Skip to main content

Nasi Air Sedap Cara Kelate...

Hujung minggu kembali lagi. Sudah pasti banyak perkara yang ada dalam fikiran untuk dilunaskan. Dalam masa yang sama perlu get some rest juga la untuk recharge energy. Makanya checklist dan meletakkan priority macam biasa perlu digunakan.

Dalam kekalutan 'mengejar' banyak perkara, tetap juga memberikan perhatian kepada "menu tertunda" ini. Sejak last week lagi memang teringat nak makan tapi tak sempat juga membuatnya. Hari ni kena jadi juga. Beras nasi air siam yang dibeli masa balik kampung tahun lepas masih belum disentuh lagi...dah almost a year okey...hmmmm.

Pagi ni, di awal pagi dah masuk dapur menyediakan menu "Nasi Air" ni. Makanya, "tung tang tung tang" kat dapur. Akhirnya beras nasi air siam yang sudah lama dibeli ni dpt dimasak juga😂.

Di Kelate meme top la menu ni... Bahasa surat untuk nasi air ni "Bubus Nasi" atau bahasa antarabangsanya "porridge". Menu ni perlu ada lauknya. Macam2 lauk boleh bubuh dalam menu ni, dan saya memilih lauk apa yang ada di rumah saja, telur goreng hancur, ikan bilis, ayam, telur masin, ikan masin, dan ofcos sambal kicap wajib ada. 

Alhamdulillah, selesai menunaikan niat yang tertunda untuk buat menu ni. Sedap la kalau mengikut citarasa saya. Gitttchewww.

Buat nasi air ni simple saja sebenarnya cuma perlukan masa sbb byk condiments nya yg perlu disediakan.

Beras nasi air siam tu saya tanak dua pot aje dgn air 10 pot. Masak sepertimana kita masak nasi biasa tu. Cuma untuk jadikan nasi air, tang air tu kena lebih la.

Lauk-pauknya tu, untuk telur goreng hancur campur dgn bawang holland yang dimayam dan cili api yang dipotong kecil. Guna minyak sikit untuk menggoreng. Masukkan bawang holland dulu, bila dah garing, boleh masukkan telur dan cili api. Kacau hancur. Boleh letakkan sedikit garam dan sedikit gula saja (gula ni hujung sudu saja, tak mahu letakpun tak mengapa).

Telur masin tu rebus macam biasa. Ikan bilis juga sama goreng mcm biasa cuma lebihkan sikit tang garingnya. 

Manakala ayamnya pula dibuat sup. Sup ini macam biasa kita membuat sup la. Boleh dengan cara masing2. Bagi yang ingin ikut resepi sup saya, juga saya tuliskan di bawah.

Cara buat sup. Basuh bersih ayam, potong halus. Guna dalam sebelah ayam. Empat lima ulas bawang putih ditumbuk pecah2. Halia sebesar ibu jari ditumbuk pecah. Tumis keduanya guna sedikit minyak. Tumis terus dgn rempah empat sekawan. Kemudian masukkan air dan masukkan ayam. Masukkan sup bunjut dan setengah sudu besar lada hitam yang ditumbuk pecah. Biar mendidih. Masukkan garam dan perasa. Masukkan sedikit air asam jawa. (Tapi sup kali ni sebab purposely untuk buat Nasi Air, maka saya tak masukkan air asam jawa, tapi saya gantikan dgn sedikit cuka, mungkin dalam dua sudu. Kalau tak mahu letakpun tak mengapa). Masak dlm lebih kurang 15 ke 20 minit atau sehingga ayam lembut dan masak sepenuhnya. Siap! 

Selesai semuanya, bolehlah dihidangkan dan dinikmati. Memang marbeles..wajib cuba!














Saya juga share di sini cara membuat sambal kicap nya. Sangat simple. Tumbuk bawang putih (guna sikit saja, ambil ulas yg paling kecil) dengan 7 tangkai cili api. Tumbuk lumat. Masukkan sedikit garam, dan tiga sudu besar gula. Tumbuk semuanya lumat, gula dah halus dan kemudian masukkan kicap agak2 menenggelamkan separuh lesung tu (dalam anggaran setengah cawan). Golek2kan alu lesung dalam lesung tu, untuk pastikan gula dah hancur dan larut dalam kicap tu. Done!

