Skip to main content

Hidup dalam Keseimbangan Dunia dan Akhirat...


Hampir dua minggu tidak menulis...last entry pada 6 Mac 2020...how time flies so fast...day by day left us...the new days will comes...

Hari ini kembali menjenguk ke blog dalam kesempatan masa yang Allah berikan. Kerajaan Malaysia mengumumkan Pelaksanaan Sekatan Pergerakan berkuatkuasa mulai 18 Mac hingga 31 Mac 2020 atas sebab wabak yang melanda - COVID 19. Semua agensi diarah tutup kecuali beberapa yang kritikal dan perlu dibuka. Justeru,semua diminta untuk berada di rumah...kerja-kerja ofis perlu dibuat dari rumah "Work From Home". Semoga Allah memelihara dan melindungi kita semua dari wabak ini dan mengampuni semua dosa-dosa kita...ameen.


Okey, kembali kepada tajuk penulisan pada kali ini, adakah kita semua sedar bahawa dunia kini makin hari makin pantas bergerak...makin laju beredar...dan kita pula bagaimana?

Sudap pasti perkara pertama kita tanya pada diri adalah soal keseimbangan dunia dan akhirat. Mengapa perlu seimbang...sudah pasti jawapannya kerana penamat hidup kita adalah di akhirat sana. Untuk menuju kehidupan di sana pasti perlu ada bekalan yang wajib di bawa.

Soal dunia pula...ya sudah pasti la perlu diberi perhatian kerana hidup kita ini perlu tempat tinggal, perlu makanan dan perlukan fasiliti tertentu untuk melengkapkan sebuah kehidupan yang menuntut pelbagai keperluan. Pun begitu perlu diingat bahawa apa jua aktiviti kita di dunia perlulah diniatkan kerana Allah. Mengapa? Kerana untuk hidup yang tenang, bahagia dan cukup segalanya...perlukan keberkatan dan rahmat daripada Allah, dan perlukan hidup dalam syariat Allah. Bila kita dapat keberkatan itu, makanya insyaAllah selamat hidup kita dunia dan akhirat.


Dari Anas RA, bahawasanya Rasulullah SAW telah bersabda "Bukanlah yang terbaik di antara kamu orang yang meninggalkan urusan dunia kerana mengejar urusan akhirat, dan bukan pula orang yang terbaik anatara kamu orang yang meninggalkan akhiratnya kerana mengejar urusan dunianya, sehingga ia memperoleh kedua-duanya, kerana dunia itu adalah perantara yang menyampaikan ke akhirat dan janganlah menjadi beban orang lain"


Secara peribadi pandangan saya, sebuah kehidupan yang seimbang perlu kita berikan perhatian kepada perkara-perkara penting untuk kita menjadi hamba Allah yang bahagia dunia dan akhirat...antaranya adalah:


1. Tidak meninggalkan solat. Solat di awal waktu. Kata Ustazah Asma Haron, pada setiap waktu solat itu, ada warna-warna tertentu yang Allah jadikan dan warna-warna ini mempunyai tenaganya yang berbeza untuk diserap oleh tubuh badan kita. Makanya rebutlah warna yang "masih pekat" di awal solat kerana warna ini semakin berkurangan apabila semakin berakhirnya waktu solat...dan sudah pasti warna yang semakin berkurangan ini memberikan analoginya bahawa tenaga yang ada pada warna itu juga semakin berkurangan.


2. Ikhlas & Istiqomah dalam Bersedekah.

Latih diri untuk menikmati dan "feel" nikmat bersedekah itu. Kalau kita tidak buat memang kita tak tahu...kena buat dulu, kena lalui dulu, baru kita tahu betapa nikmat bersedekah itu..dan percayalah Allah "bayar cash" ganjaran daripada bersedekah secara ikhlas itu. Bersedekah dalam konteks ikhlas ini adalah apabila "tangan kiri kita pun tak tahu bahawa tangan kanan kita bersedekah. Soal sedekah ini tidak perlu diberitahu orang, cukup diri kita yang tahu, orang yang paling dekat dengan kita pun tidak perlu tahu, iaitu pasangan kita. Biar lah hal bersedekah ini hanya diri kita dengan Allah sahaja.

