Skip to main content

Analogi Nafas yang Dihembus dan Disedut...

Assalamualaikum wbt
& Salam sejahtera buat pengunjung setia...

Dua tiga malam ni tak sempat menulis...mungkin kesibukan di ofis menggamit rasa kepenatan berlebih sikit bila malam hari..justeru memilih untuk solid rehat saja.

Idea menjengah di fikiran untuk menulis dan malam ni saya akan menarikan jari jemari ni untuk menulis tentang apa yang kita sayang dan perlu kita tinggalkan...sama ada sayangkan orang, sayangkan benda, sayangkan tempat kerja dan sebagainya lagi.

Kita semua faham dan akui dalam hidup ini soal "bertemu dan berpisah" itu memang biasa dan lumrah sifatnya...kalau ada pertemuan pasti ada perpisahan...kalau ada permulaan pasti ada pengakhirannya.

Lagikan perkara yang paling besar iaitu hidup yang berakhir dengan penamatnya mati, apalah sgt perkara yang lebih kecil berbanding dengan itu...soal isi lain yang melengkapi kehidupan di alam dunia maksud saya.

Pagi semalam tiba2 dapat mesej thru WhatsApp dari bff yang agak puitis dan berbeza dari biasa...dalam hati saya berbisik "aikkk, sejak bila pula pandai berpuitis bff saya ni"...hmmmm konpius sat tapi rasa konpius itu dibiarkan berlalu begitu saja...bukan fokus utama saya untuk bertanya why, why, dan why...hehe

Katanya:

"Jangan sedih...hidup ini umpama tarik nafas hembus..tak leh lama tahan  nafas..ibarat gitu la..syg ke tak syg ke kita kena hembus..kalau tak..kiok la kalau tahan nafas lama2"

Menarik analoginya yang dikaitkan dengan kehidupan ini. Benda yang kita sayang atau tidak...bila tiba masa memang kita perlu lepaskan...
Umpama nafas tadi la...sayang ke tak sayang...hembus tetap kena hembus juga...kalau tak hembus mahu lemas tak dpt bernafas kan...kalau dah lemas apa lagi yang tinggal...sudah pasti akan tamat riwayat kita...

Makanya itulah hakikatnya, setiap yang menjadi milik kita itu bukan sifatnya milik kekal...semuanya sementara...kita perlu belajar untuk mensyukuri atas apa jua yang Allah takdirkan buat kita, belajar untuk redha dan belajar untuk sentiasa bersangka baik (Husnuzon) dengan Allah. Jangan sesekali merungut dan bersedih...rasa sedih nanti beri kesan pada emosi dan emosi pula beri kesan kepada seluruh anggota badan...dan akhirnya nanti kesan kepada kesihatan kita.

Ingat selalu bahawa setiap apa yang berlaku dlm hidup kita adalah dengan izin Allah jua...kalau Allah tidak izin maka ianya tidak mungkin kan berlaku...kalau Allah mengizin maksudnya memang ketentuan itu datang dari Allah dan bukan dari manusia...manusia ni hanya perantara dan "sabitnya" sahaja...andai kita semua dpt berpegang di sini dan memahami hakikat ini, maka hidup ini akan lebih mudah...tiada kekusutan dan tiada kebimbangan...

Justeru, sentiasa pahatkan di minda kita bahawa apa jua yang Allah berikan atau takdirkan buat kita, maka itu adalah yang terbaik untuk kita...siapa kita untuk menyangkal perancangan Allah yang maha tahu atas segala perancangan...Dia yang memiliki seisi langit dan bumi..sudah pasti setiap benda walau sebesar zarah sekalipun Dia lebih mengetahui rahsia di sebalik setiap kejadian...hanya Allah jua yang mengetahui...

Sebagai hamba-Nya, kita seharusnya perlu semakin perkuatkan iman, perteguhkan ketakwaan...terima segalanya dgn penuh rasa tenang dan bahagia...lalui perkara yang baharu dengan cara yang terbaik mungkin...sentiasa panjatkan doa agar Allah kuatkan fizikal dan mental kita untuk lalui perjalanan selanjutnya dengan penuh kekuatan dan ketabahan...insyaAllah, Allah mudahkan laluan kita....ameen.

