Skip to main content

Usah Biarkan Gangguan Emosi Menakluki Diri Kita...


Kadang-kadang hati dan jiwa kita disinggah rasa sedih...emosi kita akan terganggu...rasa ini wajib akan silih berganti singgah dalam hidup kita selagi kita hidup sebagai manusia yang waras yang mempunyai hati dan perasaan...bagaimana agaknya kita nak melawan rasa yang hadir ini.

Kita perlu tahu, rasa sedih, kecewa dan derita adalah rasa yang akan memberi kesan kepada biologi tubuh badan kita...kalau dalam tempoh lama dibiarkan berada dalam hati dan jiwa kita, sehingga rasa ini menakluki seluruh jiwa dan raga kita, maka tubuh badan kita akan menanggung akibatnya..memang pasti akan memberi kesan kepada kesihatan kita. Justeru, elakkan diri kita daripada melayan rasa kelukaan dan kekecewaan yang berpanjangan...


Secara umumnya, rasa sedih, trauma masa lalu, kekecewaan, kelukaan, rasa stres dan sebagainya lagi berkaitan akan memberikan kesan kepada emosi kita. Bila emosi kita "tidak sihat" sudah pasti ia memberi kesan kepada sistem dalaman badan kita, dan andai dibiarkan dalam tempoh yang panjang pasti kesan ini akan melemahkan sistem badan kita..itu secara logiknya. Bila sistem badan kita atau imunisasi badan kita lemah, memang akan mengundang pelbagai masalah kesihatan.


kita perlu tahu bahawa sistem biologi badan kita mempunyai struktur yang tertentu disebut sebagai anatomi tubuh manusia. Anatomi tubuh manusia tersusun atas sel, jaringan, organ, dan sistem organ. Sistem organ merupakan bagian yang menyusun tubuh manusia. Sistem ini terdiri atas berbagai jenis organ yang memiliki struktur dan fungsi yang khusus. Sistem organ memiliki dtruktur dan fungsi yang khas. Masing-masing sistem organ saling bergantung atara satu sama lain, baik secara langsung mahupun tidak langsung (rujukan Google).


Seandainya kita menghayati sebaiknya kesan emosi, keresahan, kebimbangan, kegelisahan dan tekanan terhadap biologi tubuh kita sudah pasti kita tak akan membiarkan perasaan sebegitu hadir dalam diri kita...Justeru, belajar lah untuk set minda kita untuk hepi dan bahagia saja, dan cari jalan bagaimana bahagia itu boleh dicapai. Banyak jalan untuk mencapai kebahagiaan dan ketenangan dalam hidup, antaranya adalah:


1. Belajar untuk tolak tepi dan tidak letak di hati benda2 kecil dan remeh-temeh. Biarkan saja begitu, dan tidak perlu berkira sangat. Kadang-kadang agak susah sebab kita telah terbiasa memberi keutamaan terhadap benda2 remeh temeh sedangkan benda2 remeh temeh ini tiada impak pun dalam sesuatu perkara itu..hanya sekadar "aksesori pelengkap" saja...beri lah perhatian kita pada perkara dasar dan lebih utama...benda2 aksesori ni, kalau ada tu bonus, kalau tiadapun tidak mencacatkan apa2 pun.


2. Kurangkan merungut, menyalahkan, membebel, dan mengomel...sebaliknya banyakkan beristigfar seandainya berhadapan dengan sesuatu yang "menyesakkan dada". Anggap lah segala yang berlaku itu tidak disengajakan dan  masih mempunyai ruang untuk penambahbaikan. Tidak ada manusiapun yang sempurna, malah kita sendiripun tidak sempurna..sering alpa dan sering silap, begitu juga la orang lain. Atas apa jua perkara beri peluang dan ruang untuk lebih mendengar dan lebih memahami.


3. Elakkan persengketaan. Lebihkan banyak bersabar, menelan dan mendoakan agar sesuatu perkara itu berjalan dengan lancar dan harmoni. Kuasa doa itu sangat besar. Kebergantungan kepada Allah dalam apa jua perkara memang perlu jitu dan padu. Yakinlah bahawa tiada lagi pertolongan lain melainkan pertolongan Allah...andai kita diperlakukan dengan cara yang tidak baik, tidak adil, dan sebagainya lagi...tidak perlu kita membalas dengan perkara yang sama..sebaliknya belajar untuk memaafkan...panjatkan doa agar Allah permudahkan segalanya..dan selebihnya serah pada Dia yang Maha Berkuasa.


4. Belajar membuang ego dalam diri. Tidak kalah pun kita andai kita tidak menjunjung ego. Fokus utama adalah keharmonian dalam melaksanakan sesuatu perkara. Belajar menghormati dan menghargai pandangan orang lain. Belajar untuk tidak merasakan hanya kita yang paling tahu, paling hebat dan paling segalanya...biar Allah dan orang lain yang menilai kehebatan kita tanpa perlu kita berlebih-lebihan menyerlahkannya hanya kerana sebuah keegoan dan ingin mendapat nama.


5. Belajar untuk mengutamakan dan memuliakan orang di sekeliling kita. Beri perhatian dan anggap mereka utama...anggap mereka juga penting.


