Skip to main content

Nasi Goreng Simple Dan Sedap...


Nasi goreng yang sangat mudah untuk disediakan. Kalau kita rasa malas sekalipun, insyaAllah bila benda tak rumit kita akan buat juga.

Ore kelate kata nasi goreng ni nasi goreng "capok-capok". Apa yang ada "campak-campak" saja dlm kuali. Nasi goreng ni, saya taruk rencahnya ikan bilis dengan telur saja. Teringat nasi goreng ike rebus, tapi tak dok ike rebus...makanya apa yang ada Saja. Next time kita buat nasi goreng ikan rebus.

Bercerita pasal nasi goreng ikan rebus ni, teringat zaman kanak2 dulu. Jiran sebelah rumah selalu buat nasi goreng ikan rebus ni. Nampak memang sangat sedap, tapi masa tu saya tak makan sebab masa kanak2 dulu memang jenis tak makan ikan. Hanya ikan tongkol saja yang dimakan. Tapi sekarang ni semua jenis ikan dah makan kecuali ikan keli dan ikan haruan sampai sekarang memang tak makan.

Kata P. Ramlee buat nasi goreng ni kerjanya enteng saja (mudah saja). Betul la tu kan...ada "nasi dingin" (cara ore kelate panggil untuk nasi yang dimasak semalaman), cili api atau cili kering dan bawang, makanya onzzz..rencah tu mudah saya, telur saja pun boleh. Ikut apa yang ada di rumah saja. Kebiasaanya telur dan ikan bilis tu memang sentiasa ada.

Caranya, gaul 4 cawan nasi dengan satu sudu garam hingga bergaul rata keseluruhannya dan nasipun terlerai elok. Lima ulas bawang merah dan 4 ulas bawang putih juga 7 tangkai cili api ditumbuk lumat, tumbuk sekali terus dgn ikan bilis. Panaskan minyak dan tumis. Dah kekuningan hampir garing masukkan telur dua biji dan kacau hancur. Masukkan gula satu sudu besar. Garam tadi memadai yg telah digaul dengan nasi tadi, dalam satu sudu. Kalau suka perasa, boleh masukkan. Goreng serata dalam 10 minit dan siap!

Selamat memcuba.

anggerikdesa
RZH

Comments

Popular posts from this blog

Peranan Penyambut Tetamu Dalam Penganjuran Majlis Formal

    Penyambut tetamu ( usherette ) adalah orang yang memainkan peranan yang sangat penting dalam menyambut tetamu dan memastikan supaya tetamu dalam sesuatu majlis itu dapat diuruskan dengan baik dan lancar tanpa menimbulkan rasa tidak puas hati, rasa tersinggung dan rasa tidak selesa daripada tetamu yang dijemput. Sebelum pergi jauh lagi tentang peranan penyambut tetamu, mari kita sama-sama fahami dulu definisi 'Penyambut Tetamu'. Secara ringkasnya penyambut tetamu adalah orang yang dilantik dan diberikan tugas dan tanggungjawab untuk menyambut tetamu-tetamu yang dijemput dalam satu-satu majlis, menunjukkan arah dan mengiringi tetamu, serta memastikan keselesaan tetamu terjaga. Tugas menyambut tetamu ini kebiasaannya diletakkan di bawah satu Jawatankuasa yang terdiri daripada sebilangan peyambut tetamu yang mana jumlahnya bergantung kepada berapa ramai tetamu yang perlu diuruskan. Tetamu ini diklasifikasi kepada beberapa kategori, iaitu kategori kehormat dan...

Cara Goreng Ikan Masin Supaya lebih sedap...

Hokey...petang ni saya nak bercerita pasal menu 'berhantu' ini. Saya sebut sebagai 'berhantu' sebab menu ni mesti sentiasa akan 'mengusik' keinginan untuk makan lebih...menu ni memang akan membuka selera yang tertutup...menggoda untuk makan bertambah dan berulang-ulang...kejap nak makan kejap nak makan...aduhai itu la dia ikan masin goreng...atau ore kelate panggil ike kering goreng. Ikan masin ni salah satu daripada lauk kegemaran saya..hehehe saya suka tahap dewa..atau tahap ore kelate royak 'panggil tak dengar' ikan masin ni..tapi mesti kena dengan gaya masaknya..saya tak suka ikan masin tu masin sangat...saya suka rasa dia lemak-lemak masin sikit2 dan isinya lembut2 gebu gebas sikit....macam ikan ala jeruk tu sikit.. Untuk ikan masin ni sedap selepas digoreng, mesti ada cara masaknya yang tersendiri...dan saya pasti setiap orang ada gaya tersendiri menggoreng ikan masin, ada yang suka digoreng begitu saja, ada yang suka digoreng dengan dipoton...

Peranan Pegawai Tadbir di Universiti Awam

Buat semua pembaca budiman,  Penulisan ini adalah sekadar pandangan dan pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman yang dilalui sebagai Pegawai Tadbir di Universiti Awam (UA). Walau bagaimanapun, ia mungkin berbeza mengikut pandangan masing-masing, juga mungkin berbeza mengikut governan UA masing-masing. Namun, sekurang-kurangnya penulisan ini dapat membantu untuk memberikan gambaran kepada pembaca dalam mengetahui secara umum mengenai peranan dan tanggungjawab seorang Pegawai Tadbir di UA. Pegawai Tadbir yang dibincangkan dalam penulisan ini adalah Pegawai Tadbir Universiti (PTU). PTU adalah Pegawai yang dikelaskan di bawah Skim Perkhidmatan Pengurusan dan Profesional (P&P). Gred jawatan bermula di Gred 41 dan ke atas. PTU adalah individu yang dilantik oleh pihak berkuasa Universiti untuk menguruskan pelbagai bentuk hal-ehwal pengurusan dan pentadbiran di Pusat Tanggungjawab (PTJ) di mana mereka ditempatkan. Daripada segi kelayakan akademik, PTU in...