Skip to main content

Perginya Tidak Kembali Lagi...


Innalillahiwainnahilaihirajiun...
Dari Allah kita datang..kepada Allah kita kembali...

Perginya pegawai senior kami, Boss, sahabat, rakan sekerja, dan mentor kepada saya dan rakan2 seperjuangan. Hampir 23 tahun bersama arwah, walaupun tidak secara langsung, namun atas beberapa task force tertentu ada yang direct di bawah arwah...Beliau Timbalan Pendaftar UKM, juga Ahli Lembaga Koperasi UNIKEB Berhad. 

Allahu...sebak sungguh rasa di hati menerima berita kehilangan ini😔😥...Rasa sedih begitu mencengkam di jiwa...kami semua redha...Allah lebih menyayangi arwah. Setelah hampir dua tahun menanggung derita kanser, arwah dijemput Allah pada pukul 9.45 mlm, tanggal 24 Mac 2020...

Malam saya menulis ini adalah malam kedua pemergian arwah...malam kedua arwah di alam barzakh...sambil menulis ini saya imbau kembali malam 24 Mac itu...apabila berita kehilangan ini masuk di telefon bimbit saya.

Hati saya tiba2 berdegup kencang...

Allahuakbar...
Allahuakbar...
Allahuakbar...

Hati berdebar-debar...perasaan terus cemas...notification yang keluar di bahagian atas skrin handphone ni memang sangat menjadikan jantung berhenti seketika. Saya masa tu sedang menulis blog di phone...terus save ayat terakhir dan terus buka WhatsApp...bertubi-tubi dari beberapa WhatsApp groups yang copy dan forward ayat yang sama...saya terkedu sekejap...terdiam bila membaca tulisan yang tertera...perasaan pada saat itu tak tahu nak diterjemahkan...Allahu.

Ayat yang terpapar di skrin phone:


Allahuakbar...hanya menyebut nama Allah saja yang saya mampu...hati tiba2 rasa sangat sedih, sayu dan sebak. Dalam hati berbisik.."Allahuakbar...dia telah pergi menemui Pencipta setelah kritikal menahan derita hampir dua bulan di rumah. Usai kini deritanya"😥

Saya terdiam seketika...kemudiannya terus menghubungi seseorang melalui telefon...saya ingin bertanya keadaannya..saya risau keadaan dia..dia lama "menjaga dan menguruskan" arwah semasa arwah dalam perkhidmatan...dan dia kini "menjaga dan menguruskan" saya di ofis. Saya menelefon sekadar ingin memastikan she's okey. Kami berbual sekejap sahaja..suara dia kedengaran okey...perasaan cemas saya lega sedikit.

Saya kemudiannya terus text isteri arwah dan mengucapkan takziah dan mendoakan semoga isteri dan keluarga arwah terus diberikan Allah kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi kehilangan ini. Saya tahu memang sangat berat...memang sedih...sekian lama arwah menanggung sakit dan derita kerana sakitnya...dan akhirnya pihak hospital  juga surrender dan arwah dibawa dan dijaga dengan rawatan rapi di rumah...Allahu...

Malam tadi isteri arwah text saya di Whatsapp....kami bersembang di lewat mlm dengan di whatsapp. Isteri arwah seorang yang sangat positif...seorang yang sangat tabah dan cekal...jiwanya sangat kuat...salute saya kepada dia. Dalam bersembang itu, saya tahu hatinya sangat sedih dan hiba...saya hanya mampu memberikan semangat dan kekuatan kepadanya...kami janji akan jumpa nanti selepas MCO berakhir...nanti boleh sembang panjang...insyaAllah.

Saya menyebut kepada isteri arwah yang kami semua rasa sangat sedih kerana tidak dpt mengiringi perjalanan terakhir arwah ke destinasi abadi. Kami semua mendoakan dari jauh dan membacakan Yasin dari rumah masing-masing....Allahuakbar...yang pergi ke Masjid, juga tidak dibenarkan masuk oleh petugas masjid kerana mematuhi SOP masjid yang telah ditetapkan dalam masa MCO ini...kami faham...kami terima dengan redha...ada sorang dua yang ke kubur, namun hanya dibenarkan melihat dari jauh sahaja...

Banyak kenangan bekerja bersama arwah...insyaAllah segala Ilmu, bimbingan, perkongsian dan tunjuk ajar arwah semasa bersama akan kami pasakkan kemas dalam diri...sebagai kenangan abadi yang arwah tinggalkan buat kami juniornya....terima kasih "Boss" atas segalanya.