Nasi air ni memang sedap dan membuka selera makan. Jika rasa hilang selera dan sesekali inginkan menu yang berbeza, makanya boleh cuba menu ini.

Kalau ore Kelate, masa makan nanti, boleh perah limau atau letakkan sedikit air cuka, bagi rasanya ada masam2 sikit. Saya terus letak sedikit cuka dalam sup, kalau purposely masak sup untuk Nasi Air ni.

Selamat mencuba!

anggerikdesa
RZH






Comments

Popular posts from this blog

Kenangan Zaman Permainan Kanak-kanak...

Dalam  hidup masing-masing, semua orang   mempunyai  kenangan  dan  momen  indah yang tersendiri semasa zaman kanak-kanak...ada yang menjadikan kenangan itu sebagai suatu nilai sentimental yang akan terpahat selamanya dalam lipatan kenangan. Saya juga tidak terkecuali. Kenangan permainan saya semasa kanak-kanak dulu memang terlalu istimewa dalam hidup saya...sentiasa segar dan mekar dalam bayangan fikiran sehinggakan terkadang menggamit rasa untuk kembali semula ke masa lampau...andai masa boleh diundur semula kan...saya ingin kembali mengulangi momen2 itu. Semasa zaman kanak2 saya memang sangat aktif bermain dan beraktiviti dengan kawan2...memang lasak betul la. Permainan kami geng kanak2 ni memang meriah betul ibarat satu pesta pula kemeriahannya. Zaman kanak2 dulu saya ni kiranya ketua geng la...haha..gengster pun ya juga (kira gengster baik la kalau dalam cerita hindustan dulu2..haha...sabar aje la) tukang plan itu ini dan confirmnya plan tu akan menjadi dgn me

Peranan Penyambut Tetamu Dalam Penganjuran Majlis Formal

    Penyambut tetamu ( usherette ) adalah orang yang memainkan peranan yang sangat penting dalam menyambut tetamu dan memastikan supaya tetamu dalam sesuatu majlis itu dapat diuruskan dengan baik dan lancar tanpa menimbulkan rasa tidak puas hati, rasa tersinggung dan rasa tidak selesa daripada tetamu yang dijemput. Sebelum pergi jauh lagi tentang peranan penyambut tetamu, mari kita sama-sama fahami dulu definisi 'Penyambut Tetamu'. Secara ringkasnya penyambut tetamu adalah orang yang dilantik dan diberikan tugas dan tanggungjawab untuk menyambut tetamu-tetamu yang dijemput dalam satu-satu majlis, menunjukkan arah dan mengiringi tetamu, serta memastikan keselesaan tetamu terjaga. Tugas menyambut tetamu ini kebiasaannya diletakkan di bawah satu Jawatankuasa yang terdiri daripada sebilangan peyambut tetamu yang mana jumlahnya bergantung kepada berapa ramai tetamu yang perlu diuruskan. Tetamu ini diklasifikasi kepada beberapa kategori, iaitu kategori kehormat dan

Peranan Pegawai Tadbir di Universiti Awam

Buat semua pembaca budiman,  Penulisan ini adalah sekadar pandangan dan pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman yang dilalui sebagai Pegawai Tadbir di Universiti Awam (UA). Walau bagaimanapun, ia mungkin berbeza mengikut pandangan masing-masing, juga mungkin berbeza mengikut governan UA masing-masing. Namun, sekurang-kurangnya penulisan ini dapat membantu untuk memberikan gambaran kepada pembaca dalam mengetahui secara umum mengenai peranan dan tanggungjawab seorang Pegawai Tadbir di UA. Pegawai Tadbir yang dibincangkan dalam penulisan ini adalah Pegawai Tadbir Universiti (PTU). PTU adalah Pegawai yang dikelaskan di bawah Skim Perkhidmatan Pengurusan dan Profesional (P&P). Gred jawatan bermula di Gred 41 dan ke atas. PTU adalah individu yang dilantik oleh pihak berkuasa Universiti untuk menguruskan pelbagai bentuk hal-ehwal pengurusan dan pentadbiran di Pusat Tanggungjawab (PTJ) di mana mereka ditempatkan. Daripada segi kelayakan akademik, PTU ini pe