3. Memiliki Hati Yang Baik

Memiliki hati yang baik adalah sesuatu yang memang semua orang inginkan. Membentuk hati yang baik bukan sekadar menyebut di bibir dan meniatkan di hati saja. Ia perlu datang dengan usaha dan amalan, juga bimbingan. Bimbing dan latih la diri kita untuk sentiasa berprasangka baik kepada orang lain, berfikiran positif selalu dan menghindari pemikiran negatif, sentiasa menghulurkan pertolongan dalam apa jua bentuk, tidak menyakiti dan melukakan hati orang lain, sentiasa memudahkan orang dan tidak menyulitkan, tidak pernah menunjukkan rasa bosan dan protes, tidak mengomel, tidak merungut, tidak marah-marah, tidak melenting, tidak sombong dan angkuh, tidak riak, menghormati orang dan sebagainya lagi berkaitan. Pendek kata, semua perbuatan dan pemikiran adalah yang baik-baik sahaja. Hati yang baik ini adalah salah satu kaedah dalam "menarik rezeki"...rezeki untuk kita disenangi oleh semua orang.

4. Sentiasa Membaca Al-Quran dan Berzikir

Latih diri untuk istiqomah dalam membaca Al-Quran pada setiap hari walaupun hanya satu mukasurat (sepipi). Ketahuilah, hati akan tenang bila kita membaca ayat-ayat suci Al-Quran...Al-Quran ini adalah mukjizat Allah yang dalamnya mengandungi 1001 macam ilmu. Dekatkan lah diri dengan Al-Quran, bacalah, fahamilah maknanya...begitu juga dalam berzikir, basahlah bibir kita dengan zikir pada setiap saat dan ketika. InsyaAllah kehidupan kita akan tenang dan bahagia.

5. Melaksanakan pekerjaan dengan Sebaiknya dan Niat Kerana Allah

Bertanggungjawab, berintegriti, komited, tekun, dan bersungguh-sungguh dalam melakukan apa jua pekerjaan. Dalam melaksanakannya tiada niat yang lain selain niat kerana ibadah dan niat kerana Allah. Hindari niat melakukan sesuatu kerana mengejar dan mendambakan penghargaan, pujian, dan balasan manusia kerana dambaan sebegini akan menjadikan kita tidak ikhlas dengan apa yang kita lakukan. Apabila tiadanya keikhlasan, makanya tiada pahala dalam pekerjaan yang kita lakukan dan hanya sia-sia di sisi Allah. Kita inginkan tempat di sisi Allah dan bukan di sisi manusia...justeru, sama-samalah kita membetulkan niat kita.

6. Sentiasa Bertaubat kepada Allah

Kita manusia sentiasa melakukan dosa tanpa sedar, sengaja dan tidak sengaja. Latih diri untuk melakukan sunat taubat selalu memohon semoga Allah mengampunkan segala dosa-dosa kita di masa lalu, masa sekarang dan memelihara kita di masa akan datang daripada mengulangi dosa-dosa lepas. Dosa-dosa yang tebal mengelilingi kita itu menjadikan rezeki Allah terhalang...tertangguh...dan tersekat...justeru "hilangkanlah" lapisan dosa itu untuk Allah terus memberikan rahmat dan kasih sayang kita untuk terus hidup dalam kebahagian dan dalam redha-Nya. Kita tidak tahu masa kita akan dijemput...sekurang-kurangnya kita sentiasa menginsafi diri dan mengingatkan diri bahawa saat itu akan tiba jua.

Sekadar perkongsian jua dalam kelapangan masa yang ada ini untuk berkarya. Semoga perkongsian ini bermanfaat buat diri saya sendiri dan pengunjung blog anggerikdesa. Dalam kita berusaha untuk menambahbaik dan memperbaiki diri ini, semoga Allah terus memberikan kekuatan dan semangat untuk terus kekal ISTIQOMAH.