Salam takziah buat isteri arwah, Puan Zaini dan keluarga...semoga tabah dengan kehilangan arwah. Semoga roh arwah ditempatkan bersama orang2 yang beriman di sisi Allah.

Damailah di sana Tuan Haji Musa...
Tenanglah bersemadi bersama para solihin..semoga Allah merahmati dan mengampuni segala dosa tuan...
Kami akan terus mengingati tuan dalam doa kami..."selamat jalan"...

Sahabat,
Selamat jalan ke destinasi abadi
Buat selamanya
Duduklah di sisi Sang Pencipta
Hingga akhir masanya 
Tiba hari kebangkitan
Kami juga menyusul nanti
Kerana mati itu pasti
Allah Maha Mengetahui
Semoga pusaramu terus mewangi
Sepertimana mewanginya bunga kemboja


Al-Fatihah.

Salam Akhir,
RZH





Comments

Popular posts from this blog

Kenangan Zaman Permainan Kanak-kanak...

Dalam  hidup masing-masing, semua orang   mempunyai  kenangan  dan  momen  indah yang tersendiri semasa zaman kanak-kanak...ada yang menjadikan kenangan itu sebagai suatu nilai sentimental yang akan terpahat selamanya dalam lipatan kenangan. Saya juga tidak terkecuali. Kenangan permainan saya semasa kanak-kanak dulu memang terlalu istimewa dalam hidup saya...sentiasa segar dan mekar dalam bayangan fikiran sehinggakan terkadang menggamit rasa untuk kembali semula ke masa lampau...andai masa boleh diundur semula kan...saya ingin kembali mengulangi momen2 itu. Semasa zaman kanak2 saya memang sangat aktif bermain dan beraktiviti dengan kawan2...memang lasak betul la. Permainan kami geng kanak2 ni memang meriah betul ibarat satu pesta pula kemeriahannya. Zaman kanak2 dulu saya ni kiranya ketua geng la...haha..gengster pun ya juga (kira gengster baik la kalau dalam cerita hindustan dulu2..haha...sabar aje la) tukang plan itu ini dan confirmnya plan tu akan menjadi dgn me

Peranan Penyambut Tetamu Dalam Penganjuran Majlis Formal

    Penyambut tetamu ( usherette ) adalah orang yang memainkan peranan yang sangat penting dalam menyambut tetamu dan memastikan supaya tetamu dalam sesuatu majlis itu dapat diuruskan dengan baik dan lancar tanpa menimbulkan rasa tidak puas hati, rasa tersinggung dan rasa tidak selesa daripada tetamu yang dijemput. Sebelum pergi jauh lagi tentang peranan penyambut tetamu, mari kita sama-sama fahami dulu definisi 'Penyambut Tetamu'. Secara ringkasnya penyambut tetamu adalah orang yang dilantik dan diberikan tugas dan tanggungjawab untuk menyambut tetamu-tetamu yang dijemput dalam satu-satu majlis, menunjukkan arah dan mengiringi tetamu, serta memastikan keselesaan tetamu terjaga. Tugas menyambut tetamu ini kebiasaannya diletakkan di bawah satu Jawatankuasa yang terdiri daripada sebilangan peyambut tetamu yang mana jumlahnya bergantung kepada berapa ramai tetamu yang perlu diuruskan. Tetamu ini diklasifikasi kepada beberapa kategori, iaitu kategori kehormat dan

Peranan Pegawai Tadbir di Universiti Awam

Buat semua pembaca budiman,  Penulisan ini adalah sekadar pandangan dan pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman yang dilalui sebagai Pegawai Tadbir di Universiti Awam (UA). Walau bagaimanapun, ia mungkin berbeza mengikut pandangan masing-masing, juga mungkin berbeza mengikut governan UA masing-masing. Namun, sekurang-kurangnya penulisan ini dapat membantu untuk memberikan gambaran kepada pembaca dalam mengetahui secara umum mengenai peranan dan tanggungjawab seorang Pegawai Tadbir di UA. Pegawai Tadbir yang dibincangkan dalam penulisan ini adalah Pegawai Tadbir Universiti (PTU). PTU adalah Pegawai yang dikelaskan di bawah Skim Perkhidmatan Pengurusan dan Profesional (P&P). Gred jawatan bermula di Gred 41 dan ke atas. PTU adalah individu yang dilantik oleh pihak berkuasa Universiti untuk menguruskan pelbagai bentuk hal-ehwal pengurusan dan pentadbiran di Pusat Tanggungjawab (PTJ) di mana mereka ditempatkan. Daripada segi kelayakan akademik, PTU ini pe