Skip to main content

Ingat Allah selalu...


Kita manusia ni memang cepat lupa. Kerana itu lah Allah sentiasa mengingatkan kita supaya sentiasa mengingati Allah. Kerana hanya dengan mengingati Allah sahaja, hati dan pemikiran kita akan terpandu dan terarah kepada perkara-perkara yang baik.
Kita sebagai hamba Allah ini jangan merasa sombong sangat. Sombong ini dalam erti kata, kita sentiasa ingat semuanya akan okey buat kita sehingga kita rasa malas untuk berdoa dan meminta pertolongan Allah. Kita berdoa dan meminta, hanya bila saat kita dilanda kesukaran dan kesulitan, baharu lah kita mencari Allah. Itulah realiti yang berlaku. Bagi yang tidak tergolong dalam keadaan ini, makanya alhamdulillah.

Berdoa dan "berkomunikasi" lah selalu dengan Allah dalam setiap solat kita. Solat sunat mahupun solat wajib. Begitu juga semasa kita mengaji Al-Quran. Bacalah tafsirannya untuk kita mengetahui dan memahami keseluruhan satu-satu surah itu berkisar tentang apa. Fahamilah terjemahannya ayat demi ayat. Maka, dengan cara ini kita akan lebih merasa dekat dengan Allah kerana kita menyaksikan tentang kebesaran dan keesaan Allah.

Sentiasalah panjatkan doa kepada Allah dalam saat suka dan duka. Saat kita suka dan gembira kita panjatkanlah rasa kesyukuran dan doa agar Allah sentiasa memberikan kita hati yang baik dan sentiasa melorongkan kita kepada kebaikan. Manakala saat kita dalam duka dan bersedih, berdoalah kepada Allah agar Allah terus memberikan kita jalan dan meleraikan segala kesulitan yang dihadapi.

Doa adalah senjata orang mukmin yang paling hebat. Justeru, jangan biarkan diri kita berada dalam kerugian dengan mengabaikan doa secara istiqomah.

Pada setiap saat ingatlah pada Allah dengan zikrullah kepada-Nya. Jangan malas dan jangan berat mulut untuk sentiasa berzikir pada Allah. Doa kita yang Allah berikan perhatian itu lah, akhirnya akan melorongkan kita untuk jalan kebaikan, contohnya memberikan kita rasa kehendak dan rasa rajin untuk berzikir dan sentiasa membasahkan lidah dengan zikir-zikir kepada Allah yang terlalu banyak. Tanpa Alah menggerakkan hati dan pemikiran kita, kita tidak akan dapat melakukan apapun. Semua yang kita lakukan afalah kerana Allah yang menggerakkannya. Justeru, jangan "sombong" dengan Allah.

Bila difikirkan, kehidupan ini tidak lah complicated sangat. Ianya sangat mudah jika kita masing-masing dapat melakukan perkara-perkara yang baik saja. 

Apakah agaknya perkara-perkara yang baik ini:
1. Solat dan zikir kepada Allah
2. Membaca Al-Quran secara istiqomah
3. Bersedekah di jalan kebaikan
4. Memiliki hati yang baik. Tiada iri hati, dengki dan khianat
5. Membahagiakan dan memudahkan orang
6. Tidak mengejar nama, pangkat dan harta dunia
7. Sentiasa bersyukur
8. Sentiasa redha dan berlapang dada.
9. Melakukan apa jua dengan niat kerana Allah.

Bagi mencapai perkara-perkara ini, sudah pasti kita perlu perbaiki dan pertingkatkan hubungan kita dengan Allah. Buatlah dan beramal lah kepada Allah sehingga hati kita langsung tawar untuk perkara-perkara yang tidak baik. Jom, sama-sama kita mencari redha Allah dalam apa jua yang kita lakukan. InsyaAllah, dengan niat yang baik dan amal yang istiqomah Allah akan sentiasa menjaga dan melindungi kita semua.

Sekadar bicara hati,
anggerikdesa
RZH

Comments

Popular posts from this blog

Kenangan Zaman Permainan Kanak-kanak...

Dalam  hidup masing-masing, semua orang   mempunyai  kenangan  dan  momen  indah yang tersendiri semasa zaman kanak-kanak...ada yang menjadikan kenangan itu sebagai suatu nilai sentimental yang akan terpahat selamanya dalam lipatan kenangan. Saya juga tidak terkecuali. Kenangan permainan saya semasa kanak-kanak dulu memang terlalu istimewa dalam hidup saya...sentiasa segar dan mekar dalam bayangan fikiran sehinggakan terkadang menggamit rasa untuk kembali semula ke masa lampau...andai masa boleh diundur semula kan...saya ingin kembali mengulangi momen2 itu. Semasa zaman kanak2 saya memang sangat aktif bermain dan beraktiviti dengan kawan2...memang lasak betul la. Permainan kami geng kanak2 ni memang meriah betul ibarat satu pesta pula kemeriahannya. Zaman kanak2 dulu saya ni kiranya ketua geng la...haha..gengster pun ya juga (kira gengster baik la kalau dalam cerita hindustan dulu2..haha...sabar aje la) tukang plan itu ini dan confirmnya plan tu akan menjadi dgn me

Peranan Penyambut Tetamu Dalam Penganjuran Majlis Formal

    Penyambut tetamu ( usherette ) adalah orang yang memainkan peranan yang sangat penting dalam menyambut tetamu dan memastikan supaya tetamu dalam sesuatu majlis itu dapat diuruskan dengan baik dan lancar tanpa menimbulkan rasa tidak puas hati, rasa tersinggung dan rasa tidak selesa daripada tetamu yang dijemput. Sebelum pergi jauh lagi tentang peranan penyambut tetamu, mari kita sama-sama fahami dulu definisi 'Penyambut Tetamu'. Secara ringkasnya penyambut tetamu adalah orang yang dilantik dan diberikan tugas dan tanggungjawab untuk menyambut tetamu-tetamu yang dijemput dalam satu-satu majlis, menunjukkan arah dan mengiringi tetamu, serta memastikan keselesaan tetamu terjaga. Tugas menyambut tetamu ini kebiasaannya diletakkan di bawah satu Jawatankuasa yang terdiri daripada sebilangan peyambut tetamu yang mana jumlahnya bergantung kepada berapa ramai tetamu yang perlu diuruskan. Tetamu ini diklasifikasi kepada beberapa kategori, iaitu kategori kehormat dan

Peranan Pegawai Tadbir di Universiti Awam

Buat semua pembaca budiman,  Penulisan ini adalah sekadar pandangan dan pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman yang dilalui sebagai Pegawai Tadbir di Universiti Awam (UA). Walau bagaimanapun, ia mungkin berbeza mengikut pandangan masing-masing, juga mungkin berbeza mengikut governan UA masing-masing. Namun, sekurang-kurangnya penulisan ini dapat membantu untuk memberikan gambaran kepada pembaca dalam mengetahui secara umum mengenai peranan dan tanggungjawab seorang Pegawai Tadbir di UA. Pegawai Tadbir yang dibincangkan dalam penulisan ini adalah Pegawai Tadbir Universiti (PTU). PTU adalah Pegawai yang dikelaskan di bawah Skim Perkhidmatan Pengurusan dan Profesional (P&P). Gred jawatan bermula di Gred 41 dan ke atas. PTU adalah individu yang dilantik oleh pihak berkuasa Universiti untuk menguruskan pelbagai bentuk hal-ehwal pengurusan dan pentadbiran di Pusat Tanggungjawab (PTJ) di mana mereka ditempatkan. Daripada segi kelayakan akademik, PTU ini pe