Kesimpulannya, tinggalkan apa yang dalam genggaman sekarang dengan sebaiknya dan mulakan langkah untuk genggaman yang baharu dengan semangat dan momentum yang tidak pernah berubah...umpama nafas yang ditarik dan dihembus tadi...walau di mana jua berada kita tetap perlu bernafas dalam hela nafas yang sama...sehinggalah nanti kita bertemu noktah kepada kehidupan ini.

Salam Hormat,
RZH

Comments

Popular posts from this blog

Kenangan Zaman Permainan Kanak-kanak...

Dalam  hidup masing-masing, semua orang   mempunyai  kenangan  dan  momen  indah yang tersendiri semasa zaman kanak-kanak...ada yang menjadikan kenangan itu sebagai suatu nilai sentimental yang akan terpahat selamanya dalam lipatan kenangan. Saya juga tidak terkecuali. Kenangan permainan saya semasa kanak-kanak dulu memang terlalu istimewa dalam hidup saya...sentiasa segar dan mekar dalam bayangan fikiran sehinggakan terkadang menggamit rasa untuk kembali semula ke masa lampau...andai masa boleh diundur semula kan...saya ingin kembali mengulangi momen2 itu. Semasa zaman kanak2 saya memang sangat aktif bermain dan beraktiviti dengan kawan2...memang lasak betul la. Permainan kami geng kanak2 ni memang meriah betul ibarat satu pesta pula kemeriahannya. Zaman kanak2 dulu saya ni kiranya ketua geng la...haha..gengster pun ya juga (kira gengster baik la kalau dalam cerita hindustan dulu2..haha...sabar aje la) tukang plan itu ini dan confirmnya plan tu akan menjadi dgn me

Peranan Penyambut Tetamu Dalam Penganjuran Majlis Formal

    Penyambut tetamu ( usherette ) adalah orang yang memainkan peranan yang sangat penting dalam menyambut tetamu dan memastikan supaya tetamu dalam sesuatu majlis itu dapat diuruskan dengan baik dan lancar tanpa menimbulkan rasa tidak puas hati, rasa tersinggung dan rasa tidak selesa daripada tetamu yang dijemput. Sebelum pergi jauh lagi tentang peranan penyambut tetamu, mari kita sama-sama fahami dulu definisi 'Penyambut Tetamu'. Secara ringkasnya penyambut tetamu adalah orang yang dilantik dan diberikan tugas dan tanggungjawab untuk menyambut tetamu-tetamu yang dijemput dalam satu-satu majlis, menunjukkan arah dan mengiringi tetamu, serta memastikan keselesaan tetamu terjaga. Tugas menyambut tetamu ini kebiasaannya diletakkan di bawah satu Jawatankuasa yang terdiri daripada sebilangan peyambut tetamu yang mana jumlahnya bergantung kepada berapa ramai tetamu yang perlu diuruskan. Tetamu ini diklasifikasi kepada beberapa kategori, iaitu kategori kehormat dan

Peranan Pegawai Tadbir di Universiti Awam

Buat semua pembaca budiman,  Penulisan ini adalah sekadar pandangan dan pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman yang dilalui sebagai Pegawai Tadbir di Universiti Awam (UA). Walau bagaimanapun, ia mungkin berbeza mengikut pandangan masing-masing, juga mungkin berbeza mengikut governan UA masing-masing. Namun, sekurang-kurangnya penulisan ini dapat membantu untuk memberikan gambaran kepada pembaca dalam mengetahui secara umum mengenai peranan dan tanggungjawab seorang Pegawai Tadbir di UA. Pegawai Tadbir yang dibincangkan dalam penulisan ini adalah Pegawai Tadbir Universiti (PTU). PTU adalah Pegawai yang dikelaskan di bawah Skim Perkhidmatan Pengurusan dan Profesional (P&P). Gred jawatan bermula di Gred 41 dan ke atas. PTU adalah individu yang dilantik oleh pihak berkuasa Universiti untuk menguruskan pelbagai bentuk hal-ehwal pengurusan dan pentadbiran di Pusat Tanggungjawab (PTJ) di mana mereka ditempatkan. Daripada segi kelayakan akademik, PTU ini pe