Skip to main content

Pengurus dan Kemelut Membuat Keputusan...

2 November 2019



Bercakap tentang tanggungjawab dan peranan seorang pengurus. Tanggungjawab untuk mengurus ini adalah suatu tanggungjawab yang besar dan memerlukan ciri-ciri kepimpinan yang baik dan tahap profesionalisme yang tinggi. Hati dan semangat perlu kuat dan tegar dalam mengharungi cabaran yang datang, terutamanya perkara-perkara yang berkait dengan keputusan yang perlu dibuat. 

Pengurusan ini dikaitkan dengan perkara utama mengurus sumber di bawah kawalan dan membuat keputusan. Ketegasan dalam membuat keputusan perlu ada dan keputusan yang diambil perlu lah telah mengambilkira segala bentuk risiko...tentang kesan dan akibatnya. Keputusan yang diambil juga perlulah menjamin keharmonian anggota organisasi dan memuaskan hati semua pihak..dalam erti kata lain, perlu dielakkan keputusan yang tidak adil dan boleh menyinggung perasaan.

Seseorang pengurus perlu melatih diri untuk berani membuat keputusan demi membetulkan keadaan dan untuk sesuatu yang lebih baik. Seorang Pengurus perlu berani membuat keputusan atas tanggungjawab dan amanah yang diberikan. Kalau keputusan tidak berani dibuat, sedangkan dalam ruang dan dimensi tanggungjawab kita, maka seakannya kita tidak menunaikan amanah kita dan hanya mengikut dan menjadi "pak turut", sedangkan kita tahu bahawa apa yang berlaku itu perlu ditambahbaik atau dibetulkan. 

Pengurus yang hanya bersikap menjadi "Pak turut" dan tidak berusaha  membetulkan apa yang silap, adalah seorang pengurus yang menjadi pengurus hanya pada nama sahaja sedangkan pada aspek tanggungjawab ianya tidak berlaku sebagaimana yang perlu berlaku. Pengurus yang sebegini seharusnya masih perlu meningkatkan kompetensi diri untuk memperlengkapkan diri untuk menjadi seorang pengurus yang sebenar. Seorang pengurus tidak boleh memilih "dunia selesa" dengan mengimpikan untuk menjadi pengurus yang popular sahaja dan kerana itu memilih untuk "follow" saja apa yang sedia ada dengan mengamalkan konsep "kalau betul pun on dan kalau salah pun on juga"

Dalam membuat keputusan kita sering tersepit di antara perlu menjaga hati dengan perlu membetulkan keadaan. Dalam keadaan inilah cabaran kepada seseorang Pengurus itu sangat tinggi. Kebijaksanaan dan kemahiran komunikasi yang tinggi perlu bagi menyelesaikan sesuatu perkara supaya ianya dapat diselesaikan dengan baik dan harmoni, ibarat menarik rambut di dalam tepung, rambut tidak putus dan tepung tidak berselerak.

Sikap berdiam diri dan tidak mahu menyelesaikan dan membetulkan keadaan yang salah kerana risau orang tak suka, risau orang marah adalah bukan sikap yang baik kepada seorang pengurus. Ya, memang betul, untuk membetulkan sesuatu yang tidak betul adalah satu cabaran yang sangat tinggi kerana banyak hati yang perlu dijaga...kerana itulah seorang pengurus perlu bijak dan matang dalam menguruskan situasi supaya masalah dapat diselesaikan dan dalam masa yang sama tiada hati yang terluka. Di situ lah terletaknya cabaran yang perlu dilalui dengan ciri-ciri kepimpinan yang ada dan tahap profesionalisme yang dimiliki. Sekiranya berjaya, maka di situ lah akan menyerlahkan ciri-ciri kepimpinan seorang pengurus yang berkaliber dan berkemampuan tinggi untuk mengurus dan mentadbir.

