Skip to main content

Onde-Onde Kelate

Selepas maghrib semalam buat onde-onde ini. Sebelum ni dah tengok di kabinet ada tepung pulut dan tepung beras yang belum terusik. Petang tu Tinggal cari kelapa parut saja. Minta orang kedai jangan mesin sanpai ke kulitnya yang warna coklat tu...untuk buat kuih terutamanya kuih onde-onde ni memang kelapanya kena putih.

"onde-onde" ni panggilan ore kelate. Kalu orang luar gak panggil "Buah Melaka". Sangat simple untuk buat kuih ni..bahan2 semua ada di dapur kita, debu beras pulut (cara ore kelate sebut deh)...jange kata "debu" pasir tu pulak...hehe..oram luai panggil "tepung beras pulut"hehe, kemudiannya "nise" dan kelapa parut, juga daun pandan..

Cuma onde-onde resepi saya, saya suka campur dgn dua sudu gandum dan dua sudu "debu jemoh" (tepung beras)...kalau saya guna satu peket tepung pulut tu.....bila campur tekstur dia nanti, walaupun dah lama tetap kekal lembut... Kalau ikut citarasa saya, onde-onde lebih sedap sikit kalau kita campur gandum dan debu jemoh tu😀 jange campur byk, sikit jah, wak ubat jah ore kata😅

Jom kita tengok bahan2 dan cara membuatnya.

Bahan-bahan:
1. Satu paket tepung pulut
2. 6 helai daun pandan
3. Dua keret nise (gula melaka)
4. 6 helai daun pandan
5. Kelapa parut sebiji
6. Setengah sudu teh garam
7. Air untuk dididihkan

Cara-cara:
1. Masukkan air dalam periuk dan didihkan atas api sederhana. Masukkan sehelai daun pandan yang dicarik dan disimpul.
2. Blend daun pandan hingga hancur dan tapis ambil air nya. Campurkan sedikit pewarna hijau dlm air pandan tadi bagi menambahkan sedikit warna hijau pandan.
3. Masukkan tepung pulut dan dua sudu gandum dan dua sudu tepung beras juga air pandan. Sebatikan adunan ini.
4. Potong segi empat kecil nise.
5. Cubitkan sedikit tepung sebesar ibu jari, masukkan nise di tengah2nya dan bulatkan. Make sure nise tertutup elok dan tidak terkeluar sbb nanti gula melaka tu akan meleleh keluar dan kena pada kelapa yang putih tu...kuih jadi tak cantik.
6. Onde-onde yang dibulatkan tadi terus dimasukkan dalam air mendidih. Bila onde2 ni timbul di permukaan, biarkan seketika sebelum diangkat menggunakan penapis teh dan terus digolekkan dgn kelapa yang telah digaul garam tadi.
7. Lakukan proses pada perkara 6 ini sehinggalah semua adunan habis.
8. Bila dan siap bolehlah dihidangkan untuk seisi keluarga.

Selamat mencuba!



Nise yang dipotong segiempat kecil

Tepung pulut yang telah diadun dengan air pandan dan sedikit gandum
dan tepung beras.

Kelapa parut yang telah digaul garam

Onde-onde yang diangkat dari periuk  terus digolekkan dalam
 pinggan kelapa parut 
Salam hormat,
RZH


Comments

Popular posts from this blog

Kenangan Zaman Permainan Kanak-kanak...

Dalam  hidup masing-masing, semua orang   mempunyai  kenangan  dan  momen  indah yang tersendiri semasa zaman kanak-kanak...ada yang menjadikan kenangan itu sebagai suatu nilai sentimental yang akan terpahat selamanya dalam lipatan kenangan. Saya juga tidak terkecuali. Kenangan permainan saya semasa kanak-kanak dulu memang terlalu istimewa dalam hidup saya...sentiasa segar dan mekar dalam bayangan fikiran sehinggakan terkadang menggamit rasa untuk kembali semula ke masa lampau...andai masa boleh diundur semula kan...saya ingin kembali mengulangi momen2 itu. Semasa zaman kanak2 saya memang sangat aktif bermain dan beraktiviti dengan kawan2...memang lasak betul la. Permainan kami geng kanak2 ni memang meriah betul ibarat satu pesta pula kemeriahannya. Zaman kanak2 dulu saya ni kiranya ketua geng la...haha..gengster pun ya juga (kira gengster baik la kalau dalam cerita hindustan dulu2..haha...sabar aje la) tukang plan itu ini dan confirmnya plan tu akan menjadi dgn me

Peranan Penyambut Tetamu Dalam Penganjuran Majlis Formal

    Penyambut tetamu ( usherette ) adalah orang yang memainkan peranan yang sangat penting dalam menyambut tetamu dan memastikan supaya tetamu dalam sesuatu majlis itu dapat diuruskan dengan baik dan lancar tanpa menimbulkan rasa tidak puas hati, rasa tersinggung dan rasa tidak selesa daripada tetamu yang dijemput. Sebelum pergi jauh lagi tentang peranan penyambut tetamu, mari kita sama-sama fahami dulu definisi 'Penyambut Tetamu'. Secara ringkasnya penyambut tetamu adalah orang yang dilantik dan diberikan tugas dan tanggungjawab untuk menyambut tetamu-tetamu yang dijemput dalam satu-satu majlis, menunjukkan arah dan mengiringi tetamu, serta memastikan keselesaan tetamu terjaga. Tugas menyambut tetamu ini kebiasaannya diletakkan di bawah satu Jawatankuasa yang terdiri daripada sebilangan peyambut tetamu yang mana jumlahnya bergantung kepada berapa ramai tetamu yang perlu diuruskan. Tetamu ini diklasifikasi kepada beberapa kategori, iaitu kategori kehormat dan

Peranan Pegawai Tadbir di Universiti Awam

Buat semua pembaca budiman,  Penulisan ini adalah sekadar pandangan dan pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman yang dilalui sebagai Pegawai Tadbir di Universiti Awam (UA). Walau bagaimanapun, ia mungkin berbeza mengikut pandangan masing-masing, juga mungkin berbeza mengikut governan UA masing-masing. Namun, sekurang-kurangnya penulisan ini dapat membantu untuk memberikan gambaran kepada pembaca dalam mengetahui secara umum mengenai peranan dan tanggungjawab seorang Pegawai Tadbir di UA. Pegawai Tadbir yang dibincangkan dalam penulisan ini adalah Pegawai Tadbir Universiti (PTU). PTU adalah Pegawai yang dikelaskan di bawah Skim Perkhidmatan Pengurusan dan Profesional (P&P). Gred jawatan bermula di Gred 41 dan ke atas. PTU adalah individu yang dilantik oleh pihak berkuasa Universiti untuk menguruskan pelbagai bentuk hal-ehwal pengurusan dan pentadbiran di Pusat Tanggungjawab (PTJ) di mana mereka ditempatkan. Daripada segi kelayakan akademik, PTU ini pe