Skip to main content

Wishlist Tahun 2021..

Tahun 2021 akan menjelang tiba dalam masa terdekat ini. Beginilah rutin kehidupan kita dengan hari berganti hari, bulan berganti bulan dan tahun berganti tahun. Sedar tak sedar sudah habis 12 bulan untuk tahun 2020. 

Lagi sehari 2021 akan menjelma tiba. Menjadi rutin juga kepada kita bila setiap kali tibanya tahun baharu, kita akan menyenaraikan "Wishlist" kita. Bagi yang belum mengamalkan konsep wishlist ini, saya sangat sarankan agar ianya dapat dilakukan dan diamalkan sebagai rutin wajib. Banyak manfaatnya!

Wishlist ni perlu bukan kerana apa, tapi kerana ia nanti akan menjadi komitmen kepada kita yang akan memacu dan memberikan semangat kepada kita untuk meningkatkan kemampuan diri dengan berusaha mencapai semua wishlist yang disenaraikan. Setkan minda kita yang kita mampu mencapainya..yakin pada diri dan jangan sesekali kita berfikir tentang kegagalan sebaliknya perlu beranggapan yang kita akan berjaya...fikir mudah dan jangan fikir susah..fikir yang kita boleh!

Kita perlu tahu bahawa wishlist ini adalah perkara yang akan membuat kita sentiasa bersemangat dan bermotivasi. Tanpa wishlist ini kita seakan tidak mempunyai halatuju dan tiada pemangkin semangat ataupun gerak gempur diri untuk menjalani kehidupan dalam tempoh masa 12 bulan untuk tahun yang akan dilalui. Kita perlu ingat masa berlalu begitu pantas. Allahu, masa memang akan silih berganti pergi dan kehidupan ini tetap perlu diteruskan walau apa corak badai dan gelombang yang bakal dihadapi. Maka bersedia dan bersiap siaga lah pada setiap masa!

Apa agaknya wishlist yang boleh disenaraikan untuk menjadi pemacu kepada kita untuk terus meningkatkan pembangunan diri dan terus bergerak pantas ke hadapan. Jom kita lihat antara yang boleh kita pilih daripada RZH's Wishlist ini.

1. Khatam Al-Quran sekurang-kurangnya 4 kali.

2. Membaca dan memahami Tafsir penuh untuk 30 juzuk Al-Quran.

3. Istiqomah dalam sedekah subuh pada setiap hari dan sedekah bulanan kepada yang memerlukan.

4. Istiqomah dalam Beristigfar dan berselawat kepada Nabi Muhammad SAW, sekurang-kurangnya 300 sehari bagi setiap satu.

5. Membaca sekurang-kurangnya 10 buah buku yang memberi nilai tambah kepada diri.

6. Menulis sekurang-kurangnya 50 penulisan.

7. Membaca Surah Yasin sekurang-kurangnya 3 kali seminggu (Isnin pembuka minggu, Rabu dan Jumaat).

8. Membaca Surah Al-Mulk pada setiap malam.

9. Membaca Surah Al-Kahfi pada setiap Jumaat.

10. Melakukan senaman ringkas 3 kali seminggu. Utamakan kesihatan dan makanan yang seimbang. Minum air kosong yang banyak, 7-10 gelas sehari.

11. Menghadiri sekurang-kurangnya dua kali kursus luar berkait dengan pembangunan diri.

12. Istiqomah dengan sikap diri yang positif, berlapang dada, redha dan tenang dalam apa jua situasi.

13. Reward diri pada setiap hujung tahun sebagai tanda penghargaan dan ucapan terima kasih buat diri sendiri.

Terdapat 13 wishlist yang disenaraikan. Sahabat yang singgah di blog anggerikdesa bolehlah memilih mana2 yang berkenan di hati untuk dijadikan wishlist sendiri.

Wishlist ni sebenarnya seakan NLP dan Law of Attraction. Mengapa saya berkata begitu...kerana dlm konsep NLP dan law attraction apa jua yang kita sering fikirkan dan impikan dan selalu di visualkan dalam fikiran dan pandangan mata maka insyaAllah ianya "akan hadir dan tiba kepada kita" dengan izin Allah.

Justeru, bila kita menyenaraikan impian kita, maka secara tidak langsung minda bawah sedar kita akan menggerakkan dan memacu kita untuk cuba mencapai apa yang kita impikan. Apa yang penting adalah doa, istiqomah, berlapang dada, redha, yakin dan tiada mengenal erti putus asa. 

