Skip to main content

Laksa Kelantan Sedap Sengoti...


Saat-saat dalam pelaksanaan kawalan pergerakan akibat COVID-19 ni, hari ni sudah masuk hari ketujuh "berkurung" di rumah...Allahuakbar...macam-macam rasa menjengah dalam diri...semoga cepat Allah angkat wabak ini Ya Allah...sesungguhnya kami sudah tiada daya dan upaya lagi melain dengan pertolongan-Mu ya Allah ya Barik...berilah kami pertolongan-Mu

Teringat kampung halaman, bagaimana agaknya semuanya di sana...semoga dalam perlindungan Allah jua...ameen.

Hari ni selera untuk makan nasi agak kurang sedikit...rasa agak "sebu" perut ore kelate kata...dah lama sebenarnya teringat nak makan laksa lemak atau laksa kuah putih kelate...tengok keperluan bahan2 macam cukup...laksa ada dua paket dlm kabinet dapur. Laksa ni sebenarnya dari pemberian sahabat..dah agak lama, cuma saya tidak berkesempatan untuk membuatnya..satu paket dari seorang sahabat lain dan satu paket lagi dari sahabat yang lain.

Justerunya...dalam hati berbisik macam on aje ni untuk buat laksa kelate...ya memang on akhirnya...

Jom kita tengok bahan2nya:
1. Laksa dalam paket-laksa beras (saya guna jenis halus)
2. Santan setengah kg.
3. Ikan selayang/kembung/ 5 ekor (guna ikan yg mudah dpt di kedai)
4. Santan kotak 1
5. Bawang merah tujuh lapan ulas
6. Bawang putih sikit saja...ulas kecil saja.
7. Halia sikit saja..lebih kurang satu ruas hujung kelingking.
8. Satu sudu lada hitam
9. Serai satu btg.
10. Sedikit belacan

Ulam-ulaman
Ulam-ulaman ni terpulang pada masing2 ya...nak bubuh semua pun blh tak bubuh semua pun tak apa..tapi yang wajib ada daun kesum, dan timun batang...cuma pada saya lebih sedap kalau ada taugeh, kacang panjang, dan bunga kantan. Ulam ni bersihkan dan potong2 ya. Taugeh jgn pula dipotong..hehe.

Cara2:
1. Bersihkan ikan. Rebus letak garam dan asam keping spt biasa. Saya suka letak gula sikit. Rasa ikan tu lebih sedap nanti. Bila dah masak..dlm tak sampai 10 minit anggarannya...perisi kan ikan tu drpd tulangnya. Tulang ketepikan. Kalau buat unk jumlah byk dan guna ikan byk..tulang ikan tu boleh di blend berasingan dan tapis..ambil airnya. Tapi oleh kerana saya buat sikit saja, makanya tulang tu saya ketepikan dan buang terus.

2. Bawang merah (sedapnya kalau dibakar dulu), bawang putih, halia, secubit belacan juga ikan dikisar halus. Masa kisar guna santan terus ya. Kisar biar betul2 halus...blender saya ulang tekan dalam 10 kali..biar kisaran betul2 halus.

3. Bahan yang dikisar tadi masuk ke dlm periuk...masukkan baki santan dan santan kotak. Juga masukkan dua keping asam keping dan tumbuk berasingan satu sudu lada hitam..tumbuk lumat dan masuk dalam bahan kisaran ni. Masukkan serai dan masukkan bunga kantan satu (tak perlu pun tak apa).

4. Biarkan sekali menggelegak saja...sebelum tu masuk gula dan garam. Slps menggelegak jgn biar lama atas api sebab nanti kuah jadi tak sedap kalau kuah dah pecah minyak orang kelate kata. Selepas tutup api, kuah tetap kena kacau sekejap juga dulu...risau takut nanti berketul. Kalau nampak tak berketul makanya okey. Tapi sebenarnya kuah ni kalau dah dikacau tanpa berhenti dari awal lagi..mmg ia tak akan berketul.

Nota:
1. Perlu kacau kuah laksa ni sepanjang masa, jgn terleka dan jangan stop...sebab nanti kuah akan jadi berketul dan tak cantik juga potong mood untuk makan nanti. Hehe. Kalau berketul memang org yg membuatnya dikatakan tak pandai masak kuah laksa nanti.

2. Sifirnya kalau nak buat kuah..1 kg santan perlukan 1 kg ikan juga.

Laksa:
Oleh kerana saya guna laksa kering..makanya kena rendam dulu. Bila dah lembut baru rebus. Didihkan air dulu...kemudian masukkan laksa...tgok keadaan laksa..jgn bagi lembut sgt karang hancur nanti..agak2..mungkin dlm sepuluh minit slps dimasukkan dalam air mendidih tadi. Kalau di kelate mudah untuk dapatkan laksa beras yg dah siap tu..di pasar banyak jual..tapi kat tempat saya di luar kelate ni tak ada laksa ni.