Salam Hormat

RZH
18 Mac 2020

Comments

Popular posts from this blog

Kenangan Zaman Permainan Kanak-kanak...

Dalam  hidup masing-masing, semua orang   mempunyai  kenangan  dan  momen  indah yang tersendiri semasa zaman kanak-kanak...ada yang menjadikan kenangan itu sebagai suatu nilai sentimental yang akan terpahat selamanya dalam lipatan kenangan. Saya juga tidak terkecuali. Kenangan permainan saya semasa kanak-kanak dulu memang terlalu istimewa dalam hidup saya...sentiasa segar dan mekar dalam bayangan fikiran sehinggakan terkadang menggamit rasa untuk kembali semula ke masa lampau...andai masa boleh diundur semula kan...saya ingin kembali mengulangi momen2 itu. Semasa zaman kanak2 saya memang sangat aktif bermain dan beraktiviti dengan kawan2...memang lasak betul la. Permainan kami geng kanak2 ni memang meriah betul ibarat satu pesta pula kemeriahannya. Zaman kanak2 dulu saya ni kiranya ketua geng la...haha..gengster pun ya juga (kira gengster baik la kalau dalam cerita hindustan dulu2..haha...sabar aje la) tukang plan itu ini dan confirmnya plan tu akan menjadi dgn me

Peranan Penyambut Tetamu Dalam Penganjuran Majlis Formal

    Penyambut tetamu ( usherette ) adalah orang yang memainkan peranan yang sangat penting dalam menyambut tetamu dan memastikan supaya tetamu dalam sesuatu majlis itu dapat diuruskan dengan baik dan lancar tanpa menimbulkan rasa tidak puas hati, rasa tersinggung dan rasa tidak selesa daripada tetamu yang dijemput. Sebelum pergi jauh lagi tentang peranan penyambut tetamu, mari kita sama-sama fahami dulu definisi 'Penyambut Tetamu'. Secara ringkasnya penyambut tetamu adalah orang yang dilantik dan diberikan tugas dan tanggungjawab untuk menyambut tetamu-tetamu yang dijemput dalam satu-satu majlis, menunjukkan arah dan mengiringi tetamu, serta memastikan keselesaan tetamu terjaga. Tugas menyambut tetamu ini kebiasaannya diletakkan di bawah satu Jawatankuasa yang terdiri daripada sebilangan peyambut tetamu yang mana jumlahnya bergantung kepada berapa ramai tetamu yang perlu diuruskan. Tetamu ini diklasifikasi kepada beberapa kategori, iaitu kategori kehormat dan

Peranan Pegawai Tadbir di Universiti Awam

Buat semua pembaca budiman,  Penulisan ini adalah sekadar pandangan dan pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman yang dilalui sebagai Pegawai Tadbir di Universiti Awam (UA). Walau bagaimanapun, ia mungkin berbeza mengikut pandangan masing-masing, juga mungkin berbeza mengikut governan UA masing-masing. Namun, sekurang-kurangnya penulisan ini dapat membantu untuk memberikan gambaran kepada pembaca dalam mengetahui secara umum mengenai peranan dan tanggungjawab seorang Pegawai Tadbir di UA. Pegawai Tadbir yang dibincangkan dalam penulisan ini adalah Pegawai Tadbir Universiti (PTU). PTU adalah Pegawai yang dikelaskan di bawah Skim Perkhidmatan Pengurusan dan Profesional (P&P). Gred jawatan bermula di Gred 41 dan ke atas. PTU adalah individu yang dilantik oleh pihak berkuasa Universiti untuk menguruskan pelbagai bentuk hal-ehwal pengurusan dan pentadbiran di Pusat Tanggungjawab (PTJ) di mana mereka ditempatkan. Daripada segi kelayakan akademik, PTU ini pe