6. Pelihara hubungan dengan baik. Penuh kasih sayang dan keikhlasan juga kejujuran. Zahirkan kejujuran dan keikhlasan itu melalui riak wajah dan perbuatan kita


7. Elakkan syak wasangka dan prasangka. Jauhkan sama sekali. Jangan kita terlalu mengikut "rekaan teori pemikiran kita" tentang sesuatu perkara kerana ianya belum tentu benar. Sebaliknya kita mungkin terjerumus dalam hasutan syaitan yang sememangnya sentiasa berusaha untuk memecahbelahkan dan menghancurkan.


8. Banyakkan zikir, istigfar, selawat dan solat di awal waktu.


Sama-sama kita praktikkan amalan ini...amalan ini adalah antara amalan yang boleh mengelakkan atau mengurangkan gangguan emosi yang melibatkan rasa sedih, kecewa, terluka, dan sebagainya lagi. kalau rasa berat...cuba dulu untuk sebulan. Pasti ada keajaiban dalam kehidupan kita. Allah pasti memberikan ruang dan sinarnya memudahkan "hijrah" kita ke arah kebaikan. 


Sesungguhnya keharmonian dan ketenangan dalam hidup adalah asas kebahagian yang sebenar. Bila hati kita bahagia, tiada rasa gundah gulana, resah dan gelisah menghimpit diri, sudah pasti semangat kita terus kekal dan daya juang juga akan tinggi untuk menghadapi cabaran yang sungguh hebat di dunia akhir zaman ini.


Semoga kita semua terus istiqomah...terus diberikan Allah hati yang bersih dan jiwa yang suci dalam meneruskan kehidupan yang masih berbaki ini. Ameen.


Salam Hormat

RZH




Comments

Popular posts from this blog

Kenangan Zaman Permainan Kanak-kanak...

Dalam  hidup masing-masing, semua orang   mempunyai  kenangan  dan  momen  indah yang tersendiri semasa zaman kanak-kanak...ada yang menjadikan kenangan itu sebagai suatu nilai sentimental yang akan terpahat selamanya dalam lipatan kenangan. Saya juga tidak terkecuali. Kenangan permainan saya semasa kanak-kanak dulu memang terlalu istimewa dalam hidup saya...sentiasa segar dan mekar dalam bayangan fikiran sehinggakan terkadang menggamit rasa untuk kembali semula ke masa lampau...andai masa boleh diundur semula kan...saya ingin kembali mengulangi momen2 itu. Semasa zaman kanak2 saya memang sangat aktif bermain dan beraktiviti dengan kawan2...memang lasak betul la. Permainan kami geng kanak2 ni memang meriah betul ibarat satu pesta pula kemeriahannya. Zaman kanak2 dulu saya ni kiranya ketua geng la...haha..gengster pun ya juga (kira gengster baik la kalau dalam cerita hindustan dulu2..haha...sabar aje la) tukang plan itu ini dan confirmnya plan tu akan menjadi dgn me

Peranan Penyambut Tetamu Dalam Penganjuran Majlis Formal

    Penyambut tetamu ( usherette ) adalah orang yang memainkan peranan yang sangat penting dalam menyambut tetamu dan memastikan supaya tetamu dalam sesuatu majlis itu dapat diuruskan dengan baik dan lancar tanpa menimbulkan rasa tidak puas hati, rasa tersinggung dan rasa tidak selesa daripada tetamu yang dijemput. Sebelum pergi jauh lagi tentang peranan penyambut tetamu, mari kita sama-sama fahami dulu definisi 'Penyambut Tetamu'. Secara ringkasnya penyambut tetamu adalah orang yang dilantik dan diberikan tugas dan tanggungjawab untuk menyambut tetamu-tetamu yang dijemput dalam satu-satu majlis, menunjukkan arah dan mengiringi tetamu, serta memastikan keselesaan tetamu terjaga. Tugas menyambut tetamu ini kebiasaannya diletakkan di bawah satu Jawatankuasa yang terdiri daripada sebilangan peyambut tetamu yang mana jumlahnya bergantung kepada berapa ramai tetamu yang perlu diuruskan. Tetamu ini diklasifikasi kepada beberapa kategori, iaitu kategori kehormat dan

Peranan Pegawai Tadbir di Universiti Awam

Buat semua pembaca budiman,  Penulisan ini adalah sekadar pandangan dan pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman yang dilalui sebagai Pegawai Tadbir di Universiti Awam (UA). Walau bagaimanapun, ia mungkin berbeza mengikut pandangan masing-masing, juga mungkin berbeza mengikut governan UA masing-masing. Namun, sekurang-kurangnya penulisan ini dapat membantu untuk memberikan gambaran kepada pembaca dalam mengetahui secara umum mengenai peranan dan tanggungjawab seorang Pegawai Tadbir di UA. Pegawai Tadbir yang dibincangkan dalam penulisan ini adalah Pegawai Tadbir Universiti (PTU). PTU adalah Pegawai yang dikelaskan di bawah Skim Perkhidmatan Pengurusan dan Profesional (P&P). Gred jawatan bermula di Gred 41 dan ke atas. PTU adalah individu yang dilantik oleh pihak berkuasa Universiti untuk menguruskan pelbagai bentuk hal-ehwal pengurusan dan pentadbiran di Pusat Tanggungjawab (PTJ) di mana mereka ditempatkan. Daripada segi kelayakan akademik, PTU ini pe