Semoga Allah memberkati apa jua yang kita impikan dan sentiasa mempermudahkan kita semua untuk mencapainya. Ingat...jangan sesekali kita biarkan hidup kita tanpa halatuju dan matlamatnya...segalanya perlu dirancang dan dilaksanakan!

Dan selepas itu berdoa lah kepada Allah untuk sentiasa melorongkan hati kita kepada kebaikan. Serahkan segalanya pada Allah kerana Dia lah Pentadbir segalanya, Ya Allah Ya Bariq. Amalkan sentiasa konsep mudahkan orang dan bahagiakan orang..insyaAllah kemudahan dan kebahagiaan itu juga akan kembali kepada kita.

Jom sama2 kita senaraikan impian 2021 kita dan visualkan pada setiap masa!


Salam hormat,
anggerikdesa
RZH


Comments

Popular posts from this blog

Kenangan Zaman Permainan Kanak-kanak...

Dalam  hidup masing-masing, semua orang   mempunyai  kenangan  dan  momen  indah yang tersendiri semasa zaman kanak-kanak...ada yang menjadikan kenangan itu sebagai suatu nilai sentimental yang akan terpahat selamanya dalam lipatan kenangan. Saya juga tidak terkecuali. Kenangan permainan saya semasa kanak-kanak dulu memang terlalu istimewa dalam hidup saya...sentiasa segar dan mekar dalam bayangan fikiran sehinggakan terkadang menggamit rasa untuk kembali semula ke masa lampau...andai masa boleh diundur semula kan...saya ingin kembali mengulangi momen2 itu. Semasa zaman kanak2 saya memang sangat aktif bermain dan beraktiviti dengan kawan2...memang lasak betul la. Permainan kami geng kanak2 ni memang meriah betul ibarat satu pesta pula kemeriahannya. Zaman kanak2 dulu saya ni kiranya ketua geng la...haha..gengster pun ya juga (kira gengster baik la kalau dalam cerita hindustan dulu2..haha...sabar aje la) tukang plan itu ini dan confirmnya plan tu akan menjadi dgn me

Peranan Penyambut Tetamu Dalam Penganjuran Majlis Formal

    Penyambut tetamu ( usherette ) adalah orang yang memainkan peranan yang sangat penting dalam menyambut tetamu dan memastikan supaya tetamu dalam sesuatu majlis itu dapat diuruskan dengan baik dan lancar tanpa menimbulkan rasa tidak puas hati, rasa tersinggung dan rasa tidak selesa daripada tetamu yang dijemput. Sebelum pergi jauh lagi tentang peranan penyambut tetamu, mari kita sama-sama fahami dulu definisi 'Penyambut Tetamu'. Secara ringkasnya penyambut tetamu adalah orang yang dilantik dan diberikan tugas dan tanggungjawab untuk menyambut tetamu-tetamu yang dijemput dalam satu-satu majlis, menunjukkan arah dan mengiringi tetamu, serta memastikan keselesaan tetamu terjaga. Tugas menyambut tetamu ini kebiasaannya diletakkan di bawah satu Jawatankuasa yang terdiri daripada sebilangan peyambut tetamu yang mana jumlahnya bergantung kepada berapa ramai tetamu yang perlu diuruskan. Tetamu ini diklasifikasi kepada beberapa kategori, iaitu kategori kehormat dan

Peranan Pegawai Tadbir di Universiti Awam

Buat semua pembaca budiman,  Penulisan ini adalah sekadar pandangan dan pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman yang dilalui sebagai Pegawai Tadbir di Universiti Awam (UA). Walau bagaimanapun, ia mungkin berbeza mengikut pandangan masing-masing, juga mungkin berbeza mengikut governan UA masing-masing. Namun, sekurang-kurangnya penulisan ini dapat membantu untuk memberikan gambaran kepada pembaca dalam mengetahui secara umum mengenai peranan dan tanggungjawab seorang Pegawai Tadbir di UA. Pegawai Tadbir yang dibincangkan dalam penulisan ini adalah Pegawai Tadbir Universiti (PTU). PTU adalah Pegawai yang dikelaskan di bawah Skim Perkhidmatan Pengurusan dan Profesional (P&P). Gred jawatan bermula di Gred 41 dan ke atas. PTU adalah individu yang dilantik oleh pihak berkuasa Universiti untuk menguruskan pelbagai bentuk hal-ehwal pengurusan dan pentadbiran di Pusat Tanggungjawab (PTJ) di mana mereka ditempatkan. Daripada segi kelayakan akademik, PTU ini pe