Laksa kuah putih ni sedap dimakan pada bila-bila masa saja...nikmat rasanya hanya kita sendiri yang menikmatinya tahu...nak-nak memang peminat laksa putih la..hehe. Sebelum ni jarang saya buat laksa kuih putih ni...rasa macam sekali dua saja...kalau laksa penang tu memang selalu buat...kali ni menjadi plan untuk membuatnya...alhamdulillah. Makanya, siaplah laksa kelate kita...apa jenis masakan andai kita buat dgn jiwa...mulakan dengan Bismillah dan cooking with heart..insyaAllah masakan kita semuanya sedap dan menepati citarasa!

Selamat mencuba buat semua.

Saya sertakan gambar-gambar laksa kelate yang dibuat semalam:






Cara ore kelate hidang laksa:
Cili diletak sekali dengan garam dan belacan. Cili ni tumbuk kosong saja.
Tapi saya campur secubit garam untuk tahan lama kan sikit cili ni. 














Comments

Popular posts from this blog

Kenangan Zaman Permainan Kanak-kanak...

Dalam  hidup masing-masing, semua orang   mempunyai  kenangan  dan  momen  indah yang tersendiri semasa zaman kanak-kanak...ada yang menjadikan kenangan itu sebagai suatu nilai sentimental yang akan terpahat selamanya dalam lipatan kenangan. Saya juga tidak terkecuali. Kenangan permainan saya semasa kanak-kanak dulu memang terlalu istimewa dalam hidup saya...sentiasa segar dan mekar dalam bayangan fikiran sehinggakan terkadang menggamit rasa untuk kembali semula ke masa lampau...andai masa boleh diundur semula kan...saya ingin kembali mengulangi momen2 itu. Semasa zaman kanak2 saya memang sangat aktif bermain dan beraktiviti dengan kawan2...memang lasak betul la. Permainan kami geng kanak2 ni memang meriah betul ibarat satu pesta pula kemeriahannya. Zaman kanak2 dulu saya ni kiranya ketua geng la...haha..gengster pun ya juga (kira gengster baik la kalau dalam cerita hindustan dulu2..haha...sabar aje la) tukang plan itu ini dan confirmnya plan tu akan menjadi dgn me

Peranan Penyambut Tetamu Dalam Penganjuran Majlis Formal

    Penyambut tetamu ( usherette ) adalah orang yang memainkan peranan yang sangat penting dalam menyambut tetamu dan memastikan supaya tetamu dalam sesuatu majlis itu dapat diuruskan dengan baik dan lancar tanpa menimbulkan rasa tidak puas hati, rasa tersinggung dan rasa tidak selesa daripada tetamu yang dijemput. Sebelum pergi jauh lagi tentang peranan penyambut tetamu, mari kita sama-sama fahami dulu definisi 'Penyambut Tetamu'. Secara ringkasnya penyambut tetamu adalah orang yang dilantik dan diberikan tugas dan tanggungjawab untuk menyambut tetamu-tetamu yang dijemput dalam satu-satu majlis, menunjukkan arah dan mengiringi tetamu, serta memastikan keselesaan tetamu terjaga. Tugas menyambut tetamu ini kebiasaannya diletakkan di bawah satu Jawatankuasa yang terdiri daripada sebilangan peyambut tetamu yang mana jumlahnya bergantung kepada berapa ramai tetamu yang perlu diuruskan. Tetamu ini diklasifikasi kepada beberapa kategori, iaitu kategori kehormat dan

Peranan Pegawai Tadbir di Universiti Awam

Buat semua pembaca budiman,  Penulisan ini adalah sekadar pandangan dan pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman yang dilalui sebagai Pegawai Tadbir di Universiti Awam (UA). Walau bagaimanapun, ia mungkin berbeza mengikut pandangan masing-masing, juga mungkin berbeza mengikut governan UA masing-masing. Namun, sekurang-kurangnya penulisan ini dapat membantu untuk memberikan gambaran kepada pembaca dalam mengetahui secara umum mengenai peranan dan tanggungjawab seorang Pegawai Tadbir di UA. Pegawai Tadbir yang dibincangkan dalam penulisan ini adalah Pegawai Tadbir Universiti (PTU). PTU adalah Pegawai yang dikelaskan di bawah Skim Perkhidmatan Pengurusan dan Profesional (P&P). Gred jawatan bermula di Gred 41 dan ke atas. PTU adalah individu yang dilantik oleh pihak berkuasa Universiti untuk menguruskan pelbagai bentuk hal-ehwal pengurusan dan pentadbiran di Pusat Tanggungjawab (PTJ) di mana mereka ditempatkan. Daripada segi kelayakan akademik, PTU ini pe