Skip to main content

Surah Ad-Dhuha dan Fadilatnya...


Usai solat subuh di pagi semalam, niat di hati nak recite Surah Al-Waqiah. Tapi terfikir pula, pagi ni nak gerak awal sikit ke ofis sebab ada amanah besar yang perlu diselesaikan di awal pagi.

Sudahnya tak jadi...hmmm. Pun begitu, bacaan digantikan dengan beberapa Surah pendek sahaja. Antaranya adalah surah Ad-Dhuha. Bercakap tentang surah Ad-Dhuha ini, teringat satu temubual salah sorang top men di UA yang memang menjadi idola dan inspirasi buat saya, bila ditanya surah apa yang paling disukai olehnya, jawapannya adalah Surah Ad-Dhuha.

Surah Ad-Dhuha adalah surah yang pendek saja. Dalam Al-Quran, surah ini adalah surah ke-93 (pada juz ke-30), mengandungi 11 ayat. Surah Ad-Dhuha ni memang antara surah yang saya suka baca semasa solat. Surah ini adalah antara surah ayat-ayat lazim yang memang dah dihafal sejak kecil dulu lagi kerana masa dulu-dulu, anak-anak bila khatam Al-Quran, semua ayat-ayat surat kecik (merujuk kepada Muqadam) perlu dihafal dan diingati dan mesti dibaca di depan "Tok guru mengaji" dan tetamu yang hadir untuk majlis khatam tu.

Usai membaca Surah Ad-Dhuha ini, saya mencapai hand phone dan membuka terjemahan untuk surah ini. Peringkat usia sekarang ni, bacaan Al-Quran bukan hanya sekadar dibaca begitu sahaja tanpa melihat bersama tafsiran dan maknanya. Biarlah sedikit demi sedikit kita mula mengetahui makna bagi setiap ayat yang kita baca. Lama-kelamaan ini sudah menjadi biasa untuk apa jua ayat yang dibaca, akan dibaca bersama terjemahannya.

Terjemahan kepada 11 ayat dalam Surah Ad-Dhuha ini:
1. Demi waktu Dhuha
2. Dan malam apabila ia sunyi sepi
3. (Bahawa) Tuhanmu (wahai Muhammad) tidak meninggalkanmu, dan ia tidak benci (kepadamu, sebagaimana yang dituduh oleh kaum musyrik).
4. Dan sesungguhnya kesudahan keadaanmu adalah lebih baik bagimu daripada permulaannya.
5. Dan sesungguhnya Tuhanmu akan memberikanmu (kejayaan dan kebahagiaan di dunia dan akhirat sehingga engkau redha - berpuashati.
6. Bukankah dia mendapati engkau yatim piatu, lalu ia memberikan perlindungan.
7. Dan didapati-Nya engkau mencari-cari (jalan yang benar), lalu ia memberikan hidayah petunjuk (dengan wahyu - Al Quran).
8. Dan didapatiNya engkau miskin, lalu ia memberikan kekayaan.
9. Oleh itu, adapun anak yatim maka janganlah engkau berlaku kasar terhadapnya.
10. Adapun orang yang meminta (bantuan pimpinan) makan janganlah engkau tengking herdik.
11. Adapun nikmat Tuhanmu, maka hendaklah engkau sebut-sebutkan (dan zahirkan) sebagai bersyukur kepadaNya.

Menyentuh sedikit tentang sejarah bagaimana turunnya surah ini. Surah ini diturunkan di Kota Mekah. Surah ini diturunkan semasa Rasulullah SAW merasa teramat sedih dan sangat risau kerana agak lama tidak menerima wahyu daripada Allah. Malaikat Jibrail as telah lama tidak datang menemui Rasulullah SAW, sehinggakan perkara ini menjadi ejekan dan hinaan kepada  kaum kafir di Mekah pada masa itu yang mengatakan bahawa Rasulullah SAW sudah tidak lagi  dipedulikan oleh Allah. Akibat rasa gelisah dan bersedih hati ini Rasulullah SAW jatuh gering. Setelah Allah turunkan Surah ini, Rasulullah SAW berasa amat lega dan sakitnya sembuh dengan serta merta.

Allah menurunkan surah ini di pagi hari bagi menegaskan bahawa apa yang difikirkan oleh kaum kafir ini adalah salah. Allah juga ingin memberitahu Rasulullah SAW bahawasanya Allah tidak pernah membenci dan melupakan baginda Rasulullah.