Bila seseorang pengurus tersepit dalam situasi perlu menjaga hati dengan perlu membetulkan keadaan sebagaimana yang dihuraikan di atas, beberapa tips boleh dipraktikkan bagi menjamin kecemerlangan dalam organisasi dan dalam masa yang sama mengekalkan keharmonian:

1. Kemahiran komunikasi yang baik daripada aspek tutur kata, perbuatan dan tingkahlaku, dan bahasa badan (body language) yang berhemah dan disenangi oleh anggota organisasi. Elakkan sifat sombong, bossy, mementingkan diri sendiri dan tidak ambil kisah soal hati dan perasaan orang lain. 

2. Amalkan sikap banyak mengalah, menghormati, dan mengambilberat terhadap staf seliaan...beli jiwa dan dapatkan rasa disenangi daripada semua pihak dulu sebelum satu-satu perubahan ingin dibuat. Jangan tergesa-gesa melakukan perubahan sedangkan kita masih belum cukup maklumat dan belum memahami keseluruhan latar belakang sesuatu perkara lagi...kita juga belum lagi "blend together" dengan anggota organisasi.

3. Kemahiran dalam NLP (Neuro Linguistic Programming)
NLP ini sangat penting kepada seseorang, terutamanya kepada pengurus yang perlu mengurus sumber di bawah kawalan dan seliaannya. NLP ini adalah bagaimana sesuatu situasi itu dapat dikawal dengan kekuatan minda, keyakinan yang tinggi, visualisasi dan doa kepada Allah. Kawalan minda dan "hubungan melalui telepati" di mana mesej awal dihantar terlebih awal melalui telepati. Kemahiran NLP ini perlu dipelajari dan didalami terlebih dahulu ilmunya sebelum ianya dipraktikkan dalam kehidupan.

4. Kebijaksanaan, kematangan dan pengalaman. Aspek ini adalah sangat penting kepada seseorang pengurus supaya semua pemikiran dan tindakan yang dilakukan mencerminkan tahap profesionalisme yang tinggi dan memberikan kesan yang baik kepada semua pihak.

5. Kesabaran dan Konsep "Pause"
Kesabaran dan konsep "pause" ni wajib diamalkan dalam apa jua perkara. Perlu latih diri untuk tingkatkan tahap kesabaran kerana kesabaran menjamin hasil yang terbaik dalam apa jua yang kita lakukan. Jangan kita tergesa-gesa dan tergopoh-gapah dalam membuat sesuatu perkara tanpa kita selidiki dan membuat pemerhatian terlebih dahulu. Kita perlu ingat, pemerhatian untuk tempoh sehari dengan seminggu, hasilnya tetap berbeza...apa lagi pemerhatian untuk masa sebulan atau dua bulan. Guna juga konsep "pause" untuk kita "put on hold" dulu seketika sambil berfikir mencari strategi terbaik dan dalam masa yang sama memanjatkan doa kepada Allah agar mempermudahkan dan memberikan jalan untuk perkara yang sedang kita tangani. Berkemungkinan dalam masa kita memilih untuk bersabar dan "pause" itu Allah akan bukakan jalan yang lebih baik.

6. Pendekatan Zikir dan menghadiahkan Al-Fatihah
Tips ini adalah tips yang sangat mahal nilainya. Untuk mengamalkan tips ini hati dan jiwa kita perlu berlandaskan kehidupan di landasan yang Allah redhai. Kebergantungan kita kepada Allah perlulah jitu dan solid. Sentiasa berusaha untuk kita membersihkan hati dan jiwa kita supaya segala apa amal perbuatan kita diniatkan hanya kerana Allah. Sentiasalah basahi bibir kita dengan zikir kepada Allah. Bila kehidupan kita dipaksikan di sini, maka dalam apa jua kekusutan dan kerumitan yang kita jangka melibatkan soal hati dan perasaan manusia, amalkan lah untuk menghadiahkan Al-Fatihah kepada yang berkenaan dan dalam masa yang sama melalui konsep NLP hantarlah mesej awal kepada mereka dengan hati yang benar-benar ikhlas dan jujur.

