.. kita perlu pandai membawa diri dan tahu limitationnya. Jangan sampai lupa diri, buang masa berborak perkara yang tidak perlu dan sebagainya lagi perkara lain yang bakal berlaku sekiranya kita tidak menjaga batas2 sepatutnya.

Back to cerita group ni...Hmmmm...banyak yang dah tak dapat recall sebenarnya. Sebahagian kawan2 masih jelas diingati dan boleh dibayangkan wajah dan karakter masing2. Tapi sebahagian lagi memang total lost tak ingat langsung. Bila tak datang di fikiran raut wajahnya beserta karakternya, maka sudah pasti terasa bagai orang asing dan tak tahu nak sembang banyak...tak ada poin cerita yang nak dikaitkan la sbb raut wajahpun tak blh nak bayang, dah camane pulak nak byg kisah2 yang pernah berlaku dengan mereka kan...

Bila fikiran melayang menerjah ke sekolah rendah yang telah ditinggalkan hampir 40 tahun lalu..memang masih ingat gambaran keseluruhan sekolahnya, kelasnya, bilik guru, library, kantin, surau, tempat bermain berkejar-kejar dengan kawan2 dan sbgnya lagi. Teringat aktiviti sukan yang saya dan kawan2 suka main masa tu..haha sepak takraw..tak tahu kenapa geng kami (perempuan) masa tu memang main sepak takraw. Pandai pulak tu main...hehe

Dalam group tu ada yang share tentang khabar cikgu2 kami dulu..ada kalangan cikgu telah meninggal. Termasuk juga beberapa kawan2 yang telah kembali kerahmatullah...Allahu, terasa diri sudah di penghujung waktu...semakin terasa saatnya semakin tiba untuk kembali ke sana.

Salah seorang bff masa tu kongsi satu gambar kelas. Masa tu Darjah 4...bila tgok kepada gambar tu...hanya 30% saja yang dapat dikenali dan diingati karakter masing2...sebahagian lagi memang langsung tak boleh ingat. Saja share gambar masa Darjah 4 tu di sini sebagai tanda kenangan.

Agak2nya dalam gambar tu yang mana satu lah anggerikdesa ya...pastinya yang bertudung la...hehe

Dalam gambar tu ada antaranya telah dijemput Allah. Arwah Azlina sahabat paling rapat masa tu telah pergi mengadap Allah lebih 15 tahun lalu. Al-Fatihah buat arwah, semoga damai dan tenang di sana. Mengimbau kenangan lalu, selalu juga pergi bermain dan makan tengah hari di rumah arwah. Maknya pandai masak. Rumah tepi pantai dan selepas tu kami akan pergi main ombak dan mencari kulit2 cengkerang laut di tepi pantai..masa tu banyak kulit2 cengkerang ni...tapi hairan mengapa sekarang kebanyakan pantai tidak ada lagi kulit2 cengkerang laut ni...apa agaknya yang berlaku dengan hidupan ini di dalam laut ya..dah pupus atau bagaimana...saya tiada jawapan..

Dalam gambar ni juga ada kawan baik saya till sekarang. Dia seorang guru. Dia kehilangan suaminya yang telah pergi buat selama-lamanya hampir setengah tahun yang lalu. Masih saya ingat, sehari selepas suaminya meninggal dia text saya, masa tu betul2 di awal pagi, sebaik selepas subuh. Saya terkejut dan tumpang bersedih membayangkan kesedihan dia...saya menelefonnya dan mengucapkan takziah dan memberikan kata2 semangat. Semoga kau terus kuat Ta.

Allahu...bila direnung, hidup ini begini lah sifatnya..datang dan pergi silih berganti..mati itu pasti dan saat kita semua juga menyusul. Makanya, sentiasa ingatkan diri untuk bersedia. Masa sekarang bukan lagi masa untuk main2 dan berseronok-seronok begitu saja sehingga kita terlupa tentang kehidupan di sana.

Kembali kepada WhatsApp Group Sek Sabak ni..bilangan rakan2 di dalamnya yang berjaya dikumpul tak ramai...sekarang ni hanya ada dalam 20 orang sahaja. Sahabat2 dlm ni berada dan menetap di pelbagai negeri..ramai kalangan geng menetap di Kelantan...ada yang tinggal di  Penang, Pahang, Selangor, dan Perak.

