Skip to main content

Butter Kek Moist dan Sedap...



Sudah sekian lama saya tidak menulis tentang resepi masakan di blog ini. Selalunya dok menulis tentang penulisan motivasi dan komunikasi juga kepimpinan, makanya tidak berkesempatan pula menulis tentang resepi2.

Di lewat malam ni saya ingin berkongsi tentang resepi Butter Cake. Saya memang peminat butter cake, tapi dah lama sangat tak membuatnya sehinggalah awal mlm tadi saya kembali membaking. Teringat nak makan butter cake sebenarnya setelah sekian lama tidak membuatnya. Masa pun kebetulan ada.

Tapi, sebelum masuk ke bab butter cake ni, izinkan saya macam biasa "membuat intro" menulis cerita2 nostalgia berkaitan dulu. 

Butter cake ni adalah kek yang paling sedap (pada saya la), paling original, paling mudah dan paling klasik untuk dibuat..tapi sebenarnya untuk mendapatkan rasanya yang betul2 gebu gebas, yg sangat moist dengan mengekalkan "tekstur beratnya" dan tidak berongga ringan MEMANG SANGAT SUSAH...

Buat butter cake ni perlukan skill nya dan bukan setakat tahu resepinya. Resepi memang banyak..tapi bagaimana kita membuatnya itu yang penting. Ini lah yang saya bermasalah sampai sekarang ni...saya buat tak pernah dpt mcm tu...kdg2 dpt tapi atas nasib2..hehe

Sejak dua tiga hari lepas, saya plan nak buat butter cake setelah sekian lama tak membuatnya...tak pasti lagi bagaimana jadinya...jadi tu tetap jadi, tapi selalunya dia jadi lembut yang mcm kek chiffon tu...saya tak mahu yang soft ringan berongga mcm gitu....saya nak yang moist dan teksturnya berat (dont know how to describe tekstur dia sebenarnya)..tapi memang gebu, lembab, dan berat.

Setakat ini butter cake paling sedap yang pernah saya makan adalah butter cake yang dibuat oleh mak mertua saya...memang sedap! Seriously sedap! Saya mengenal sedapnya butter cake itu masa mula2 makan kek hasil tangan mak mertua saya ni la...hampir 25 tahun lalu....the best butter cake ever!

Hokey jom kita tengok resepi butter cake ni.

Bahan2:
1. Tepung kek naik sendiri 2 cawan
2. Butter 1 buku (250gm)
3. Telur Gred A 4 biji (Pastikan telur fresh dan dalam suhu bilik)
4. Ovelette satu sudu besar
5. Gula halus 1 cawan
6. Susu cair 3/4 cawan blh ganti dgn susu tepung...tapi pada saya guna susu cair lebih sedap. Juga blh guna susu tepung dan susu lemak manis juga sedap.

Cara-cara:
1. Pukul butter dan gula hingga kembang dalam 10-15 minit. Jangan lama sangat.
3. Masuk telur satu persatu...setiap kali masuk satu telur, putar adunan dlm satu minit, sehinggalah selesai 4 biji telur dimasukkan.
3. Kemudian, masukkan esen vanila dan ovelette . Putar sekejap dlm seminit dua.
4. Masukkan tepung yang telah diayak. Masuk sedikit2 berselang seli dengan susu. Saya buat tiga kali masuk.
5. Kaup balik adunan sehingga sebati dlm tiga empat minit. Masukkan dalam loyang..hentak2 kecil dulu loyang dalam sekali dua sebelum masukkan ke dlm oven. Ini bagi tujuan memecahkan udara yg masih terperangkap dlm adunan.
6. Masukkan adunan dlm loyang pembakar dgn loyang disapu butter dan dialas terlebih dahulu. 
7. Bakar dgn suhu 160 C selama 45 minit. Bergantung kpd jenis oven masing2. 

Secara terus terang...butter cake dengan resepi ni sangat sedap..lebih kurangnya capailah tekstur yang saya nak...walaupun tidak hundred percent....baunya pun harum dan mmg baunya tu menggamit rasa untuk tak sabar menunggu ianya masak. Selamat mencuba buat semua..mmg berbaloi dan tidak menyesal...nikmat sebenar butter cake akan menakluki hati anda nanti!