Kesimpulannya, pengurus yang baik perlulah mempunyai ciri-ciri kepimpinan yang baik, berilmu dan berpengetahuan, mempunyai kemahiran komunikasi yang baik, dan mestilah seorang yang beriman. Semua aspek ini perlu diaplikasikan dalam pengurusan dan pentadbiran bagi menjamin tadbir urus yang cemerlang dan pembuatan keputusan yang adil dan diterima dengan baik oleh semua anggota organisasi. Percayalah, hanya keimanan dan ketakwaan kepada Allah jua yang menjadi perkara utama untuk kita tenang dan bijak dalam membuat keputusan dan mengurus organisasi, di samping perkara-perkara lain yang menjadi pelengkap.

Salam Hormat,
RZH
















Comments

Popular posts from this blog

Kenangan Zaman Permainan Kanak-kanak...

Dalam  hidup masing-masing, semua orang   mempunyai  kenangan  dan  momen  indah yang tersendiri semasa zaman kanak-kanak...ada yang menjadikan kenangan itu sebagai suatu nilai sentimental yang akan terpahat selamanya dalam lipatan kenangan. Saya juga tidak terkecuali. Kenangan permainan saya semasa kanak-kanak dulu memang terlalu istimewa dalam hidup saya...sentiasa segar dan mekar dalam bayangan fikiran sehinggakan terkadang menggamit rasa untuk kembali semula ke masa lampau...andai masa boleh diundur semula kan...saya ingin kembali mengulangi momen2 itu. Semasa zaman kanak2 saya memang sangat aktif bermain dan beraktiviti dengan kawan2...memang lasak betul la. Permainan kami geng kanak2 ni memang meriah betul ibarat satu pesta pula kemeriahannya. Zaman kanak2 dulu saya ni kiranya ketua geng la...haha..gengster pun ya juga (kira gengster baik la kalau dalam cerita hindustan dulu2..haha...sabar aje la) tukang plan itu ini dan confirmnya plan tu akan menjadi dgn me

Peranan Penyambut Tetamu Dalam Penganjuran Majlis Formal

    Penyambut tetamu ( usherette ) adalah orang yang memainkan peranan yang sangat penting dalam menyambut tetamu dan memastikan supaya tetamu dalam sesuatu majlis itu dapat diuruskan dengan baik dan lancar tanpa menimbulkan rasa tidak puas hati, rasa tersinggung dan rasa tidak selesa daripada tetamu yang dijemput. Sebelum pergi jauh lagi tentang peranan penyambut tetamu, mari kita sama-sama fahami dulu definisi 'Penyambut Tetamu'. Secara ringkasnya penyambut tetamu adalah orang yang dilantik dan diberikan tugas dan tanggungjawab untuk menyambut tetamu-tetamu yang dijemput dalam satu-satu majlis, menunjukkan arah dan mengiringi tetamu, serta memastikan keselesaan tetamu terjaga. Tugas menyambut tetamu ini kebiasaannya diletakkan di bawah satu Jawatankuasa yang terdiri daripada sebilangan peyambut tetamu yang mana jumlahnya bergantung kepada berapa ramai tetamu yang perlu diuruskan. Tetamu ini diklasifikasi kepada beberapa kategori, iaitu kategori kehormat dan

Peranan Pegawai Tadbir di Universiti Awam

Buat semua pembaca budiman,  Penulisan ini adalah sekadar pandangan dan pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman yang dilalui sebagai Pegawai Tadbir di Universiti Awam (UA). Walau bagaimanapun, ia mungkin berbeza mengikut pandangan masing-masing, juga mungkin berbeza mengikut governan UA masing-masing. Namun, sekurang-kurangnya penulisan ini dapat membantu untuk memberikan gambaran kepada pembaca dalam mengetahui secara umum mengenai peranan dan tanggungjawab seorang Pegawai Tadbir di UA. Pegawai Tadbir yang dibincangkan dalam penulisan ini adalah Pegawai Tadbir Universiti (PTU). PTU adalah Pegawai yang dikelaskan di bawah Skim Perkhidmatan Pengurusan dan Profesional (P&P). Gred jawatan bermula di Gred 41 dan ke atas. PTU adalah individu yang dilantik oleh pihak berkuasa Universiti untuk menguruskan pelbagai bentuk hal-ehwal pengurusan dan pentadbiran di Pusat Tanggungjawab (PTJ) di mana mereka ditempatkan. Daripada segi kelayakan akademik, PTU ini pe