Demikianlah sekadar sembang2 tentang WhatsApp group sekolah rendah ni. Masa yang beredar menjadikan kita semua telah begitu lama meninggalkan zaman kanak2 (itu yang tak sangka ada inisiatif kawan2 yang wujudkan group sekolah rendah ni. Kalau group sekolah menengah tu biasa dilakukan)...kini sudah menjadi orang tua semuanya...sudap pasti masa yang berlalu dan umur yang semakin meningkat banyak mengajar kita erti kehidupan dan memberi pengalaman suka dan duka yang menjadi kenangan.

Semoga sisa kehidupan yang berbaki ini kita dapat guna dan manfaatkan betul2 di jalan yang Allah redhai. Gapailah redha Allah dalam apa jua yang dilakukan. Perbanyakkan amalan yang baik untuk bekalan ke sana...semoga kita semua terus diingatkan dan dijentik Allah untuk sentiasa berada di jalan kebaikan...dan slowly meninggalkan "kesibukan dunia" yang tidak mungkin berpenghujung...insyaAllah.

Salam Hormat,
RZH



Comments

Popular posts from this blog

Kenangan Zaman Permainan Kanak-kanak...

Dalam  hidup masing-masing, semua orang   mempunyai  kenangan  dan  momen  indah yang tersendiri semasa zaman kanak-kanak...ada yang menjadikan kenangan itu sebagai suatu nilai sentimental yang akan terpahat selamanya dalam lipatan kenangan. Saya juga tidak terkecuali. Kenangan permainan saya semasa kanak-kanak dulu memang terlalu istimewa dalam hidup saya...sentiasa segar dan mekar dalam bayangan fikiran sehinggakan terkadang menggamit rasa untuk kembali semula ke masa lampau...andai masa boleh diundur semula kan...saya ingin kembali mengulangi momen2 itu. Semasa zaman kanak2 saya memang sangat aktif bermain dan beraktiviti dengan kawan2...memang lasak betul la. Permainan kami geng kanak2 ni memang meriah betul ibarat satu pesta pula kemeriahannya. Zaman kanak2 dulu saya ni kiranya ketua geng la...haha..gengster pun ya juga (kira gengster baik la kalau dalam cerita hindustan dulu2..haha...sabar aje la) tukang plan itu ini dan confirmnya plan tu akan menjadi dgn me

Peranan Penyambut Tetamu Dalam Penganjuran Majlis Formal

    Penyambut tetamu ( usherette ) adalah orang yang memainkan peranan yang sangat penting dalam menyambut tetamu dan memastikan supaya tetamu dalam sesuatu majlis itu dapat diuruskan dengan baik dan lancar tanpa menimbulkan rasa tidak puas hati, rasa tersinggung dan rasa tidak selesa daripada tetamu yang dijemput. Sebelum pergi jauh lagi tentang peranan penyambut tetamu, mari kita sama-sama fahami dulu definisi 'Penyambut Tetamu'. Secara ringkasnya penyambut tetamu adalah orang yang dilantik dan diberikan tugas dan tanggungjawab untuk menyambut tetamu-tetamu yang dijemput dalam satu-satu majlis, menunjukkan arah dan mengiringi tetamu, serta memastikan keselesaan tetamu terjaga. Tugas menyambut tetamu ini kebiasaannya diletakkan di bawah satu Jawatankuasa yang terdiri daripada sebilangan peyambut tetamu yang mana jumlahnya bergantung kepada berapa ramai tetamu yang perlu diuruskan. Tetamu ini diklasifikasi kepada beberapa kategori, iaitu kategori kehormat dan

Peranan Pegawai Tadbir di Universiti Awam

Buat semua pembaca budiman,  Penulisan ini adalah sekadar pandangan dan pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman yang dilalui sebagai Pegawai Tadbir di Universiti Awam (UA). Walau bagaimanapun, ia mungkin berbeza mengikut pandangan masing-masing, juga mungkin berbeza mengikut governan UA masing-masing. Namun, sekurang-kurangnya penulisan ini dapat membantu untuk memberikan gambaran kepada pembaca dalam mengetahui secara umum mengenai peranan dan tanggungjawab seorang Pegawai Tadbir di UA. Pegawai Tadbir yang dibincangkan dalam penulisan ini adalah Pegawai Tadbir Universiti (PTU). PTU adalah Pegawai yang dikelaskan di bawah Skim Perkhidmatan Pengurusan dan Profesional (P&P). Gred jawatan bermula di Gred 41 dan ke atas. PTU adalah individu yang dilantik oleh pihak berkuasa Universiti untuk menguruskan pelbagai bentuk hal-ehwal pengurusan dan pentadbiran di Pusat Tanggungjawab (PTJ) di mana mereka ditempatkan. Daripada segi kelayakan akademik, PTU ini pe