Surah ini mempunyai banyak keistimewaannya dan yang paling perlu untuk kita ketahui adalah keistimewaannya dalam merawat rasa kesedihan dan kekecewaan. Justeru itu, seandainya kita sedang dalam kesedihan dan kekecewaan, gelisah dan resah atas satu-satu perkara, maka bacalah selalu surah ini tidak kira masa dan tempat dan hayatilah seluruh maksudnya. InsyaAllah, Allah akan memberikan kelegaan dan menamatkan segala resah gelisah dan kita kembali kepada kebesaran dan kekuasaan Allah, dan kita menjadi lebih yakin terhadap hebatnya kekuasaan Allah Taala dan kita akan redha dan berlapang dada atas apa jua ujian yang didatangkan Allah kepada kita. Apabila kita redha, maka insyaAllah hati kita akan tenang.

Sekadar Bicara Hati,
anggerikdesa
RZH

Comments

Popular posts from this blog

Kenangan Zaman Permainan Kanak-kanak...

Dalam  hidup masing-masing, semua orang   mempunyai  kenangan  dan  momen  indah yang tersendiri semasa zaman kanak-kanak...ada yang menjadikan kenangan itu sebagai suatu nilai sentimental yang akan terpahat selamanya dalam lipatan kenangan. Saya juga tidak terkecuali. Kenangan permainan saya semasa kanak-kanak dulu memang terlalu istimewa dalam hidup saya...sentiasa segar dan mekar dalam bayangan fikiran sehinggakan terkadang menggamit rasa untuk kembali semula ke masa lampau...andai masa boleh diundur semula kan...saya ingin kembali mengulangi momen2 itu. Semasa zaman kanak2 saya memang sangat aktif bermain dan beraktiviti dengan kawan2...memang lasak betul la. Permainan kami geng kanak2 ni memang meriah betul ibarat satu pesta pula kemeriahannya. Zaman kanak2 dulu saya ni kiranya ketua geng la...haha..gengster pun ya juga (kira gengster baik la kalau dalam cerita hindustan dulu2..haha...sabar aje la) tukang plan itu ini dan confirmnya plan tu akan menjadi dgn me

Peranan Penyambut Tetamu Dalam Penganjuran Majlis Formal

    Penyambut tetamu ( usherette ) adalah orang yang memainkan peranan yang sangat penting dalam menyambut tetamu dan memastikan supaya tetamu dalam sesuatu majlis itu dapat diuruskan dengan baik dan lancar tanpa menimbulkan rasa tidak puas hati, rasa tersinggung dan rasa tidak selesa daripada tetamu yang dijemput. Sebelum pergi jauh lagi tentang peranan penyambut tetamu, mari kita sama-sama fahami dulu definisi 'Penyambut Tetamu'. Secara ringkasnya penyambut tetamu adalah orang yang dilantik dan diberikan tugas dan tanggungjawab untuk menyambut tetamu-tetamu yang dijemput dalam satu-satu majlis, menunjukkan arah dan mengiringi tetamu, serta memastikan keselesaan tetamu terjaga. Tugas menyambut tetamu ini kebiasaannya diletakkan di bawah satu Jawatankuasa yang terdiri daripada sebilangan peyambut tetamu yang mana jumlahnya bergantung kepada berapa ramai tetamu yang perlu diuruskan. Tetamu ini diklasifikasi kepada beberapa kategori, iaitu kategori kehormat dan

Peranan Pegawai Tadbir di Universiti Awam

Buat semua pembaca budiman,  Penulisan ini adalah sekadar pandangan dan pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman yang dilalui sebagai Pegawai Tadbir di Universiti Awam (UA). Walau bagaimanapun, ia mungkin berbeza mengikut pandangan masing-masing, juga mungkin berbeza mengikut governan UA masing-masing. Namun, sekurang-kurangnya penulisan ini dapat membantu untuk memberikan gambaran kepada pembaca dalam mengetahui secara umum mengenai peranan dan tanggungjawab seorang Pegawai Tadbir di UA. Pegawai Tadbir yang dibincangkan dalam penulisan ini adalah Pegawai Tadbir Universiti (PTU). PTU adalah Pegawai yang dikelaskan di bawah Skim Perkhidmatan Pengurusan dan Profesional (P&P). Gred jawatan bermula di Gred 41 dan ke atas. PTU adalah individu yang dilantik oleh pihak berkuasa Universiti untuk menguruskan pelbagai bentuk hal-ehwal pengurusan dan pentadbiran di Pusat Tanggungjawab (PTJ) di mana mereka ditempatkan. Daripada segi kelayakan akademik, PTU ini pe