Skip to main content

Konsep Redha Dalam Kehidupan...


Hari ni adalah hari kedua pelaksanaan Perintah Sekatan Pergerakan...telah dua hari berada di rumah.."work from home". Penat seminggu ini sebenarnya masih belum habis dan reda lagi, kerana itu dah beberapa hari juga tidak menulis. Pagi tadi mencuri sedikit masa menulis juga dan malam ni setelah semuanya dibereskan, kembali menjenguk ke blog. 

Niatnya ingin menulis berkaitan dengan konsep REDHA dalam kehidupan. Mengapa berminat nak berkongsi tentang konsep REDHA ini...kerana lewat petang tadi sesambil berehat, saya membuka youtube dan terpandang satu perkongsian ilmu daripada Ustazah Asma' Harun. Indah betul kata-katanya...tersusun dan lemah lembut sekali tutur kata beliau dalam menyampaikan dakwah dan ucapannya. Saya mendengar sehingga habis...tidak lamapun sebenarnya...dalam 15 minit sahaja. Walaupun sekejap cuma, namun cukup bermakna untuk kita cerap dan praktikkan dalam kehidupan kita.

Redha adalah apabila kita boleh menerima sesuatu yang berlaku itu dengan rasa tenang tanpa ada rasa kecewa dan tertekan dengan apa yang diberikan oleh Allah kepada kita. Malah kita semakin tawaduk dan semakin mendekatkan diri dengan Allah atas apa jua ujian yang kita terima.

Kita harus memahami hakikat bahawa setiap kehidupan itu perlu menempuh pelbagai laluan...suka, duka, derita, bahagia itu adalah asam garam untuk mematangkan dan menambahbaik diri kita dalam kehidupan. Apa jua yang berlaku dalam hidup kita ada sebab dan musababnya. Jangan ditakwil ketentuan dan takdir Allah kepada kita..pegang prinsip bahawa atas apa jua yang Allah datangkan kepada kita pasti ada hikmahnya. Allah tidak mungkin melakukan sesuatu tanpa sebab.

"Some people come in your life as blessings, others come in your life as lessons"

Pepatah ini cukup untuk menyatakan kepada kita bahawa setiap orang yang Allah kaitkan dan hadirkan kepada kita pasti ada tujuannya. Semuanya adalah untuk kebaikan kepada diri kita. Allah tidak akan mungkin melakukan sesuatu yang tidak baik kepada hambanya melainkan apa jua yang didatangkan sebagai ujian itu adalah untuk menyedarkan kita dan kita akan kembali kepada-Nya.

Kata Ustazah Asma, juga Ustaz Nasrullah dalam kuliahnya...setiap apa halangan dan ujian yang Allah berikan kepada kita, di sebaliknya Allah sebenarnya sedang membungkus "hadiah" buat kita. Justeru, bersabarlah dengan ujian, Redha lah dengan ujian dan bersyukurlah dengan ujian yang hadir. Semakin cepat kita redha dan bersyukur, makanya semakin cepatlah kita bungkusan hadiah itu akan sampai kepada kita untuk kita membukanya.

Namun, andai kita tidak redha, sebaliknya merungut dengan apa yang berlaku, maka bungkusan hadiah itu ditangguhkan untuk sampai kepada kita. Kita sebenarnya dalam kerugian.
Justeru, sama-samalah kita mengubah diri dan mempraktikkan kehidupan yang lebih positif dengan sentiasa bersyukur dengan apa jua perkara yang Allah datangkan kepada kita. Pelihara lah lidah, hati dan perbuatan agar kita sentiasa melakukan dan memikirkan "hanya yang baik-baik saja".

InsyaAllah dengan memikirkan dan melakukan yang baik-baik sahaja...makanya yang datang kepada kita juga adalah yang baik-baik jua. Percaya dan yakinlah kepada kekuasaan dan kebesaran Allah.

Salam Hormat,
RZH



Comments

Popular posts from this blog

Peranan Penyambut Tetamu Dalam Penganjuran Majlis Formal

    Penyambut tetamu ( usherette ) adalah orang yang memainkan peranan yang sangat penting dalam menyambut tetamu dan memastikan supaya tetamu dalam sesuatu majlis itu dapat diuruskan dengan baik dan lancar tanpa menimbulkan rasa tidak puas hati, rasa tersinggung dan rasa tidak selesa daripada tetamu yang dijemput. Sebelum pergi jauh lagi tentang peranan penyambut tetamu, mari kita sama-sama fahami dulu definisi 'Penyambut Tetamu'. Secara ringkasnya penyambut tetamu adalah orang yang dilantik dan diberikan tugas dan tanggungjawab untuk menyambut tetamu-tetamu yang dijemput dalam satu-satu majlis, menunjukkan arah dan mengiringi tetamu, serta memastikan keselesaan tetamu terjaga. Tugas menyambut tetamu ini kebiasaannya diletakkan di bawah satu Jawatankuasa yang terdiri daripada sebilangan peyambut tetamu yang mana jumlahnya bergantung kepada berapa ramai tetamu yang perlu diuruskan. Tetamu ini diklasifikasi kepada beberapa kategori, iaitu kategori kehormat dan...

Cara Goreng Ikan Masin Supaya lebih sedap...

Hokey...petang ni saya nak bercerita pasal menu 'berhantu' ini. Saya sebut sebagai 'berhantu' sebab menu ni mesti sentiasa akan 'mengusik' keinginan untuk makan lebih...menu ni memang akan membuka selera yang tertutup...menggoda untuk makan bertambah dan berulang-ulang...kejap nak makan kejap nak makan...aduhai itu la dia ikan masin goreng...atau ore kelate panggil ike kering goreng. Ikan masin ni salah satu daripada lauk kegemaran saya..hehehe saya suka tahap dewa..atau tahap ore kelate royak 'panggil tak dengar' ikan masin ni..tapi mesti kena dengan gaya masaknya..saya tak suka ikan masin tu masin sangat...saya suka rasa dia lemak-lemak masin sikit2 dan isinya lembut2 gebu gebas sikit....macam ikan ala jeruk tu sikit.. Untuk ikan masin ni sedap selepas digoreng, mesti ada cara masaknya yang tersendiri...dan saya pasti setiap orang ada gaya tersendiri menggoreng ikan masin, ada yang suka digoreng begitu saja, ada yang suka digoreng dengan dipoton...

Peranan Pegawai Tadbir di Universiti Awam

Buat semua pembaca budiman,  Penulisan ini adalah sekadar pandangan dan pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman yang dilalui sebagai Pegawai Tadbir di Universiti Awam (UA). Walau bagaimanapun, ia mungkin berbeza mengikut pandangan masing-masing, juga mungkin berbeza mengikut governan UA masing-masing. Namun, sekurang-kurangnya penulisan ini dapat membantu untuk memberikan gambaran kepada pembaca dalam mengetahui secara umum mengenai peranan dan tanggungjawab seorang Pegawai Tadbir di UA. Pegawai Tadbir yang dibincangkan dalam penulisan ini adalah Pegawai Tadbir Universiti (PTU). PTU adalah Pegawai yang dikelaskan di bawah Skim Perkhidmatan Pengurusan dan Profesional (P&P). Gred jawatan bermula di Gred 41 dan ke atas. PTU adalah individu yang dilantik oleh pihak berkuasa Universiti untuk menguruskan pelbagai bentuk hal-ehwal pengurusan dan pentadbiran di Pusat Tanggungjawab (PTJ) di mana mereka ditempatkan. Daripada segi kelayakan akademik, PTU in...