Saya sertakan gambar2 masa membaking tadi. Nampak hangus sikit belah kiri tu sebab oven saya mcm tak sekata panasnya...






Salam hormat
RZH

Comments

Popular posts from this blog

Kenangan Zaman Permainan Kanak-kanak...

Dalam  hidup masing-masing, semua orang   mempunyai  kenangan  dan  momen  indah yang tersendiri semasa zaman kanak-kanak...ada yang menjadikan kenangan itu sebagai suatu nilai sentimental yang akan terpahat selamanya dalam lipatan kenangan. Saya juga tidak terkecuali. Kenangan permainan saya semasa kanak-kanak dulu memang terlalu istimewa dalam hidup saya...sentiasa segar dan mekar dalam bayangan fikiran sehinggakan terkadang menggamit rasa untuk kembali semula ke masa lampau...andai masa boleh diundur semula kan...saya ingin kembali mengulangi momen2 itu. Semasa zaman kanak2 saya memang sangat aktif bermain dan beraktiviti dengan kawan2...memang lasak betul la. Permainan kami geng kanak2 ni memang meriah betul ibarat satu pesta pula kemeriahannya. Zaman kanak2 dulu saya ni kiranya ketua geng la...haha..gengster pun ya juga (kira gengster baik la kalau dalam cerita hindustan dulu2..haha...sabar aje la) tukang plan itu ini dan confirmnya plan tu akan menjadi dgn me

Peranan Penyambut Tetamu Dalam Penganjuran Majlis Formal

    Penyambut tetamu ( usherette ) adalah orang yang memainkan peranan yang sangat penting dalam menyambut tetamu dan memastikan supaya tetamu dalam sesuatu majlis itu dapat diuruskan dengan baik dan lancar tanpa menimbulkan rasa tidak puas hati, rasa tersinggung dan rasa tidak selesa daripada tetamu yang dijemput. Sebelum pergi jauh lagi tentang peranan penyambut tetamu, mari kita sama-sama fahami dulu definisi 'Penyambut Tetamu'. Secara ringkasnya penyambut tetamu adalah orang yang dilantik dan diberikan tugas dan tanggungjawab untuk menyambut tetamu-tetamu yang dijemput dalam satu-satu majlis, menunjukkan arah dan mengiringi tetamu, serta memastikan keselesaan tetamu terjaga. Tugas menyambut tetamu ini kebiasaannya diletakkan di bawah satu Jawatankuasa yang terdiri daripada sebilangan peyambut tetamu yang mana jumlahnya bergantung kepada berapa ramai tetamu yang perlu diuruskan. Tetamu ini diklasifikasi kepada beberapa kategori, iaitu kategori kehormat dan

Peranan Pegawai Tadbir di Universiti Awam

Buat semua pembaca budiman,  Penulisan ini adalah sekadar pandangan dan pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman yang dilalui sebagai Pegawai Tadbir di Universiti Awam (UA). Walau bagaimanapun, ia mungkin berbeza mengikut pandangan masing-masing, juga mungkin berbeza mengikut governan UA masing-masing. Namun, sekurang-kurangnya penulisan ini dapat membantu untuk memberikan gambaran kepada pembaca dalam mengetahui secara umum mengenai peranan dan tanggungjawab seorang Pegawai Tadbir di UA. Pegawai Tadbir yang dibincangkan dalam penulisan ini adalah Pegawai Tadbir Universiti (PTU). PTU adalah Pegawai yang dikelaskan di bawah Skim Perkhidmatan Pengurusan dan Profesional (P&P). Gred jawatan bermula di Gred 41 dan ke atas. PTU adalah individu yang dilantik oleh pihak berkuasa Universiti untuk menguruskan pelbagai bentuk hal-ehwal pengurusan dan pentadbiran di Pusat Tanggungjawab (PTJ) di mana mereka ditempatkan. Daripada segi kelayakan akademik, PTU ini pe