Skip to main content

Ikan Pekasam Goreng...

 

Dua tiga kali doh dok buko peti ais ni ternampak aje di depan mata sebekas ikan pekasam kat satu sudut peti ais ni. Tapi tidak2 juga mencapainya untuk dimasak. Itulah hakikat hidup ni..kalau belum digerakkan Allah untuk kita mencapai maka duduk lah kat situ dulu pekasamnya.

Pagi ni teringat nak goreng, makanya bekas ikan pekasam ni dicapai tangan..ada dua jenis ikan di dalamnya, iaitu ikan talapia dan ikan lampam jawa. Kebiasaannya ikan yg dijadikan pekasam adalah kedua ikan ini, dan ikan sepat, dan sudah pasti ada lagi ikan2 lain yang saya tidak tahu namanya.😅

Justeru, saya goreng dgn bawang holland dan lada cengik (cili api). Risau kot dia masam sgt, makanya saya "peru" gula dan garam cket..sekadar nak bagi balance saja rasanya. Pekasam yang ni jenis yang keras sikit, so dia tak hancur...kalau ikut taste saya, saya suka yang hancur tu. Pada saya yang hancur tu lagi sedap bila berpalut elok dengan bawang holland, cili api dan minyak menggoreng tu. Nak dptkan ikan pekasam yang bila digoreng ia hancur ni mungkin ikan tu kena lama sikit diperap atau bagaimana ya...saya pun tak pasti. 

Nota:
"peru" adalah Bahasa kelate, membawa maksud "taburkan sikit menggunakan kelima2 hujung jari"😅

Di kelate rasa saya ikan pekasam ni tak begitu menjadi makanan rutin sangat la. Maksud saya tidaklah seperti "ike bekok" dan "ike kering" a.k.a. ikan masin dan ike budu. Sesetengah tempat di kelate saja kot yang mungkin pekasam ni rutin lauk-pauk. 

Tapi kalau di Perak, memang ikan pekasam "milik mereka". Kalau balik Perak saya tidak lelaskan peluang membeli ikan pekasam ni yang dijual oleh org2 kampung kat sana. Saya suka kalau yang belum masam sangat la..kalau dah masam sgt tu saya kurang sikit. Setiap kali balik Perak MIL memang akan selalu goreng pekasam ni. Sebenarnya famili mertua lah yang memgenalkan saya dengan ikan pekasam ni, sebelum tu memang saya tak pernah makan. MIL memang selalu juga buat sendiri ikan pekasam ni, selalunya guna ikan lampam jawa.

Demikianlah alkisahnya cerita tentang ikan pekasam goreng. Ikan pekasam ni sedap dimakan dengan nasi panas2. Pembuka selera la lebih kurangnya bagi penggemar tegar...

Wassalam.

anggerikdesa
RZH

Comments

Popular posts from this blog

Kenangan Zaman Permainan Kanak-kanak...

Dalam  hidup masing-masing, semua orang   mempunyai  kenangan  dan  momen  indah yang tersendiri semasa zaman kanak-kanak...ada yang menjadikan kenangan itu sebagai suatu nilai sentimental yang akan terpahat selamanya dalam lipatan kenangan. Saya juga tidak terkecuali. Kenangan permainan saya semasa kanak-kanak dulu memang terlalu istimewa dalam hidup saya...sentiasa segar dan mekar dalam bayangan fikiran sehinggakan terkadang menggamit rasa untuk kembali semula ke masa lampau...andai masa boleh diundur semula kan...saya ingin kembali mengulangi momen2 itu. Semasa zaman kanak2 saya memang sangat aktif bermain dan beraktiviti dengan kawan2...memang lasak betul la. Permainan kami geng kanak2 ni memang meriah betul ibarat satu pesta pula kemeriahannya. Zaman kanak2 dulu saya ni kiranya ketua geng la...haha..gengster pun ya juga (kira gengster baik la kalau dalam cerita hindustan dulu2..haha...sabar aje la) tukang plan itu ini dan confirmnya plan tu akan menjadi dgn me

Peranan Penyambut Tetamu Dalam Penganjuran Majlis Formal

    Penyambut tetamu ( usherette ) adalah orang yang memainkan peranan yang sangat penting dalam menyambut tetamu dan memastikan supaya tetamu dalam sesuatu majlis itu dapat diuruskan dengan baik dan lancar tanpa menimbulkan rasa tidak puas hati, rasa tersinggung dan rasa tidak selesa daripada tetamu yang dijemput. Sebelum pergi jauh lagi tentang peranan penyambut tetamu, mari kita sama-sama fahami dulu definisi 'Penyambut Tetamu'. Secara ringkasnya penyambut tetamu adalah orang yang dilantik dan diberikan tugas dan tanggungjawab untuk menyambut tetamu-tetamu yang dijemput dalam satu-satu majlis, menunjukkan arah dan mengiringi tetamu, serta memastikan keselesaan tetamu terjaga. Tugas menyambut tetamu ini kebiasaannya diletakkan di bawah satu Jawatankuasa yang terdiri daripada sebilangan peyambut tetamu yang mana jumlahnya bergantung kepada berapa ramai tetamu yang perlu diuruskan. Tetamu ini diklasifikasi kepada beberapa kategori, iaitu kategori kehormat dan

Peranan Pegawai Tadbir di Universiti Awam

Buat semua pembaca budiman,  Penulisan ini adalah sekadar pandangan dan pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman yang dilalui sebagai Pegawai Tadbir di Universiti Awam (UA). Walau bagaimanapun, ia mungkin berbeza mengikut pandangan masing-masing, juga mungkin berbeza mengikut governan UA masing-masing. Namun, sekurang-kurangnya penulisan ini dapat membantu untuk memberikan gambaran kepada pembaca dalam mengetahui secara umum mengenai peranan dan tanggungjawab seorang Pegawai Tadbir di UA. Pegawai Tadbir yang dibincangkan dalam penulisan ini adalah Pegawai Tadbir Universiti (PTU). PTU adalah Pegawai yang dikelaskan di bawah Skim Perkhidmatan Pengurusan dan Profesional (P&P). Gred jawatan bermula di Gred 41 dan ke atas. PTU adalah individu yang dilantik oleh pihak berkuasa Universiti untuk menguruskan pelbagai bentuk hal-ehwal pengurusan dan pentadbiran di Pusat Tanggungjawab (PTJ) di mana mereka ditempatkan. Daripada segi kelayakan akademik, PTU ini pe